Konflik dan Perubahan Iklim Punca Krisis Kelaparan Dunia – PBB

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Krisis kepalaran semakin meningkat semula selepas mengalami penurunan sejak satu dekad lalu. Ia menjejaskan 815 juta individu pada tahun 2016 bersamaan 11 peratus populasi dunia, menurut laporan mengenai keselamatan makanan dan nutrisi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam masa yang sama, pelbagai bentuk malnutrisi sedang menjadi ancaman terhadap kesihatan di seluruh dunia.

Menurut laporan tersebut, punca utama kepada peningkatan krisis kelaparan ini ialah konflik keganasan dan perubahan iklim.

Sekitar 155 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah terbantut (terlalu rendah berbanding umur mereka), 52 juta pula mempunyai berat badan terlalu rendah berbanding tinggi mereka (wasting). Selain itu, dianggarkan 41 juta kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan. Di samping itu, anemia dalam kalangan wanita dan obesiti dalam kalangan dewasa juga menjadi perhatian utama.

Trend ini bukan sahaja hasil daripada konflik keganasan dan perubahan iklim, ia turut disumbang oleh perubahan pada gaya pemakanan serta masalah ekonomi.

Menurut ketua Organisasi Makanan dan Pertanian PBB, “Sejak satu dekad yang lalu, bilangan konflik telah meningkat secara dramatik dan menjadi semakin rumit serta susah untuk dikawal.”

Beliau juga menekankan bahawa kadar malnutrisi dan kekurangan makanan paling tinggi di dunia tertumpu di kawasan konflik.

Apabila kita sedang bercakap mengenai gaya hidup dan pemakanan sihat serta menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti yang digariskan oleh PBB dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030, kita tidak boleh lari dari membincangkan soal keamanan dan menghentikan konflik keganasan yang berlaku di banyak negara di seluruh dunia.

Pada awal tahun 2017, Sudan Selatan mengalami krisis kebuluran (famine) yang telah menjejaskan sekitar 5 juta individu. Perkara yang sama tidak mustahil boleh berlaku di negara-negara konflik lain seperti Yaman, Nigeria, Syria, dan Somalia.

Selain itu, perubahan iklim seperti bencana alam dan masalah ekonomi juga menjadi faktor krisis kelaparan di sebahagian negara tanpa konflik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Sayangi Makanan Anda! Jangan Membazir, Ambil Ikut Keperluan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 05/12/2018 . 2 minit bacaan