Dalam Keadaan Kekurangan, Diskriminasi Berlaku Lebih Cepat – Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cornell University, diskriminasi dan tingkah laku bias lebih mudah untuk berlaku apabila berada dalam keadaan kekurangan atau kegawatan.

Mewujudkan mentaliti ‘kekurangan’

Untuk kajian ini, seramai 71 pelajar prasiswazah bidang psikologi daripada sebuah universiti swasta telah dipilih. Dalam sampel tersebut, tidak ada pelajar yang terdiri daripada kumpulan berkulit hitam (blacks) ataupun African American. Pelajar-pelajar ini diminta untuk melihat beberapa siri gambar wajah individu yang tidak mereka kenali. Koleksi gambar wajah ini terdiri daripada wajah orang berkulit putih dan juga orang kulit hitam. Berdasarkan penilaian subjektif mereka, pelajar-pelajar ini dikhendaki untuk memberi nilai (sehingga $10) untuk wajah yang mereka tatap. Penentuan nilai ini bergantung sepenuhnya kepada persepsi pelajar tersebut dan ‘tahap kelayakan’ wajah yang mereka lihat.

Dalam kajian ini, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan kawalan. Kumpulan ini diberitahu agar mereka boleh memberi nilai maksimum sehingga $10 untuk setiap wajah yang mereka nilai. Kumpulan kedua (kumpulan eksperimen) turut diberitahu kuota yang sama untuk setiap wajah. Namun yang demikian, kumpulan kedua diberitahu bahawa mereka hanya mempunyai had kumulatif sebanyak $100 sahaja. Had $100 diberikan kepada kumpulan eksperimen bagi menghasilkan mentaliti terhad (scarcity mentality) dan untuk melihat bagaimana ia mempengaruhi tingkah laku mereka. 

Diskriminasi lebih cepat berlaku

Elektrod dipasangkan pada permukaan kulit kepala peserta dan bacaan masa yang diambil setiap kali peserta menilai wajah yang mereka lihat, direkodkan. Proses penilaian subsedar ini dikaitkan dengan aktiviti otak di bahagian fusiform gyrus. Proses ini diketahui mengambil masa yang singkat iaitu sekitar 170 milisaat ataupun kurang daripada 2/10 daripada satu saat.

Kajian ini mendapati wujudnya kesan diskriminasi ke atas penilaian peserta apabila mereka berada dalam situasi gawat ataupun dalam keterhadan sumber. Untuk kumpulan kawalan, peserta mengambil masa yang hampir seragam untuk memproses dan menilai wajah (daripada kedua-dua kaum putih dan hitam) dan mereka memberikan nilai yang hampir sekata untuk wajah yang mereka lihat.

Walau bagaimanapun, dalam kumpulan yang mentafsir sumber yang mereka ada sebagai terhad, mereka mengambil masa yang jauh lebih lama untuk memproses wajah individu berkulit hitam. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa terdapatnya diskrimansi terhadap kulit hitam, dengan nilai yang diberikan adalah lebih rendah berbanding wajah kulit putih.

Menurut Amy Krosch, Pembantu Profesor di Cornell University, mereka telah menjalankan eksperimen kedua untuk melihat imej aktiviti otak. Imbasan ini dilakukan bagi menentukan sama ada gangguan dalam pemprosesan visual wajah orang berkulit hitam ini berkait rapat dengan tingkah laku bias.

Imbasan-imbasan ini mendapati pengurangan dalam aktiviti di kawasan striatum. Striatum adalah kawasan otak yang terlibat dalam proses penilaian dan ganjaran. Ini mencadangkan bahawa peserta mungkin telah merendahkan nilai wajah berkulit hitam, mendorong kepada diskriminasi dalam peruntukan nilai wajah. Di akhir kajian, penurunan dalam aktiviti di kawasan striatum dan juga kawasan fusiform dikaitkan dengan nilai wajah yang lebih rendah untuk peserta kulit hitam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

Awas! Bahaya Earphone Wireless Kepada Otak

Obesiti dan Kesan daripada Tekanan Psikologi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Tambah Kawan? Ikuti 10 Trick Psikologi Ini

    Terfikir untuk tambahkan kawan dalam lingkungan sosial anda? Cuba 10 trick psikologi yang kami sediakan ini, ia pasti membuatkan anda dikejar ramai orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/01/2020 . 4 minit bacaan

    Mudah Terlupa? Sebenarnya Memori Boleh Lebih Teruk Pada Waktu Pagi! Ini Sebabnya…

    Adakah manusia susah untuk ingat pada waktu pagi, petang ataupun malam? Betul ke memori jangka pendek bergantung pada masa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/01/2020 . 3 minit bacaan

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    Pilih Antara Dua: Ibu Atau Ayah?

    Kesan negatif penceraian terhadap kesihatan mental anak termasuk parental alienation telah dibuktikan dalam pelbagai jenis kajian. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 12/12/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan