Wow Macam Drama Drakula, Darah Tiruan Untuk Semua Jenis Darah Telah Dicipta!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bunyinya seperti premis siri televisyen pontianak popular ‘True Blood’ tetapi itulah realiti sebuah kajian di Jepun. Menurut kajian tersebut, mereka telah berjaya mengorak langkah bagi menghasilkan darah tiruan yang boleh diberi kepada semua.

Pencarian darah universal

Pencarian darah yang universal bukanlah sesuatu yang baru – telah banyak kajian dalam tempoh berpuluh tahun yang lalu mencuba untuk mencari ‘cecair ajaib’ ini.

Namun, semua kajian tersebut bertemu dengan jalan buntu tanpa apa-apa kejayaan yang signifikan.

Darah tiruan yang mesra semua jenis darah akan dapat membantu ramai orang khususnya dalam situasi kecemasan. 

Dalam keadaan semasa, darah pesakit perlu diuji terlebih dahulu untuk melihat keserasian dengan darah penderma sebelum transfusi.

Untuk itu, transfusi darah tidak boleh dilakukan dalam ambulans walaupun situasi itu adalah situasi kecemasan.

Jika dapat menemui keserasian sekalipun, wujudnya tempoh lengah yang mempengaruhi kadar survival pesakit yang kehilangan darah yang banyak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sekitar 117.4 bilion unit darah dermaan dikumpul setiap tahun tetapi bilangan ini masih lagi tidak mencukupi. 

Darah yang diderma juga tidak boleh disimpan lama, menyebabkan perlunya bekalan yang berterusan. Menurut Profesor Manabu Kinoshita, salah seorang pengkaji, adalah sukar untuk mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi tujuan transfusi di kepulauan-kepulauan terpencil di negara Jepun.

Untuk itu, inovasi darah tiruan yang universal ini adalah sangat diperlukan bagai memenuhi permintaan.

Menguji keberkesanan darah tiruan

Pasukan pengkaji daripada Kolej Perubatan Pertahanan Nasional Jepun itu telah menghasilkan analog untuk protein hemoglobin.

Dalam badan manusia, protein yang bertanggungjawab untuk menghantar gas-gas penting dalam badan (oksigen dan karbon dioksida) adalah hemoglobin.

Sebagai gantian untuk hemoglobin, pasukan pengkaji telah menggunakan ‘vesikel hemoglobin’ berdiameter 250 nanometer untuk membawa oksigen.

Darah tiruan ini telah diberikan kepada 10 arnab yang telah mengalami pendarahan teruk akibat kecederaan hati.

Apa yang menakjubkan adalah 6 daripada arnab tersebut selamat dan ia menggambarkan kadar kejayaan yang hampir sama dengan kaedah transfusi darah semasa.

Mereka juga tidak melihat sebarang kesan sampingan seperti pembekuan darah ketika proses rawatan. Selain itu, darah universal ini juga boleh disimpan pada suhu bilik untuk lebih satu tahun.

Potensi dan kelemahan kajian

Terdapat banyak kelemahan dalam kajian ini yang menyebabkan ia masih belum boleh diterima secara menyeluruh.

Selain saiz sampel yang kecil, para pengkaji juga tidak pasti jika boleh berlaku kesan buruk dalam jangka panjang kerana mereka tidak melihat aspek keselamatan jangka panjang darah tiruan ini.

Untuk aplikasi dalam manusia, inovasi ini masih memerlukan kajian yang lebih terperinci, di samping kajian dalam manusia dengan saiz sampel yang lebih besar.

Dengan kajian susulan, inovasi ini berpotensi untuk mengatasi masalah keserasian darah dan juga tempoh lengah dalam memulakan transfusi.

Penemuan darah tiruan yang bersifat universal akan dapat meningkatkan kadar survival pesakit dalam situasi kecemasan.

Hello Doktor tidak memberi sebarang nasihat perubatan ataupun rawatan.

Baca juga:

Darah Dalam Air Kencing: Apakah Puncanya?

7 Tanda Kanser Darah Dalam Kanak-kanak Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Demensia Vaskular: Kemerosotan Kemahiran Berfikir Akibat Gangguan Bekalan Darah ke Otak

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fahami Jenis Komponen Darah Anda

    Sel darah merah merupakan komponen yang membentuk hampir 45% daripada darah dan menentukan pengkelasan jenis komponen darah dalam bidang perubatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/06/2018 . 3 minit bacaan

    Penemuan Hebat Perubatan Moden: Jenis Darah Anda

    Penemuan jenis darah merupakan antara penemuan terbesar dalam bidang perubatan moden, tanpanya pemindahan darah, tidak dapat dilakukan dengan selamat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2018 . 2 minit bacaan

    Jenis Darah Bombay: Apa yang Perlu Anda Tahu

    Ramai yang mungkin tahu tentang kumpulan darah berdasarkan ABO dan juga sistem rhesus positif dan negatif namun tahukah anda tentang jenis darah bombay?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2018 . 3 minit bacaan

    Jenis Darah Berbeza Bawa Risiko Penyakit Berlainan, Ini Panduan Mudahkan Fahaman Anda!

    Anda boleh menukar senaman dan diet anda. Tetapi tiada apa-apa yang anda boleh dilakukan untuk mengubah jenis darah anda, yang ditentukan oleh bahan-bahan mikroskopik – diwarisi daripada ibu bapa anda – ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/05/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kumpulan darah

    Kita Tahu Jenis Darah A, B, O, AB… Tapi Apa Pula Darah Bombay Ini? Tak Pernah Dengar Pun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    jenis darah

    Tahu Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab Anda Perlu Tahu Darah Sendiri? PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit hemofilia

    Anda Tergolong Dalam Jenis Darah Apa? Ini Mungkin Penyakit Paling Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 16/10/2018 . 3 minit bacaan

    Derma Darah Boleh Meningkatkan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/06/2018 . 2 minit bacaan