Perubatan Kampo: Integrasi Penuh Perubatan Tradisional di Jepun

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perubatan tradisional telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya. Di kebanyakan negara, perubatan tradisional diamalkan secara berasingan daripada perubatan moden. Walaupun sesetengah negara turut menyediakan rawatan perubatan tradisional di institusi kesihatan awam, penggunaannya sama sekali tidak terkait dengan rawatan konvensional. Pun begitu, Jepun merupakan negara contoh dalam integrasi penuh perubatan tradisional mereka, perubatan Kampo, ke dalam sistem perubatan konvensional.

Apa itu Perubatan Kampo?

Kampo adalah perubatan tradisional Jepun dengan teori-teori unik dan kaedah rawatan yang asalnya berdasarkan perubatan tradisional Cina. Hari ini, dengan perkembangan penyelidikan tentang perubatan Kampo, ia kian dinilai semula untuk sumbangan yang lebih besar kepada perubatan moden. Perubatan Kampo di Jepun digunakan bukan hanya dalam bidang rawatan perubatan dan pencegahan sebagai alternatif kepada perubatan moden tetapi juga untuk rutin penjagaan kesihatan dan kecergasan harian.

Ubat kampo adalah ubat herba yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi tumbuhan, haiwan, dan mineral yang disediakan mengikut teori-teori Kampo klasik. Kampo menggunakan banyak bahan biasa sebagai ramuan ubat; contohnya, “Keihi”, yang biasa dikenali sebagai kayu manis, dan “Borei”, yang merupakan cengkerang tiram. Beberapa bahan semulajadi bercampur mengikut formula tradisional untuk menarik kesan sinergistik antara satu sama lain. Di Jepun hari ini, ubat Kampo untuk kegunaan perubatan ditetapkan oleh doktor perubatan berlesen sementara ada yang terdapat di farmasi dan kedai ubat tanpa preskripsi.

Perubatan Kampo di fasiliti perubatan moden

Kerana Kerajaan Jepun menetapkan sistem satu lesen bagi pengamal perubatan di Jepun, tidak ada lesen perubatan berasingan untuk perubatan tradisional di Jepun. Ini membezakan Kampo daripada penggunaan ubat tradisional di China dan Korea, di mana terdapat dua lesen berbeza. Oleh itu, hanya doktor sahaja yang dibenarkan untuk menetapkan perubatan Kampo untuk pesakitnya.

Pada masa kini hampir 70% doktor am dan hampir 100% doktor pakar sakit puan di Jepun mengamalkan penetapan ubatan Kampo dalam rawatan harian mereka. Ini termasuklah di hospital universiti di samping rawatan perubatan berteknologi tinggi seperti pemindahan organ dan pembedahan dengan robot.

Kebanyakan pengamal menggunakan formula ekstrak. Ubat-ubatan Kampo adalah ubat preskripsi yang dikawal kerajaan dan sehingga kini terdapat 148 formula yang disenaraikan di bawah program insurans Jepun. Pengamal Kampo juga boleh melakukan penyediaan sendiri dengan memilih beberapa herba daripada 243 jenis herba yang terdapat di bawah sistem insurans.

Penerimaan bagi perubatan Kampo di Jepun begitu meluas sehingga Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun memutuskan untuk menggabungkan Pendidikan Perubatan Kampo ke dalam teras kurikulum sekolah perubatan pada tahun 2001. Walaupun Kajian kebangsaan pada tahun 1998 melaporkan bahawa hanya 18 sekolah perubatan mempunyai kelas elektif atau wajib untuk perubatan Kampo, pada masa kini kesemua 80 sekolah perubatan di Jepun menyediakan Pendidikan Perubatan Kampo.

Integrasi perubatan tradisional dalam sistem moden

Penggunaan perubatan Kampo dalam sistem perubatan moden di Jepun merupakan model contoh integrasi perubatan tradisional dalam perubatan moden yang sukar dilihat di tempat lain di dunia ini. Integrasi ini juga bukanlah atas dasar yang membuta tuli, sebaliknya atas penemuan kajian yang memberangsangkan terhadap kesan perubatan ini kepada pesakit.

Perubatan moden memberi tumpuan kepada organ atau bahagian tubuh tertentu. Ia bertujuan untuk menyasarkan bahagian tubuh yang sakit untuk mengenal pasti dan membuang penyebab penyakit. Kesannya adalah langsung dan tajam. Sebaliknya, Kampo menggunakan pendekatan yang berorientasikan simptom dan holistik. Ia tidak hanya memberi tumpuan kepada keadaan bahagian yang berpenyakit tetapi memeriksa keadaan seluruh badan dan minda. Kemudian ia bertujuan untuk menghasilkan keseimbangan yang betul pada semua sistem organ untuk memulihkan kesihatan pada pesakit. Kesannya lebih lemah dan lebih perlahan berbanding ubat moden, tetapi Kampo dalam mengurangkan simptom yang dialami pesakit. Oleh itu, Kampo telah mencapai tahap kepuasan pesakit yang tinggi.

Di Jepun hari ini, berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang kekuatan masing-masing, perubatan moden dan Kampo digunakan bersama dalam rawatan klinikal, di mana cara yang paling berkesan untuk menggabungkan kelebihan mereka sedang diterokai. Terapi “gabungan” ini telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup pesakit.

Pada masa ini, Jepun adalah satu-satunya negara di mana doktor klinikal dibenarkan untuk menetapkan kedua-dua jenis ubat moden dan ubat-ubatan Kampo pada masa yang sama dan kedua-duanya termasuk dalam sistem insurans awam yang sama. Oleh itu, penggunaan ubat-ubatan Kampo dan sumbangannya kepada rawatan klinikal di Jepun sangat berharga, dan memberi contoh mengenai kepentingan kajian tentang perubatan tradisional untuk dimanfaatkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan. Jom kita ambil tahu mengenainya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Keputusan tamatkan perintah berkurung, bawa padah apabila Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua kes jangkitan COVID-19 dengan peningkatan angka kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 04/05/2020 . 2 minit bacaan

    Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

    Ketika pandemik COVID-19 ini, banyak berita tidak enak terjadi. Antaranya, ramai pasangan China bercerai kerana kuarantin terlalu lama. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Sepanjang Musim COVID-19, Ini Bagaimana Rakyat China ‘Dipulau’ Di Seluruh Dunia

    Kerajaan dari negara-negara luar selain China telah menyekat kemasukan pelancong dari China bagi menghindarkan penularan wabak virus korona baharu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 12/02/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara merawat hati

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    bunuh diri di jepun

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan kanser payudara

    Ambil Tahu Tentang Rawatan Kanser Payudara, Buat Persediaan Dengan Lebih Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    proses kemoterapi

    Jenis Rawatan Untuk Pesakit Kanser Dan Kesan Sampingan Yang Boleh Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan