Kedudukan Jangka Hayat Dunia: Sepanyol Mendahului Jepun, Bagaimana Dengan Malaysia?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai orang melihat jangka hayat sesebuah negara dan mengambilnya untuk menunjukkan bahawa purata rakyat dalan negara tertentu hidup pada usia tertentu, sedangkan realitinya lebih merumitkan. Secara metamatik, faktor pendorong terbesar dalam jangka hayat bukannya kepanjangan umur warga tua, tetapi jumlah kematian orang muda.

Dengan itu, seseorang dapat melihat jangka hayat sebagai ukuran pelbagai faktor kesihatan seperti akses kepada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, keselamatan lalu lintas, kapasiti hospital, kebiasaan merokok dan sebagainya.

Dalam kebanyakan kes, matrik dapat dipengaruhi oleh isu ekologi yang luas seperti kemarau atau kebakaran hutan. Sekiranya ingin gambaran lebih lengkap tentang mengapa setiap negara mempunyai kedudukan tertentu, lihat pada profil sesebuah negara itu.

Kedudukan Jangka Hayat Dunia: Spain Bakal Mendahului Jepun

Sumber: World Economic Forum

Menurut laporan World Economic Forum baru-baru ini, kepentingan diet dan gaya hidup yang sihat telah lama diakui oleh profesional penjagaan kesihatan sebagai salah satu kunci kepada jangka hayat yang panjang dan kehidupan yang bahagia. Bagi masyarakat Spain (Sepanyol), bukti ini menunjukkan mereka akan menjatuhkan Jepun daripada kedudukan teratas carta jangka hayat terpanjang.

Menjelang 2040, orang Sepanyol boleh menjangkakan purata usia jangka hayat hidup adalah 82.9 tahun. Itu dilihat peningkatan daripada paras 2016 iaitu 82.9 tahun ketika Sepanyol menduduki kedudukan keempat daripada 195 negara. Manakala, Jepun kini menduduki tempat kedua di Institut Kesihatan Matriks dan Penilaian (IHME) dengan purata jangka hayat 85.7, yang mana hanya sedikit di belakang Sepanyol. Purata itu berkurang kepada 83.7 tahun pada 2016.

Penjelasan utama untuk penambahbaikan di Sepanyol adalah diet Mediterranean yang membantu mengawal beberapa daripada lima pembunuh awal terbesar zaman moden: obesiti, tekanan darah tinggi, peningkatan kadar gula darah, penggunaan tembakau dan penggunaan alkohol yang berlebihan.

Pada tahun 2016, empat daripada 10 penyebab utama kematian awal adalah penyakit tidak berjangkit (NCD). Tetapi menjelang tahun 2040 NCD dijangka merangkumi tujuh penyakit iaitu penyakit jantung iskemia, strok, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), penyakit buah pinggang kronik, penyakit Alzheimer, kencing manis, dan kanser paru-paru.

Menurut ketua penulis kajian yang juga Pengarah Sains Data IHME, Dr Kyle Foreman, masa depan kesihatan dunia tidak ditetapkan. Tetapi sama ada melihat kemajuan yang ketara atau keadaan yang tidak berkembang bergantung kepada sistem kesihatan.

Para penyelidik IHME meneliti faktor kesihatan yang berbeza, termasuk ukuran sosiodemografi kesuburan, pendapatan per kapita dan tahun pendidikan, berserta faktor yang lebih jelas seperti merokok, ketinggin indeks jisim badan dan akses kepada air bersih dan sanitasi.

Kedudukan terkini jangka hayat Malaysia

Sumber: www.dosm.gov.my

Terkini, mengikut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan pada tahun 2018 jangka hayat di Malaysia ialah: Lelaki 73.2, perempuan 77.6 dan jumlah jangkaan hayat ialah 75.3 yang memberikan Malaysia kedudukan jangka hayat dunia pada kedudukan ke-71.

Sumber: www.dosm.gov.my

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Isteri, Lepas Senggama JANGAN Terus Tidur! Ini 7 Perkara Anda Patut Buat Dulu

    Apa yang biasa kalian lakukan selepas hubungan seksual? Terus tidur? Ini yang sepatutnya anda lakukan demi penjagaan kesihatan anda berdua.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Sambutan Tahun Baru Cina 2020 berlangsung selama tiga hari di Malaysia. Apakah rancangan anda untuk mengisi masa lapang ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 23/01/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Minum Susu Boleh Menyebabkan Kanser Prostat?

    Mereka yang kerap mengambil makanan tenusu berisiko untuk mendapat kanser prostat. Hah, betul ke? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/11/2019 . 2 minit bacaan

    Anda Jarang Lakukan Aktiviti Fizikal & Asyik Baring Saja? AWAS, Risiko Mati Lebih Awal!

    Tahukah anda, individu dengan gaya hidup tidak aktif mampu meningkatkan risiko mortaliti berlipat ganda berbanding individu dengan kehidupan yang aktif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    sistem pertahanan badan

    Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    23-cara-nak-kurus

    Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 minit bacaan
    peranan-jururawat-jangan-pandang-enteng

    Hari Jururawat Antarabangsa: Bayangkan Apa Jadi Jika Tiada Cik Misi, Tambah Pula Waktu COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan