Masalah inkontinens urin atau kencing tak lawas sebenarnya kerap berlaku dalam kalangan warga emas.
Penjaga golongan warga emas ini pasti tertanya-tanya apakah punca keadaan ini dalam kalangan mereka yang berusia ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Masalah inkontinens urin
Secara umumnya, masalah kencing tak lawas merujuk kepada pengeluaran air kencing yang tidak disengajakan.
Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah seperti air kencing terkeluar dengan sendiri tanpa sengaja, atau keluarnya titisan air kencing selepas membuang air kecil.
Ada juga keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan secara keseluruhan ke atas pundi kencingnya sendiri.
Terdapat beberapa jenis keadaan kencing seperti masalah pundi kencing yang terlampau aktif. Ini amat kerap berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah demensia atau nyanyuk.
Apabila pundi kencingnya menjadi sangat aktif, ia akan membuatkan seseorang itu berasa ingin kencing secara tiba-tiba atau kerap kencing.
Wanita juga mempunyai risiko untuk mengalami beberapa jenis keadaan kencing yang tidak lawas yang disebut kencing tak lawas tekanan.
Ini berlaku apabila sesorang wanita itu batuk, bersin atau ketawa, ia akan membuatkan air kencing terkeluar sedikit dengan sendirinya.
Punca inkontinens urin dalam kalangan warga emas
Warga emas seperti datuk dan nenek kita merupakan antara golongan yang sangat berisiko untuk mengalami masalah ini.
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, ia disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan yang sebenarnya boleh dirawat.
Antara punca masalah kesihatan yang menyebabkan kencing tak lawas dalam kalangan warga emas ialah:
- Jangkitan salur kencing (UTI): Bakteria memasuki saluran air kencing lalu menjangkiti pundi kencing atau buah pinggang. Antara simptom-simptom jangkitan pada salur kencing ialah kerap berasa ingin kencing, rasa sakit sewaktu membuang air, atau rasa seperti terbakar semasa membuang air kecil. Anda juga mungkin akan mengalami demam dan inkontinens urin. Keadaan jangkitan pada salur kencing ini boleh dirawat melalui pengambilan ubat antibiotik
- Mengalami sembelit: Keadaan sembelit Urinary incontinencesememangnya tidak membuatkan anda berasa selesa. Apabila sembelit terjadi, anda akan berasa sukar untuk membuang air kecil atau menahannya
- Masalah pada kelenjar prostat: Keadaan ini hanya berlaku dalam kalangan lelaki sahaja seperti berlakunya pembesaran pada prostat. Namun ia boleh dirawat
- Kesan sampingan ubat-ubatan: Terdapat juga beberapa kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kencing tak lawas
- Masalah berkaitan usus yang lain seperti sindrom iritasi usus (IBS)
Masalah kencing tidak lawas dalam kalangan warga emas yang nyanyuk
Kencing yang tidak lawas adalah satu simptom yang akan berkembang pada peringkat akhir demensia.
Apabila datuk dan nenek anda mengalami demensia atau nyanyuk, kemampuannya untuk bertindak dengan pantas atau mengingati sesuatu akan menjadi semakin berkurangan.
Mereka mungkin tidak lagi mengetahui bahawa mereka sedang merasakan sensasi hendak membuang air kecil atau membuang air besar.
Antara sebab berlakunya masalah kencing yang tidak lawas dalam kalangan warga emas ialah:
- Tidak mengetahui di manakah lokasi tandas yang sepatutnya dituju
- Masalah dalam berkomunikasi
- Tidak mampu untuk pergi ke tandas tepat pada masanya
- Tidak mampu untuk bergerak ke sana sini
Baca juga: