4. Elakkan pakai perhiasan rambut terlalu lama
Perhiasan rambut yang mempunyai reben, ropol atau perhiasan lain seperti mutiara, batu permata dan sebagainya memang nampak cantik apabila dipakai. Walau bagaimanapun, penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut jadi rosak dan cepat putus.
Malah, rambut anda juga berisiko untuk bergumpal dan menjadi kusut. Oleh sebab itu, gunakan aksesori sebegini hanya pada masa-masa tertentu. Pastikan anda buka perhiasan rambut ini dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Jaga rambut dengan betul

Selain pemakaian aksesori seperti cekak kain, scrunchies dan sebagainya, anda juga perlulah menjaga rambut dengan baik untuk pastikan ia kekal sihat dan tidak mudah rosak.
Ikuti tip daripada pakar dermatologi untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik:
- Basuh rambut dengan kerap, terutamanya jika anda mempunyai rambut berminyak. Mereka yang mempunyai masalah ini perlu cuci rambut setiap hari.
- Sapukan syampu pada kulit kepala, bukan pada rambut. Terlalu kerap mencuci rambut boleh buatkan ia menjadi kering dan rapuh.
- Gunakan conditioner selepas syampu. Conditioner boleh memulihkan rambut yang rosak dan membuatkan rambut nampak sihat, berkilat dan dalam masa yang sama, memberikan perlindungan daripada sinaran UV.
- Sapu conditioner pada hujung rambut. Elakkan menyapu seluruh rambut dengan conditioner kerana ia boleh menyebabkan rambut nampak penyek. Sapukannya pada hujung rambut sahaja.
- Gunakan syampu mengikut keperluan anda. Jika rambut anda gugur, pilihlah syampu yang dirumus khas untuk rambut gugur.
- Buka semua aksesori rambut sebelum tidur. Cekak rambut, pin dan klip perlulah dibuka sebelum anda lelapkan mata untuk pastikan rambut tidak rosak semasa tidur.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen