backup og meta

Penting Guna Conditioner Lepas Syampu Rambut? Kenali 4 Jenis Perapi Yang Ada!

Penting Guna Conditioner Lepas Syampu Rambut? Kenali 4 Jenis Perapi Yang Ada!

Walaupun bukan semua, namun ramai orang mungkin akan guna conditioner atau perapi rambut setiap kali selepas bersyampu mahkota di kepala mereka. Persoalannya, adakah ia penting dan apakah pula jenis yang wujud? Teruskan baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apa fungsi perapi rambut ini?

Untuk pengetahuan anda semua, perapi adalah salah satu daripada produk rambut paling penting dalam usaha bagi membuat mahkota itu lebih lembut, licin serta mudah disikat dan diatur.

Fungsi utama produk rambut ini adalah mengekalkan kelembapan pada mahkota dengan bantuan ramuan wajib ada termasuk air, minyak, emolien, silikon serta agen pembersih dan pewangi.

Mungkin ramai yang salah faham bahawa syampu sahaja sudah cukup bagi mendapatkan manfaat di atas itu tadi. Hakikatnya, syampu hanya mampu membersih atau mencuci rambut sahaja!

Baca lagi artikel berkaitan:

perapi rambut

Individu juga mungkin memerlukan conditioner agar rambut yang telah disyampu tadi tidak akan jadi terlalu kering di samping mendapatkan banyak lagi manfaat terhadap rambut termasuk:

Dalam erti kata lebih mudah, anda mungkin perlu guna produk ini. Namun, jenis yang mana satu sesuai untuk anda?

Ini jenis serta cara pakai perapi rambut yang betul!

Sebelum beli dan guna produk conditioner pada rambut, anda kena tahu yang ia ada banyak jenis:

Rinse-out conditioner

Pertama, jenis ini adalah yang paling umum dan biasa digunakan oleh kita semua. Individu hanya perlu sapu ia pada hujung rambut selepas selesai syampu, ratakan, ramaskan dan bilas sehingga bersih.

Bagi jenis rambut yang berminyak, individu digalakkan untuk guna ia beberapa kali sahaja dalam seminggu manakala penggunaan yang lebih kerap pula disarankan jika anda memiliki jenis rambut kering, kusam dan keriting.

Leave-in conditioner

Berbeza dengan yang di atas, conditioner jenis ini memang diciptakan untuk ia kekal pada rambut sehingga tiba waktu anda mandi kelak. Ia ideal untuk jenis rambut yang kering, kusam atau rosak.

Bagi jenis rambut yang berminyak, individu digalakkan untuk guna ia beberapa kali sahaja dalam seminggu manakala lebih kerap pula jika anda memiliki jenis rambut kering, kusam dan keriting.

perapi rambut

Deep conditioner

Perapi jenis ini pula perlu dikekalkan pada mahkota anda sekitar setengah jam atau lebih untuk ia meresap ke dalam rambut sebelum dibilas. Kebiasannya, ia boleh digunakan 1 atau 2 kali sebulan.

Cleansing conditioner

Merupakan produk 2 dalam 1 hasil gabungan perapi dengan syampu, ia boleh mencuci, membersih serta melembapkan rambut anda. Jadi, tiada masalah untuk anda menggunakannya sehari sekali.

Konklusinya, cara pakai perapi rambut akan bergantung kepada jenis produk dan rambut individu masing-masing. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar rambut sebelum anda beli dan guna sebarang produk untuk elak rambut mengalami kerosakan!

Sebenarnya, siapa yang perlu guna perapi rambut?

Mungkin pada dasarnya, semua individu perlu guna produk perapi kerana kulit kepala menghasilkan minyak semula jadi bernama sebum yang penting namun syampu akan menghilangkannya.

Lebih-lebih lagi buat individu yang memiliki jenis rambut kering, kusam dan keriting atau mereka yang baru sahaja menjalani rawatan rambut seperti mewarnakan, rebonding, relaxing dan perm.

Ini kerana golongan di atas ini cenderung untuk kehilangan minyak semula jadi pada mahkota di kepala mereka. Maka, penggunaan conditioner tentu sahaja boleh membantu untuk merawat dan melembapkan setiap helai rambut dan sekitar kulit kepala!

Penggunaan yang berlebihan juga berbahaya ya!

perapi rambut

Penggunaan perapi rambut secara berlebihan juga berbahaya kepada rambut serta kulit kepala anda kerana ia bukan sahaja akan menghilangkan minyak semula jadi malah turut bawa masalah lain.

Ada kemungkinan di mana silikon yang wujud di dalam produk itu melekat pada kulit kepala dan ini bakal menyumbat liang pori rambut. Akibatnya, rambut akan lebih mudah rosak atau gugur.

Dalam pada itu, wujud juga risiko untuk produk ini tidak sesuai dengan individu itu sendiri sekali gus membawa kepada isu lain seperti alergi dan iritasi yang perlu dirawat dengan kadar segera.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah perapi itu memang sangat penting untuk mahkota anda namun anda perlu kenal jenis, cara dan kekerapan penggunaan produk ini terlebih dahulu sebelum anda beli dan guna. Dapatkan informasi dan nasihat pakar ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Surfactants And Shampoos, https://www.hairscientists.org/surfactants-and-shampoos, Accessed Jul 26 2022.
  2. Hair Conditioners, https://www.cosmeticsinfo.org/products/hair-conditioners/, Accessed Jul 26 2022.
  3. How does hair conditioner work?, https://scienceline.org/2014/01/how-does-hair-conditioner-work/, Accessed Jul 26 2022.
  4. Here’s How Often You Should Wash Your Hair, https://health.clevelandclinic.org/the-dirty-truth-about-washing-your-hair/, Accessed Jul 26 2022.
  5. Tips For Healthy Hair, https://www.aad.org/public/everyday-care/hair-scalp-care/hair/healthy-hair-tips, Accessed Jul 26 2022.

Versi Terbaru

17/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Nak Rambut Menawan Macam Model? Ini 7 Kelebihan Guna Serum Rambut

Ada Masalah Kelemumur Di Kepala? Ini Pilihan Syampu Yang Betul Untuk Merawatnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan