backup og meta

7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan, Anda Wajib Tahu

7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan, Anda Wajib Tahu

Jika seseorang individu itu pernah mengalami penyakit batu karang, kebarangkalian untuk penyakit tersebut menyerang semula adalah besar. 

Sebagai pesakit, pasti masih segar lagi dalam ingatan mengenai kesakitan yang pernah dialami dahulu. 

Malah, ramai yang mengakui sakit perut yang disebabkan batu karang bukan biasa-biasa. Ada yang kata sakitnya mungkin lebih teruk daripada melahirkan anak.

Oleh sebab itu, pesakit perlulah mengamalkan beberapa langkah pencegahan untuk menurunkan risiko penyakit ini pada masa hadapan.

Sudah pasti langkah pertama yang pesakit perlu lakukan ialah minum air dengan secukupnya.  Namun, ada banyak lagi cara lain yang boleh diamalkan untuk mencegah batu karang seperti mengurangkan garam dalam makanan, elakkan tahan kencing dan mengambil ubat-ubatan mengikut jadual.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Batu Karang, sila dapatkannya di sini.

7 Cara mencegah batu karang 

Antara langkah yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk mencegah batu karang ialah:

1. Minum air dengan mencukupi

Kebanyakan pesakit yang pernah ada batu karang berisiko untuk mengalaminya semula pada masa hadapan. Cara mencegah batu karang yang terbaik untuk elakkan penyakit ini berulang ialah dengan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Selain itu, perhatikan juga cuaca dan kadar aktiviti yang dilakukan setiap hari. Jika cuaca panas di kala sedang kerap bersenam, anda mungkin perlu minum lebih banyak air untuk menggantikan peluh yang keluar daripada badan.

Air kencing pekat mempunyai lebih banyak kalsium, oksalat dan fosfat yang boleh menyebabkan individu jatuh sakit akibat pembentukan batu karang di dalam saluran urinari. 

Oleh sebab itu, dengan minum lebih banyak air, konsentrasi air kencing dapat dikurangkan dan batu karang sukar untuk bergabung serta membentuk kristal.

2. Cara mencegah batu karang: kurangkan makanan bergaram

Cara mencegah batu karang

Garam merupakan salah satu punca utama pembentukan batu karang. Malah ia terkandung dalam banyak makanan. Contohnya, makanan segera dan makanan bergoreng. Sebab itulah, rakyat Malaysia mengambil jumlah garam yang banyak setiap hari. 

Orang dewasa perlu makan kurang daripada 2300 mg garam setiap hari. Sebagai perbandingan, satu sudu teh garam mempunyai 2325 mg garam.

Pesakit yang mempunyai batu karang daripada jenis oksalat atau kalsium fosfat perlu mengurangkan pengambilan garam walaupun anda mengambil ubat untuk merawat penyakit yang dialami. 

3.  Kurangkan makan daging

Protein daripada haiwan boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Oleh sebab itu, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan daging sebagai cara mencegah batu karang seperti:

  1. Daging lembu, ayam dan organ.
  2. Telur.
  3. Ikan dan kerang.
  4. Susu, keju dan produk berasaskan susu yang lain.

Namun, jika anda mengurangkan pengambilan protein daripada haiwan, anda mungkin perlu menambah makanan seperti kekacang ke dalam diet setiap hari.

Selain itu, pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik mungkin perlu menurunkan berat badan sekiranya ingin mengurangkan risiko batu karang.

4. Cara hilangkan batu karang dengan mengehadkan pengambilan oksalat

Pesakit yang mempunyai batu karang jenis oksalat mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi oksalat. Dengan cara ini, risiko penyakit batu karang dapat dikurangkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah dengar langsung mengenai oksalat. Oksalat ialah bahan semula jadi yang terkandung di dalam pelbagai makanan seperti:

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud pesakit perlu elakkan makan sebarang makanan yang mengandungi oksalat ataupun kalsium. Untuk pengetahuan anda, makanan yang tinggi oksalat juga mempunyai kadar serat, magnesium, dan potasium yang tinggi.

Tidak sihat jika anda terus berhenti mengambil makanan yang mempunyai oksalat. Malah, mengurangkannya juga mungkin akan menyebabkan pesakit alami kondisi lain seperti sembelit.

5. Cara mencegah batu karang: minum jus kranberi

Cara mencegah batu karang

Ramai orang yang percaya akan khasiat jus kranberi sebagai cara mencegah batu karang. Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan ini.

Selain batu karang, jus kranberi juga dikatakan boleh mengelakkan sakit seperti jangkitan saluran kencing (UTI). Malah, minum jus kranberi juga mungkin tidak akan membawa sebarang mudarat kepada kesihatan.

Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2015. Kidney Stones: Oxalate-Controlled Diet. February 17. Accessed December 11, 2020. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11066-kidney-stones-oxalate-controlled-diet.
  2. National Kidney Foundation. 2020. 6 Easy Ways to Prevent Kidney Stones. September 25. Accessed December 11, 2020. https://www.kidney.org/atoz/content/kidneystones_prevent.
  3. National Kidney Foundation. 2019. Calcium Oxalate Stones. March 22. Accessed December 11, 2020. https://www.kidney.org/atoz/content/calcium-oxalate-stone.
  4. Rotily, Michel, Francoise Leonetti, Cecilia Iovanna, Patrice Berthezene, Patricia Dupuy, Alain Vaci, and Yvon Berland. 2000. “Effects of low animal protein or high-fiber diets on urine composition in calcium nephrolithiasis.” Kidney International 1115–1123.
  5. University of Chicago. n.d. DOES WATER PREVENT STONES – WHAT’S YOUR BET? Accessed December 11, 2020. https://kidneystones.uchicago.edu/water-prevent-stones-whats-bet/.
  6. —. n.d. How To Eat a Low Sodium Diet. Accessed December 11, 2020. https://kidneystones.uchicago.edu/how-to-eat-a-low-salt-diet/.
  7. Urology Care Foundation. 2019. Hydrate to Help Prevent Kidney Stones. May 22. Accessed December 11, 2020. https://www.urologyhealth.org/healthy-living/lifestyle-and-exercise/hydrate-to-help-prevent-kidney-stones.
  8. UWHealth. 2016. Four Myths About Kidney Stones. May 19. Accessed December 11, 2020. https://www.uwhealth.org/news/four-myths-about-kidney-stones/48583.

Versi Terbaru

02/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

10 Punca & Faktor Risiko Penyakit Batu Karang, Sila Alert Dengan Penyebab Ini

Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan