Hari Paru-Paru Sedunia 2019: Seruan Untuk Paru-Paru Yang Sihat Buat Setiap Individu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Hari ini, bersempena dengan Hari Paru-Paru Sedunia 2019 (WLD 2019), Hello Doktor bersama dengan ahli Forum Kesatuan Respiratori Antarabangsa (FIRS) dan juga organisasi-organisasi lain yang meraikan WLD 2019, menyokong usaha ke arah kesihatan respiratori global dan juga untuk menyeru penggubal polisi tempatan dan antarabangsa untuk memastikan setiap orang mempunyai akses kepada servis yang diperlukan bagi meningkatkan kesihatan paru-paru mereka.

Isu masalah kesihatan paru-paru merupakan isu yang cukup relevan dengan situasi semasa di Malaysia yang kini dilanda jerebu. Partikel dalam udara akibat daripada jerebu merupakan pencetus penting untuk serangan akut pelbagai jenis penyakit respiratori.

Penyakit-penyakit respiratori merupakan kumpulan penyakit yang meletakkan beban kesihatan yang cukup berat dan besar kepada institusi kesihatan di seluruh dunia. Berikut merupakan data yang menggariskan beban penyakit-penyakit respiratori:

  • 10 juta manusia menghidap jangkitan tuberkulosis (TB) dan 1.6 juta mati akibatnya setiap tahun, menjadikannya jangkitan membawa maut yang paling lazim di dunia.
  • 76 juta manusia mati akibat kanser paru-paru setiap tahun, menjadikannya kanser yang mempunyai kadar kematian yang paling tinggi. 
  • 334 juta manusia menghidap asma, menjadikannya antara penyakit kronik yang paling kerap dalam kalangan kanak-kanak. Ia mempengaruhi 14% daripada kesemua kanak-kanak di seluruh dunia dan prevalensnya semakin meningkat. 
  • Pneumonia membunuh jutaan manusia setiap tahun, menjadikannya punca kematian utama dalam kalangan warga tua dan juga kanak-kanak. 
  • 91% daripada populasi dunia tinggal di dalam kawasan yang mempunyai kualiti udara yang teruk, berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Kepentingan liputan kesihatan universal untuk penyakit-penyakit respiratori

Pada tanggal 25 September ini, Hari Paru-Paru Sedunia disambut 2 hari selepas Mesyuarat Aras Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Liputan Kesihatan Universal (UHC). UHC memperjuangkan akses kepada servis kesihatan yang diperlukan oleh seseorang itu tanpa perlu dibebankan dengan kos yang tinggi. Sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk dunia masih lagi tidak mempunyai liputan menyeluruh untuk servis kesihatan yang asas.

Tumpuan global kepada UHC merupakan peluang untuk mencipta progres yang signifikan dalam melawan penyakit-penyakit respiratori di seluruh dunia. Pada tahun ini, WLD 2019 bersatu di bawah satu mesej iaitu ‘Jangan biarkan sesiapa pun tertinggal. Sempena Hari Paru-Paru Sedunia, kami menyeru ke arah paru-paru yang sihat untuk semua

Konsep liputan kesihatan universal merupakan konsep yang penting khususnya untuk mereka yang menghidap penyakit respiratori. Sebagai contoh, keterencatan atau lompongan dalam rantaian rawatan dan ubat-ubatan untuk pesakit tuberkulosis boleh menyebabkan kerintangan bakteria terhadap antibiotik yang digunakan. Ini menyebabkan masalah kesihatan awam yang lebih membimbangkan. Putusnya bekalan ubat untuk penyakit seperti asma boleh menyebabkan pesakit asma tidak mempunyai tali untuk bergantung sekiranya serangan akut berlaku. 

Seruan gabungan pelbagai organisasi global 

FIRS adalah persatuan yang terdiri daripada pelbagai organisasi pendahulu dalam aspek penyakit respiratori. Antara organisasi yang membentuk FIRS adalah Persatuan Torasik Amerika (ATS), Persatuan Respiratori Eropah (ERS), Initisiatif Global untuk Asma (GINA) dan juga Inisiatif Global untuk Penyakit Obstruktif Kronik Paru-Paru (GOLD). Tujuan pertubuhan FIRS adalah untuk meningkatkan lagi usaha ke arah paru-paru yang sihat melalui kerjasama lebih 70,000 ahlinya di seluruh dunia. 

Sebahagian daripada usaha globalnya, FIRS menyeru kepada pelaksanaan langkah-langkah berikut demi mengurangkan beban penyakit respiratori kepada kesihatan sejagat:

  • Meningkatkan kesedaran awam dan juga dalam kalangan penggubal polisi bahawa kesihatan respiratori adalah komponen yang besar dalam kesihatan sejagat.
  • Mengurangkan penggunaan produk tembakau melalui penguatkuasaan universal Rangka Kerja Konvesyen Kawalan Tembakau.
  • Menggunakan dan juga bertindak mengikut garis panduan kualiti udara WHO untuk mengurangkan pencemaran udara.
  • Mempromosikan akses universal terhadap servis kesihatan berkualiti, ubat-ubatan asas dan juga imunisasi.
  • Menambah baik keupayaan untuk membuat diagnosis awal bagi penyakit-penyakit respiratori melalui peningkatan dalam kesedaran awam berkaitan dengan kesihatan paru-paru.
  • Meningkatkan latihan ahli perubatan seluruh dunia dalam menguruskan penyakit respiratori.
  • Meningkatkan kajian bagi mencegah dan merawat penyakit-penyakit respiratori dengan lebih baik.

Menghirup udara yang segar adalah hak asasi setiap individu. Kerjasama pelbagai pihak merentasi sempadan negara perlu berlaku bagi memastikan misi ini dicapai dan rakyat dilindungi daripada perkara-perkara yang boleh mengganggu kesihatan respiratori mereka. Kami daripada Hello Doktor, menyokong usaha ke arah paru-paru yang sihat buat semua. Selamat Hari Paru-Paru Sedunia 2019!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mama, Jangan Samakan Bayi Pramatang Dengan Baby Cukup Bulan, Proses Tumbesarannya Berbeza!

    Kelahiran bayi tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut? Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Seorang pemuda dari Ireland, Brandon Fay menyangka dia hanya mendapat simptom asma. Siapa sangka, rupanya ia adalah jangkitan virus korona baharu COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/04/2020 . 2 minit bacaan

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Masalah asma telah disenaraikan sebagai salah satu faktor risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19. Bagaimana cara menghindarkannya? Baca 22 tip ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Asma Akibat Olahraga Yang Berat & Lama? Klik Artikel Ini Untuk Tahu Cara Atasinya!

    Asma akibat olahraga adalah keadaan yang dicetuskan oleh senaman yang terlalu berat dan lama. Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/12/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca penyakit asma

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit hidung

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    beranak czer

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan