CEPI: Kerjasama Merentas Sempadan Demi Kesihatan Masyarakat Dunia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam masa kurang sedekad, dunia telah digemparkan dengan dua epidemik yang telah menyebabkan puluhan ribu kematian dan ketidakupayaan (morbiditi) – Zika dan Ebola. Penularan wabak yang telah menarik perhatian dunia ini khususnya organisasi-organisasi kesihatan kerajaan mahupun bukan kerajaan telah menyedarkan kita tentang betapa tidak bersedianya masyarakat dunia dalam menangani epidemik yang bergerak selaju dua penyakit ini.

Usaha untuk membangunkan vaksin adalah satu proses yang memakan masa dan tenaga, dengan purata selama 10 tahun dan kos bernilai RM 1 billion (USD 250 juta). Bahkan, pembangunan vaksin bukanlah satu keutamaan untuk syarikat-syarikat farmaseutikal kerana prospek pelaburannya dan pulangan yang tidak lumayan. Faktor-faktor ini mengeruhkan lagi keadaan kerana rata-rata negara yang terjejas akibat penularan wabak ini adalah antara negara-negara yang miskin seperti kebanyakan negara di benua Afrika. Sebagai contoh, penularan wabak virus Ebola di Afrika Barat telah membunuh sekitar 11 ribu manusia. Impak penularan wabak-wabak ini terhadap ekonomi dunia dikatakan menelan kos sebanyak RM 240 billion (USD 60 billion) setiap tahun.

CEPI Sebagai Usaha Merentas Sempadan Demi Kesihatan Sejagat

Sehubungan itu, satu gabungan antara badan kerajaan, badan swasta, industri, akedemia dan badan amal telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang diberi nama Gabungan untuk Persediaan Inovasi Epidemik (CEPI). Matlamat gabungan ini adalah untuk merangsang, membiayai dan menkoordinasi pembanguan vaksin bagi penyakit-penyakit berjangkit berbahaya khususnya yang tidak menjadi keutamaan syarikat-syarikat farmaseutikal.

Virus Dari Malaysia Jadi Tumpuan CEPI

Pada tahun 2017, 3 vaksin pertama yang menjadi keutamaan CEPI adalah virus MERS, virus Lassa dan virus yang berasal daripada Malaysa, virus Nipah. Virus Nipah merupakan virus yang tersebar daripada binatang kepada manusia yang muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 1998 dalam kalangan binatang ternakan khinzir dan juga penternak khnizir. Pada pertengahan 1999, lebih daripada 265 kes encephalitis dalam manusia telah dikesan dan sebanyak 105 kematian direkodkan. Virus ini masih lagi wujud dan pernah berlaku penularan di negara-negara lain seperti Singapura, Bangladesh dan juga India.

Pemilihan vaksin untuk dibangunkan oleh CEPI mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah potensi impaknya kepada kesihatan awam, risiko penularan dan betapa praktikalnya untuk membangunkan vaksin tersebut. Nipah merupakan virus yang mampu menjangkiti pelbagai binatang dan mengakibatkan kematian dalam manusia, menjadikan ianya salah satu kerisauan dalam kesihatan awam

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Sakit mata, dikenali juga sebagai konjunktivitis adalah keradangan atau jangkitan pada membran telus yang melapisi kelopak dan menutupi bahagian mata putih.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Mata, Masalah Mata Lain 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

    Ada masanya, masalah kesihatan menyebabkan ibu perlu menggugurkan kandungan. Pun begitu, wujud kesan pengguguran bayi jika dilakukan secara sendiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Jika anda merupakan pesakit diabtes, anda perlu ambil vaksin flu dalam masa terdekat ini. Tanpa suntikan flu ini, akan berlaku komplikasi yang lebih buruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keadaan Tekak, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit tekak

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu sepsis

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan