Lendir ini kemudiannya akan memberikan tekanan pada kepala sehingga menyebabkan anda sakit kepala.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan hidung menjadi tersumbat.
Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan, anda boleh mengikuti pantang larang ini.
#1. Jangan berada di kawasan udara kering
Udara yang kering akan menyebabkan keadaan penyakit sinus anda menjadi lebih teruk. Ini kerana tiada sebarang kelembapan yang disedut oleh hidung anda.
Oleh sebab itu, jika anda berada di kawasan dengan persekitaran udara yang kering, anda disarankan untuk menggunakan pelembap udara atau humidifier.
#2. Berhenti merokok
Sebenarnya, asap rokok boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan sinusitis. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada perokok aktif, tetapi juga perokok pasif.
Kandungan racun dalam rokok boleh menyebabkan keradangan pada saluran nafas bahagian atas.
Amonia dan formaldehid juga boleh menyebabkan hidung dan sinus menghasilkan lebih banyak cecair atau lendir.
Jika lendir yang dihasilkan menjadi terlalu banyak, maka anda akan lebih mudah mengalami alahan sehingga boleh menyebabkan gangguan pada paru-paru anda.
#3. Menaiki kapal terbang
Percaya atau tidak, menaiki kapal terbang juga merupakan pantang bagi penghidap penyakit sinus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen