Head Injury Assessment Di Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi peminat sukan ragbi seperti penulis, inilah masanya untuk anda mendominasi alat kawalan televisyen di rumah. Mana tidaknya, piala dunia ragbi ini hanya berlangsung sekali setiap 4 tahun. Tambahan lagi, kejohanan kali ini bertempat di negara Asia iaitu Jepun, bermakna anda tidak perlu bersengkang mata untuk menonton perlawanan-perlawanan yang berlangsung. 

Protokol penilaian kecederaan kepala

Jika anda telahpun menonton beberapa perlawanan sepanjang kejohanan ini, tentu sekali anda perasan bahawa terdapat ketika di mana pemain dipaksa keluar untuk menjalani penilaian kecederaan yang khusus. Ada kalanya, pemain tersebut kelihatan sihat dan tidak tercedera tetapi tetap berlari ke luar padang untuk berjumpa dengan doktor pertandingan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah pemain-peman tersebut diarah untuk menjalani penilaian kecederaan kepala ataupun Head Injury Assessment (HIA). Untuk makluman pembaca, protokol ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diperkenalkan oleh Persatuan Ragbi Dunia dalam beberapa pertandingan bermula tahun 2017. Antara pertandingan antarabangsa lain yang menggunakan protokol HIA ini adalah Six Nations dan juga Champions Cup. Namun, ini adalah kali pertama protokol ini digunakan di peringkat kejohanan piala dunia. 

Bagaimana penilaian ini dijalankan?

Apabila pemain disyaki mengalami hentakan atau impak yang kuat terhadap kepala mereka, berikut adalah beberapa perkara yang akan berlaku:

  • Pengadil perlawanan, doktor pasukan ataupun doktor rasmi pertandingan (yang mempunyai akses terhadap video ulang tayang) dikhendaki untuk mengenal pasti insiden ini. 
  • Pemain tersebut akan diarahkan untuk keluar dari padang bagi menjalani HIA. Pasukan tersebut dibenarkan untuk memasukkan seorang pemain gantian bagi menggantikan kekosongan yang baru ditinggalkan.
  • Jika pemain yang menjalani HIA disahkan mengalami konkusi, pemain tersebut tidak akan dibenarkan untuk meneruskan permainan. Pemain gantian tadi pula akan meneruskan aksi perlawanan seperti biasa. 
  • HIA akan mengambil masa selama 10 minit dan hanya selepas tempoh masa tersebut, jika pesakit disahkan baik untuk meneruskan perlawanan, mereka akan masuk semula ke dalam padang.
  • Jika pemain menunjukkan sebarang gejala atau tanda konkusi yang jelas, pemain tersebut akan terus diarahkan keluar tanpa perlu menjalani penilaian kecederaan kepala.
  • Selepas perlawanan, pemain yang telah menjalani HIA perlu menjalani penilaian tambahan dalam 3 jam pasca perlawanan. Mereka masih perlu menjalani saringan tambahan ini walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang masalah ketika HIA. Dalam saringan tambahan ini, simptom konkusi yang lambat berlaku, penilaian memori dan juga keseimbangan akan diperiksa dan dibandingkan dengan bacaan standard pemain tersebut. 
  • 36 hingga 48 jam selepas insiden impak kepada kepala, pemain akan dinilai sekali lagi menggunakan alat penilaian khas. Parameter simptom dan keupayaan kognitif yang sama juga akan diambil kira untuk melihat sebarang perubahan. 

Kepentingan untuk menjaga keselamatan pemain

Protokol penilaian kecederaan kepala  ini jelasnya sesuatu yang komprehensif, membabitkan penilaian bersiri bermula daripada semasa perlawanan sehinggalah beberapa hari selepas perlawanan. Walaupun sukan ragbi ini dikatakan ‘the gentlemen’s game’, ia boleh menjadi agak brutal dari semasa ke semasa. Untuk itu, kecederaan adalah sesuatu yang cenderung untuk berlaku terhadap pemain. Ramai yang maklum bahawa kecederaan fizikal dalam sukan ragbi adalah sesuatu yang cukup ngeri, menyakitkan dan mampu untuk menamatkan karier pemain. Namun, kecederaan otak juga perlu dititikberatkan kerana ia berupaya untuk mengakibatkan kesan jangka panjang walaupun tidak mudah untuk dilihat. Pengenalan protokol HIA adalah sebahagian daripada komitmen Persatuan Ragbi Dunia untuk melindungi pemain dan memanjangkan karier mereka dalam sukan yang cukup menarik ini. 

Sukan ragbi adalah sukan yang tampak kasar, ganas dan menakutkan. Akan tetapi, pemain ragbi adalah antara individu yang cukup berpelajaran, berkepimpinan dan figura hebat dalam komuniti. Bersempena dengan musim piala dunia ini, sama-sama kita pupuk kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap sukan ragbi demi pembangunan pasukan tempatan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

    Keputusan tamatkan perintah berkurung, bawa padah apabila Hokkaido, Jepun dilanda gelombang kedua kes jangkitan COVID-19 dengan peningkatan angka kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 04/05/2020 . 2 minit bacaan

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Anda seorang pemain bola sepak dan biasa menanduk bola? Mungkin anda perlu mengurangkannya atau lebih baik menghentikannya bermula sekarang. Mengapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Sihat, Kekuatan Fizikal 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sepanjang Musim COVID-19, Ini Bagaimana Rakyat China ‘Dipulau’ Di Seluruh Dunia

    Kerajaan dari negara-negara luar selain China telah menyekat kemasukan pelancong dari China bagi menghindarkan penularan wabak virus korona baharu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 12/02/2020 . 4 minit bacaan

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Jika anda biasa memakan ramen, anda tahu ia disirami dengan sup miso. Tetapi adakah anda tahu pes miso ini bantu panjangkan umur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 09/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kecederaan otak

    Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/12/2020 . 3 minit bacaan
    kecederaan kepala

    Jadi Genius Selepas Kepala Terhantuk? Tak Mustahil! Inilah Rahsia Di Sebalik Sindrom Savant

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri di jepun

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    trauma kepala

    Jika Kepala Terhentak, Periksa 10 Tanda Amaran Ini, Jangan Biarkan Takut Ada Darah Beku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan