backup og meta

Cegah Psoriasis Daripada Meradang Dan Gatal, Cuba 4 Cara Ini!

Cegah Psoriasis Daripada Meradang Dan Gatal, Cuba 4 Cara Ini!

Mengalami masalah kulit gatal merupakan antara simptom biasa terjadi bagi pesakit psoriasis. Adakah cara pencegahan untuk mengelakkannya daripada menular ke bahagian tubuh lain?

Bersempena Hari Psoriasis Sedunia yang disambut setiap 29 Oktober, dengan tema “Time to be United”, ayuh kita ketahui cara mencegah penularan keadaan kulit ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Pesakit psoriasis harus dapat menguruskan keadaan

Persoalan biasa yang terbit dalam fikiran penghidap psoriasis adalah:

  • Apakah ada cara untuk menghilangkannya?
  • Bolehkah menghentikan penyebaran psoriasis ke bahagian tubuh lain?

Jawapannya adalah dengan mengawal penyakit yang dialami.

masalah kulit gatal

Bagaimana masalah kulit gatal psoriasis merebak?

Psoriasis boleh menyebabkan tompokan kulit merah, kering dan gatal yang tampak seperti ruam, yang berkaitan dengan masalah sistem imun tubuh.

Bagi pesakit psoriasis, sel-sel kulit tumbuh dengan cepat menyebabkan anda mempunyai kulit yang kelihatan menebal.

Tompokan kulit kemerahan bersama sisik berwarna putih perak ini biasanya gatal, mempunyai sensasi terbakar dan sakit.

Bergantung kepada jenisnya, ia boleh berkembang pada mana-mana bahagian tubuh.

Secara amnya semasa pengembangan psoriasis, tompokan yang mengalami keradangan boleh membesar dan tompokan tambahan boleh muncul pada bahagian tubuh lain.

Ia bermakna penyakit anda berada pada peringkat tinggi.

Keadaan ini adalah biasa dan jangka pendek. Keadaan ini dianggap sebagai 1 kitaran di mana ia akan aktif dan senyap untuk tempoh beberapa minggu atau bulan.

Masalah kulit gatal psoriasis tidak berjangkit

Anda tidak akan mendapat keadaan kulit ini daripada pesakit psoriasis lain atau menularkannya. Tetapi tompokan pada kulit yang dialami mungkin dianggap sebagai penyakit berjangkit seperti:

Anda perlu menerangkan kepada individu yang berhubung rapat seperti rakan, penata rambut, jurulatih peribadi atau sesiapa sahaja bahawa ia adalah psoriasis dan tidak boleh menjangkiti mereka.

masalah kulit gatal

Masalah kulit gatal psoriasis: Tip hentikan penyebaran

Jika anda tidak mahu tompokan kulit kecil ini membesar dan muncul pada bahagian tubuh lain,  ini yang perlu dilakukan:

Kenal pasti dan elakkan pencetus

Cara pertama untuk menghentikan penyebaran psoriasis adalah dengan menjauhi pencetusnya.

Psoriasis boleh terjadi melalui 2 perkara, iaitu faktor genetik dan pencetus yang mengaktifkan keadaan punca wujudnya gejala.

Antara punca pencetusnya adalah:

Pencetus ini boleh mewujudkan psoriasis dan memburukkan gejala berterusan seperti masalah gatal kulit serta menyebabkan ia merebak.

Jika tekanan atau kegelisahan menjadi masalah, cubalah bersantai, mengamalkan meditasi atau mengikuti kelas pengurusan tekanan.

Sekiranya anda mengambil ubatan berikut, tanyakan kepada doktor jika terdapat alternatif lain:

  • Lithium untuk psikiatri memburukkan gejala psoriasis kepada separuh individu yang mengambilnya
  • Antimalaria terbukti mencetuskan keradangan psoriasis dalam beberapa minggu
  • Inderal – penyekat beta untuk tekanan darah tinggi, memburukkan gejala psoriasis kepada lebih 30% individu yang mengambilnya

masalah kulit gatal

Sangat penting bagi mereka yang mempunyai psoriasis mengelakkan jangkitan.

Ini kerana sebarang perkara yang menjejaskan sistem imun boleh memburukkan keadaan kulit ini, termasuklah sakit tekak dan bronkitis.

Ikuti rawatan psoriasis untuk cegah masalah kulit gatal 

Ikuti pelan rawatan perubatan, jadikan pemeriksaan doktor sebagai keutamaan dan pastikan pakar dermatologi mengetahui keadaan semasa anda.

Ia adalah satu keadaan biasa untuk mencuba pelbagai jenis rawatan sebelum menemui jalan penyelesaian terbaik.

Antara rawatannya adalah:

  • Steroid topikal
  • Krim vitamin D
  • Terapi cahaya 
  • Ubat oral seperti methotrexate atau siklosporin untuk mengurangkan keparahan psoriasis
  • Suntikan biologi untuk mengurangkan tindak balas keradangan tubuh

Baca juga:

Perubahan pada diet pemakanan & bersenam

Perhatikan diet pemakanan anda yang melibatkan gandum atau barli, sama ada ia boleh mencetuskan gejala psoriasis seperti masalah kulit gatal atau tidak.

Walaupun masih banyak kajian diperlukan, tetapi dikatakan menghindari pengambilan gandum, barli atau gluten dapat mengurangkan gejala psoriasis.

Doktor boleh melakukan ujian darah untuk menentukan sama ada anda mempunyai kepekaan gluten.

Amalan senaman juga dapat mencegah psoriasis daripada merebak dengan meningkatkan mood dan kualiti tidur.

Sebelum memulakan rutin senaman baharu, berbincanglah dengan doktor untuk memastikan ia sesuai dengan anda.

Legakan masalah kegatalan kulit

Selain penggunaan ubatan hospital, beberapa rawatan rumah juga dapat membantu melegakan kegatalan yang dialami dan mengurangkan penyebarannya, seperti:

  • Sentiasa memastikan kulit sentiasa lembap
  • Menyimpan pelembap di dalam peti sejuk untuk memberikan kesan penyejukan
  • Mandi dengan pancuran sejuk dan meletakkan pek ais ke kulit untuk meredakan kerengsaan yang dialami

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencegah penyebaran psoriasis pada tubuh, namun sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How Can I Stop My Psoriasis From Spreading? https://health.clevelandclinic.org/how-can-i-stop-my-psoriasis-from-spreading/, Accessed on Oct 22, 2021
  2. Psoriasis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/diagnosis-treatment/drc-20355845, Accessed on Oct 22, 2021
  3. A deeper look at psoriasis. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/a-deeper-look-at-psoriasis, Accessed on Oct 22, 2021
  4. About Psoriasis. https://www.psoriasis.org/about-psoriasis/, Accessed on Oct 22, 2021
  5. How Long Will I Have To Treat My Psoriasis? https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/treatment/medications/how-long, Accessed on Oct 22, 2021
  6. Slide show: Types of psoriasis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/multimedia/psoriasis-pictures/sls-20076486, Accessed on Oct 22, 2021
  7. Psoriasis. http://www.myhealth.gov.my/en/dewasa-psoriasis/, Accessed on Oct 22, 2021

 

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jom Cuba, Ada Banyak Pilihan Rawatan Bagi Penyakit Kulit Psoriasis!

Jaga-Jaga, 4 Jenis Ubat Ini Boleh Jadi Punca Sakit Kulit Psoriasis Bertambah Teruk!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan