Bagaimana Robot Membantu Doktor Menyelamatkan Nyawa Di Utara Kanada

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Imej ihsan REUTERS

Di tengah-tengah kesejukan musim sejuk, seorang bayi berusia 6 bulan yang mengalami sesak nafas akut dibawa ke klinik kecil di kawasan terpencil Utara Kanada.

Jururawat di klinik berkenaan mendapati bahawa bayi tersebut sedang dalam keadaan kritikal, lalu menghubungi doktor pakar rawatan rapi kanak-kanak di hospital tertiari yang terletak 900 kilometer dari klinik tersebut. Doktor tersebut kemudian menggunakan tablet untuk mengaktifkan robot yang ditempatkan di klinik itu dan mengarahkan robot tersebut untuk pergi ke bilik pemeriksaan.

Robot tersebut bergerak dengan sendiri ke koridor klinik dan tiba di bilik pemeriksaan 2 minit kemudian. Dengan bantuan kamera canggih robot, doktor pakar tersebut dapat melihat bayi berkenaan dan bercakap dengan jururawat serta ibu bapa untuk mendapatkan matlumat lanjut mengenai pesakit. Stetoskop dari robot tersebut digunakan untuk mendengar bunyi dada bayi dan menyukat oksigen dalam darah menggunakan oksimeter serta menjalankan ujian elektrokardiogram (jantung).

Dengan bantuan telestrator (alat elektronik yang membolehkan pengguna menulis dan melukis menggunakan tangan melalui imej video), doktor tersebut membantu jururawat memasang laluan intravena (wayar yang dimasukkan ke dalam saluran darah) dan memulakan terapi bagi merawat keadaan bayi tersebut.

Ini bukan kisah sains fiksyen. Teknologi ini kini digunakan di Saskatchewan, Kanada bagi menyediakan khidmat kesihatan kepada kanak-kanak dan bayi yang sakit di kawasan terpencil Utara Kanada.

Menangani masalah kekurangan doktor di kawasan terpencil

Perkembangan dalam telekomunikasi, robotik, teknologi pengesan perubatan, dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) telah membuka ruang kepada penyelesaian dalam menyampaikan khidmat kesihatan secara langsung di kawasan dan populasi terpencil.

Di Saskatchewan, program perubatan terpencil (remote medicine program) telah dilaksanakan. Ia memberi fokus dalam memberikan khidmat kesihatan kepada populasi paling berisiko seperti kanak-kanak, wanita mengandung, dan warga emas.

Program tersebut telah berjaya menyelamatkan sekitar 70% kanak-kanak yang mengalami keadaan kritikal di komuniti terbabit. Dalam komuniti yang sama tanpa teknologi ini, kanak-kanak yang sakit perlu dibawa ke hospital tertiari yang tentu memakan lebih banyak masa dan risiko.

Ia juga telah menunjukkan bahawa teknologi ini dapat mencegah kelewatan dalam membuat diagnosis dan rawatan, seterusnya mampu menjimatkan kos dalam sistem kesihatan.

Aturan yang digunakan oleh kebanyakan sistem kesihatan pada hari ini yang memusatkan rawatan di hospital tertiari adalah kurang efisen dan memerlukan kos yang tinggi. Pesakit perlu tunggu berjam-jam di unit kecemasan, hospital terpaksa menerima terlalu banyak pesakit melebihi kapasiti asal, serta kelewatan dalam diagnosis dan rawatan. Semua ini membawa kepada hasil yang tidak memberansangkan, malah menyebabkan banyak kematian.

Teknologi robot seperti ini mampu menutup jurang yang ada dan meningkatkan keberkesanan serta kecekapan sistem kesihatan sedia ada.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan