WHO Menubuhkan Panel Pakar Untuk Merangka Panduan Standard Bagi Suntingan Gen Manusia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menubuhkan panel pakar dari pelbagai bidang di peringkat global untuk mengkaji cabaran dari sudut saintifik, etika, sosial, dan undang-undang berkenaan suntingan gen manusia (human gene editing).

Panel tersebut akan melihat semula penulisan terkini mengenai kajian dan aplikasinya serta dari sudut sosial tentang penggunaan yang berbeza bagi teknologi tersebut. WHO kemudian akan menerima nasihat dan pandangan dari panel pakar tersebut mengenai mekanisme yang sesuai untuk melaksanakan kawalan terhadapnya di peringkat nasional dan global.

Tujuan utama usaha ini adalah untuk menggalakkan ketelusan dan amalan yang dipercayai serta ingin memastikan penilaian risiko dan manfaat dapat dijalankan sebelum sebarang keputusan untuk memberi kebenaran dibuat.

Aplikasi teknologi tersebut baru-baru ini seperti CRISPR-Casp9 yang digunakan untuk menyunting gen manusia telah menekankan keperluan untuk membuat satu panduan standard dalam bidang ini. Panel pakar WHO ini akan menjalankan fungsinya dengan menyediakan konsultasi dan menambah baik inisiatif sedia ada.

Dalam masa yang sama, kerjasama turut dijalankan dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan, agensi antarabangsa yang lain, Akademi Sains dan Perubatan, serta badan-badan yang telah menghasilkan laporan mengenai bidang yang sama sebelum ini.

WHO akan berhubung dengan pakar-pakar terkemuka di seluruh dunia dan membuka keahlian panel pakar tersebut setelah menerima maklum balas dan menilai pelbagai konflik kepentingan.

Apakah itu suntingan gen manusia?

Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai human gene editing atau genome editing/engineering, ia merupakan satu bidang ilmu di mana bahagian tertentu DNA seseorang individu ditambah, dibuang, atau diganti. Bidang ini bermula sejak tahun 1970-an dan semakin berkembang sehingga hari ini.

Jika pada tempoh awal bidang ini diterokai, suntingan yang dibuat ke atas DNA adalah secara rambang, teknologi kini membolehkan bahagian spesifik pada DNA disunting. Dalam bahasa lain, ia membolehkan DNA disunting dan direka khas mengikut kehendak sendiri.

Ia telah menimbulkan isu berkaitan etika, sosial, dan undang-undang. Usaha WHO ini merupakan langkah yang baik dalam memastikan tiada penyalahgunaan berlaku dalam bidang penting ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Bersaiz Rendah Hidup Lebih Lama, Ia Terbukti Di Jepun Yang Dapat Hidup Sampai 100 Tahun!

    Orang rendah hidup lama. Betul ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana ketinggian individu mempengaruhi tahap kelanjutan usia mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Alamak! Kerja Lebih Masa Boleh Botak Awal? Ini Satu-Satunya Cara Boleh Membantu

    Lelaki yang bekerja melebihi 52 jam seminggu berisiko untuk mengalami masalah kepala botak awal. Itulah kesan stres kerja kepada tahap kesihatan rambut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Albino Bukanlah Satu Jenaka, Ini 5 Fakta Tentangnya Yang Akan Mengejutkan Anda!

    Sebelum ini, terdapat beberapa individu yang telah membuat lawak jenaka berkenaan individu dengan penyakit albino. Kenapa hal ini tidak patut berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Tempatan 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

    Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    merancang kehamilan

    Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu sepsis

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    isytihar darurat

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan