backup og meta

Untuk Lelaki! Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan 4 Pakej Rawatan Ini

Untuk Lelaki! Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan 4 Pakej Rawatan Ini

Corak kebotakan rambut lelaki merujuk kepada keguguran rambut pada kulit kepala kaum Adam. Ia berlaku apabila terjadinya perubahan dalam paras hormon seiring peningkatan usia. Bagaimanapun, rawatan rambut gugur yang bersesuaian dapat menyelamatkan anda daripada kebotakan!

Ya, keguguran rambut dalam kalangan lelaki mungkin sebahagian daripada proses normal penuaan. Namun, ia masih boleh mengganggu anda secara psikologi.

Keguguran rambut lelaki, apa puncanya?

Statistik mengenai keguguran rambut pada kaum lelaki adalah cukup ketara!

Sehingga 40% lelaki dalam lingkungan usia 30-an mengalami keguguran rambut keturunan, dan jumlah itu melebihi 50% saat mencecah usia 50 tahun! Takut, kan?

rawatan rambut gugur

Gen memainkan peranan terbesar! Tetapi hormon, diet dan ubat-ubatan juga merupakan pemicu utama keguguran rambut pada lelaki. Ini 6 faktor lazim kebotakan terjadi.

  1. Genetik: Sejarah keluarga anda adalah penyumbang terbesar kepada punca rambut menipis, terutama corak kebotakan rambut lelaki. Ini bermakna, jika ada ahli keluarga anda yang mengalaminya, anda juga mungkin tidak terkecuali!
  2. Hormon: Testosteron boleh dipersalahkan! Sel-sel di kulit kepala yang genetically disposed mengubah hormon penting lelaki menjadi hormon lain yang dikenali sebagai DHT, menyebabkan folikel mengecut dan akhirnya menghentikan pertumbuhan rambut.
  3. Masalah perubatan: Corak kebotakan rambut lelaki juga dikaitkan dengan kondisi perubatan; penyakit jantung, tekanan darah tinggi, prostat yang membesar, diabetes dan obesiti.
  4. Ubat-ubatan: Pelbagai ubat dikaitkan dengan keguguran rambut, termasuklah yang digunakan untuk merawat arthritis, depresi, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan tentu saja, kanser!
  5. Peristiwa trauma: Apabila berlaku kejutan besar terhadap sistem badan, sama ada disebabkan oleh tekanan emosi atau fizikal, kesan sampingannya boleh memicu penipisan rambut. Contoh kejadian pencetus seperti pembedahan atau kematian ahli keluarga.
  6. Masalah kulit kepala: Kondisi yang menyebabkan keguguran rambut lelaki merangkumi kurap, jangkitan kulat, dan folikulitis (keradangan folikel rambut akibat jangkitan bakteria). Psoriasis dan dermatitis seborrheic pada kulit kepala juga berupaya memicu penipisan rambut.

Beberapa kajian mengaitkan diet dan tabiat merokok dengan keguguran rambut, tetapi sains masih tidak dapat membuktikannya sebagai punca.

Jadi, wujudkah rawatan rambut gugur yang efektif? Tentu ada! Malahan, pakej rawatan keguguran rambut dari andSons juga tersedia mengikut keperluan anda. Teruskan pembacaan ya!

Pakej rawatan rambut gugur yang boleh dicuba!

#1 Kit Keguguran Rambut Tanpa Preskripsi (Syampu + Perapi + Minoxidil 5%)

Hair Loss Non-Prescription Kit atau kit keguguran rambut tanpa preskripsi ini adalah yang paling popular!

Kit ini dilengkapi dengan syampu yang diperkaya dengan Saw Palmetto, perapi dan juga serum minoxidil.

Penggunaan tiga produk rambut gugur ini boleh membantu anda memelihara kulit kepala. Selain itu, formula dalam produk ini berupaya melebatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

rawatan rambut gugur

Lebih menarik, rawatan rambut gugur andSons telah mendapat kelulusan KKM dan turut terbukti secara klinikal!

Peribahasa yang berbunyi, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain perlu anda sematkan dalam minda.

Penggunaan produk rambut gugur ini bakal memerlukan kesabaran dan masa untuk membuahkan hasil.

Justeru, produk ini disyor untuk dipakai setiap hari, sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan.

#2 Kit Keguguran Rambut Dengan Preskripsi (Finasteride + Minoxidil 5%)

Mengandungi finasteride & minoxidil, gabungan hebat ini turut menjadi saranan pakar dalam melakukan rawatan rambut gugur!

Hair Loss Prescription Kit ini merangkumi dua produk; finasteride iaitu ubat oral yang menghalang pembentukan DHT, (hormon lelaki yang berperanan mengecilkan folikel rambut kulit kepala) dan serum minoxidil.

Ujian klinikal mendapati kedua-dua produk ini apabila digunakan sekali, boleh memberikan hasil yang lebih berkesan berbanding jika menggunakan hanya satu jenis sahaja.

#3 Syampu 5% – Saw Palmetto, Caffeine, Argan

Belum bersedia dengan pakej merawat rambut gugur? Usah risau kerana anda juga boleh cuba mengambil satu produk sahaja.

Produk yang paling disarankan untuk anda yang pertama kali ingin mencuba, sudah tentulah syampu.

Mengandungi tiga bahan utama; Saw Palmetto, kafein dan argan, syampu ini berfungsi memelihara dan menjaga kelembapan kulit kepala bagi pertumbuhan rambut yang sihat.

#3 Perapi 2% – Niacinamide

Ingin tambah satu lagi produk dalam list rawatan rambut gugur anda? Pastinya perapi adalah pilihan terbaik sebagai pelengkap syampu.

Diformulasi dengan niacinamide iaitu vitamin B3, produk perapi ini membantu menyuburkan kulit kepala. Jika digunakan bersama syampu, kandungan nutriennya boleh membuatkan rambut lebih tebal.

Menariknya tentang kesemua produk merawat keguguran rambut di atas, anda boleh hentikan langganan bila-bila masa sebelum tarikh pembaharuan pakej.

Jadi, jika anda mendapati produk ini tidak membantu masalah rambut, anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Namun, ingin kami tekankan, sebelum anda memulakan sebarang rawatan keguguran rambut, sentiasa dapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah terlebih dahulu, okey?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Androgenetic alopecia. https://medlineplus.gov/genetics/condition/androgenetic-alopecia/#statistics. Accessed August 31, 2021.

Male pattern hair loss. https://dermnetnz.org/topics/male-pattern-hair-loss. Accessed August 31, 2021.

Scientists Grow New Hair In A Lab, But Don’t Rush To Buy A Comb. https://www.npr.org/sections/health-shots/2013/10/21/239121782/scientists-grow-new-hair-in-a-lab-but-dont-rush-to-buy-a-comb. Accessed August 31, 2021.

Hair Loss: Information and Treatment Options. http://www.ftmguide.org/hairloss.html. Accessed August 31, 2021.

Does Prostaglandin D2 hold the cure to male pattern baldness? https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3982925/. Accessed August 31, 2021.

Medical treatments for male and female pattern hair loss. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18793935. Accessed August 31, 2021.

Versi Terbaru

30/12/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kelemumur Dan Psoriasis Kulit Kepala: Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Bezanya

Mengapa Lelaki Lebih Berisiko Jadi Botak? Ini 5 Cara Kawal Hormon Elak Rambut Gugur


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 30/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan