backup og meta

Keliru Sama Ada Alami Kencing Tak Lawas Atau Penyakit Lain? Ini Simptom Utamanya!

Keliru Sama Ada Alami Kencing Tak Lawas Atau Penyakit Lain? Ini Simptom Utamanya!

Ini bukan lagi merupakan masalah yang luar biasa kerana kencing tak lawas lelaki dan wanita sering sahaja terjadi kepada individu kini.

Namun sering kali mereka tidak tahu bahawa diri sedang mengalami kencing x lawas ekoran tidak cakna akan simptom penyakit ini.

Jadi, apa kata kita teruskan membaca artikel ini untuk tahu apa simptom kencing tak lawas lelaki dan wanita dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu kencing tak lawas lelaki dan wanita?

Lebih dikenali sebagai inkontinen urin, masalah ini berlaku apabila organ pundi kencing hilang kawalan untuk membuang air kecil.

Ia dikatakan mungkin lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita dan statistik mencatatkan sekitar 30% wanita di Malaysia mengalaminya.

Namun demikian, ini tidak bermakna golongan lelaki boleh terselamat daripadanya khususnya buat mereka yang sudah lewat usia.

Kebiasaannya, masalah kencing tak lawas ini akan berlaku apabila otot dan saraf yang membantu pundi kencing mengalami masalah.

Wujud beberapa faktor risiko yang memicu masalah ini termasuklah:

  • Pundi kencing hipotenik
  • Pundi kencing prolaps (bagi wanita)
  • Masalah prostat (bagi lelaki)
  • Jangkitan salur kencing
  • Sembelit yang menyebabkan tekanan berlebihan ketika membuang air
  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Kecederaan sistem saraf akibat kondisi seperti kencing manis dan sklerosis berbilang
  • Kesan pembedahan seperti histerektomi

kencing berdarah

Apa simptom kencing tak lawas lelaki dan wanita?

Buat anda yang mungkin belum tahu, ada beberapa jenis inkontinen urin yang wujud iaitu stres, terdesak, melimpah, fungsi serta kombinasi.

Kelima-lima jenis kencing x lawas ini juga akan mempunyai perbezaan yang agak ketara dari segi simptom-simptom yang bakal dialami oleh penderita.

Berikut merupakan simptom kencing tak lawas menurut jenisnya:

Simptom kencing tak lawas #1. Inkontinen stres

Sekiranya anda mengalami kondisi ini, akan wujud tekanan pada pundi kencing terutamanya ketika melakukan sesuatu perbuatan.

Perbuatan ini termasuklah yang dikawal atau tidak terkawal seperti batuk, bersin, ketawa ataupun mengangkat barang berat.

#2. Inkontinen terdesak

Kondisi ini akan mengakibatkan anda secara tiba-tiba sahaja ingin membuang air kecil walaupun baru sahaja melakukannya.

Ia sering kali terjadi tanpa diduga, tanpa mengira waktu namun akan selalu berlaku ketika waktu malam sebelum hendak masuk tidur.

#3. Inkontinen melimpah

Kondisi ini akan mengakibatkan anda mengalami kebocoran urin yang akan menyebabkan kesukaran untuk menahan daripada terkencing.

Ia berlaku disebabkan oleh pundi kencing anda tidak dapat dikosongkan sepenuhnya walaupun sudah berkali-kali mengunjungi bilik air.

Cara mengatasi kencing kotor

Simptom kencing tak lawas #4. Inkontinen fungsi

Ia merupakan satu masalah yang menyebabkan penderita itu tidak mampu pergi ke tandas untuk membuang air kecil.

Kondisi ini mungkin disebabkan oleh masalah pada aspek fizikal atau mental yang menghalang pergerakan atau perbuatan tersebut.

Simptom kencing tak lawas #5. Inkontinen kombinasi

Ia merupakan gabungan di antara dua atau lebih jenis masalah kencing tak lawas berlainan seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi.

Antara gabungan yang biasa terjadi adalah inkontinen stres serta inkontinen terdesak yang mendatangkan ketidakselesaan pada penderita.

Wujudkah simptom lain?

Dalam pada itu, mungkin juga wujud simptom-simptom lain yang lebih berbahaya sekiranya terjadi kepada penderita.

Ada kondisi di mana kalian terlalu kerap kencing di samping menyebabkan kesakitan dan ia adalah petanda jangkitan salur kencing (UTI).

Ada juga penderita yang mendapati ada darah dalam air kencingnya dan kondisi ini dinamakan sebagai hematuria.

Adalah wajar untuk kalian berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan informasi dan rawatan lanjutan jika alami sebarang simptom kencing tak lawas!

Apa yang boleh dibuat jika alami kencing tak lawas?

Pertama sekali, kalian perlu memastikan jenis masalah kencing tak lawas lelaki dan wanita yang dialami terlebih dahulu.

Caranya adalah dengan cuba memerhatikan simptom-simptom yang telah kami nyatakan di atas tadi terhadap diri anda.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila lakukan diagnosis di klinik atau hospital bersama doktor pakar yang terlatih.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bladder control problems. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/bladder-control-problems/symptoms-causes. Accessed February 15, 2021.
  2. Symptoms urinary incontinence. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-incontinence/symptoms-causes/syc-20352808. Accessed February 15, 2021.
  3. Urinary incontinence. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-incontinence. Accessed February 15, 2021.
  4. Urinary incontinence in women. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/urinary-incontinence/urinary-incontinence-in-women. Accessed February 15, 2021.
  5. Urinary incontinence. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/urinary-incontinence. Accessed February 15, 2021.

Versi Terbaru

09/02/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Biasa Alami Kencing Tidak Lawas? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

11 Rawatan & Diagnosis Untuk Kencing Tak Lawas


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan