Louise Brown: Bayi Tabung Uji Pertama di Dunia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

25 Julai 1978 ialah satu detik bersejarah bagi dunia apabila tangisan seorang bayi perempuan bernama Louise Brown didengari di sebuah hospital di Oldham, United Kingdom. Bukan kerana bayi tersebut anak kepada keturunan raja atau bangsawan, tetapi merupakan bayi tabung uji pertama yang dilahirkan hidup.

Hari tersebut telah menarik perhatian media di seluruh dunia. Majalah TIME menyifatkannya sebagai “kelahiran paling dinantikan dalam 2,000 tahun”.

Kelahiran secara pembedahan caesarean itu telah dirakam oleh doktor untuk menunjukkan tiub Falopian Lesley Brown (ibu Louise Brown) yang cedera sebagai bukti bahawa ia bukan satu penipuan. Selepas selamat dilahirkan, bayi tabung uji tersebut menjalani pelbagai ujian untuk melihat jika terdapat sebarang perkara abnormal. Mengejutkan, tiada kecacatan ditemui dan Louise Brown terus hidup seperti bayi lain.

Video ihsan laman YouTube TIME

Pada usia 28 tahun, beliau pula melahirkan seorang anak lelaki melalui persenyawaan normal tanpa kaedah in vitro fertilisation (IVF).

Saintis British, Robert Edwards dan doktor pakar sakit puan, Patrick Steptoe telah berusaha menjayakan kaedah ini lebih satu dekad sebelumnya. Persenyawaan pertama di luar rahim dilakukan pada tahun 1969. Mereka telah melakukan percubaan ke atas 282 wanita. 5 daripadanya hamil tetapi tiada satu pun berjaya melahirkan bayi hidup. Apabila Louise Brown berjaya dilahirkan, ia menjadi satu sejarah besar dan membuka peluang kepada solusi bagi masalah kehamilan.

Istilah bayi IVF lebih tepat berbanding bayi tabung uji

Sebenarnya, tiada tabung uji yang digunakan dalam proses kelahiran Louise Brown, yang ada ialah cawan petri atau makmal (laboratory or petri dish).

Idea utama IVF ialah melakukan proses persenyawaan secara manual di luar rahim di dalam cawan petri dengan mengambil telur (ovum) dan sperma. Selepas persenyawaan berjaya dan embrio terbentuk, ia kemudian dipindahkan ke dalam rahim.

Antara keadaan yang memerlukan IVF termasuk tiub Fallopian rosak (seperti ibu Louise Brown), sperma terlalu sedikit (oligospermia), ketidaksuburan yang tidak boleh dijelaskan, dan keguguran berulang.

Kini, sekitar 6 juta bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF. Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga melahirkan anak pertama beliau menggunakan kaedah ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

    Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

    Kesukaran untuk mendapat anak ada kalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur. Disebabkan itu pentingnya untuk menjalani ujian air mani.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!

    Doktor kata ada masalah kesuburan tetapi kenapa masih perlu ambil pil kontraseptif? Buat anda yang mengalami isu ketidaksuburan, ini penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

    Melakukan hubungan kelamin semasa prosedur IVF mungkin sesuatu yang jarang dibuat kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat. Namun, ia benar-benar berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    perokok pasif

    Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    sperma berkualiti

    Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan