
Vitamin D mempunyai pelbagai manfaat dan fungsi dari menguatkan tulang dan otot sehingga membantu menambah kesihatan jantung. Sumber vitamin D yang utama adalah cahaya matahari. Ia membantu penghasilan vitamin D dari kulit.
Adakah kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit? Jawapannya adalah ya. Lihat 5 penyakit di bawah.
1. Demensia
Demensia atau nyanyuk adalah keadaan di mana memori, tingkah laku dan pemikiran seseorang terjejas. Kajian membuktikan bahawa kekurangan vitamin D menambahkan risiko demensia sebanyak dua kali ganda.
Alzheimer adalah penyakit demensia yang paling kerap berlaku, iaitu 80 peratus daripada keseluruhan kes demensia.
2. Disfungsi erektil atau mati pucuk
Kajian menemui bahawa lelaki yang mengalami mati pucuk mempunyai kadar vitamin D yang rendah. Antara teori yang dibangkitkan adalah kurang vitamin D mungkin menjejaskan potensi saluran darah untuk mengembang yang penting untuk ereksi.
3. Ricket
Ricket adalah penyakit yang melibatkan tulang. Ia biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Vitamin D sangat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Pesakit ricket mempunyai tulang yang lembut dan kebiasaannya akan membesar dalam keadaan bengkok dan tidak lurus.
Bayi dan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya matahari cenderung mengalami ricket.
4. Penyakit jantung
Kajian menemui kaitan antara kurang vitamin D dan penyakit jantung tetapi tidak sepenuhnya menemui jika suplemen vitamin D boleh mengurangkan risikonya. Kajian tersebut menunjukkan beberapa penyakit jantung yang berisiko untuk berlaku seperti sterosklerosis, tekanan darah tinggi dan strok.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.