Tak Nak Botak Muda? Guna Syampu Untuk Rambut Gugur Yang Ada Bahan Ini!

    Tak Nak Botak Muda? Guna Syampu Untuk Rambut Gugur Yang Ada Bahan Ini!

    Mahkota di kepala anda ada masalah keguguran dan kebotakan? Jangan cepat putus asa dan biar ia gugur satu demi satu kerana ada shampoo untuk rambut gugur yang boleh anda cuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Keguguran rambut, masalah umum dialami semua orang?

    Untuk pengetahuan anda semua, mahkota di kepala manusia ini mempunyai 3 fasa normal yang utama iaitu; tumbuh, kekal dan gugur. Hakikatnya, semua individu tentu sahaja melalui fasa ini.

    Pun begitu, mungkin ada faktor risiko yang akan mempercepatkan proses ini selain daripada penuaan iaitu genetik, hormon, pemakanan, pengamalan gaya hidup tidak sihat serta lain-lain lagi.

    Dalam pada itu, pengunaan produk rambut seperti syampu, pewarna, penggaya atau pelembut yang tidak tepat juga akan menyumbang kepada masalah ini. Jadi, anda perlu lebih bijak dalam memilih dan menggunakan produk yang tepat!

    shampoo untuk rambut gugur

    Baca lagi artikel berkaitan:

    “Ada banyak faktor risiko keguguran dan kebotakan. Selain aspek fizikal, aspek mental turut akan beri kesan yang negatif. Contohnya stres juga adalah salah satu punca anda kehilangan banyak rambut,” jelas Pakar Dermatologi, Dr Shilpi Kheterpal.

    Maka, kurangkan stres serta gunakan produk seperti shampoo untuk rambut gugur yang terbaik!

    Shampoo untuk rambut gugur itu penting!

    Persoalannya, wujudkah syampu untuk rambut gugur yang khas? Untuk pengetahuan anda semua, memang ada dan rahsianya terletak pada kandungan bahan kimia tertentu di dalamnya.

    Pelbagai bahan kimia digunakan di dalam syampu untuk rambut gugur namun ini ramuan terbaik:

    • Histidine – Sejenis asid amino, ia mampu membantu menyerap zat tembaga daripada rambut sekali gus mampu melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UVA dan UVB
    • Minoxidil The Food and Drug Administration (FDA) mengesahkan bahawa bahan aktif ini selamat apabila digunakan di dalam produk shampoo untuk rambut gugur sebanyak 2%
    • Niacin – Vitamin B ini mampu membantu merangsang sirkulasi darah di kulit kepala sekali gus melebatkan dan mengurangkan rambut gugur
    • Biotin – Vitamin H ini turut mempunyai manfaat yang sama seperti di atas. Tambahan lagi, ia mampu mengelakkan masalah rambut yang rapuh
    • Phyto-caffein – Kafein dipercayai mampu untuk mengehadkan kadar testosteron pada akar rambut. Dengan bahan ini, maka testosteron akan lebih sukar untuk masuk ke dalam rambut

    shampoo untuk rambut gugur

    Tidak cukup dengan itu, ada juga ramuan tradisional yang juga boleh ditambah ke dalam senarai ini. Antara yang popular adalah minyak kelapa, minyak zaitun, minyak argan, minyak avokado, gel lidah buaya, madu serta banyak lagi bahan natural lain!

    Dalam masa yang sama, wujud juga beberapa kandungan bahan kimia yang perlu dielakkan dalam shampoo untuk rambut gugur. Ramai pakar rambut telah menyuarakan pendapat berikut.

    Menurut pakar dari Skinkraft Laboratories, syampu untuk rambut gugur itu perlu elak daripada mengandungi bahan ini:

    1. Sulfates.
    2. Parabens.
    3. Phthalates.
    4. Formaldehyde.
    5. Triclosan.
    6. Dimethicone.
    7. Alcohol.
    8. Toluene.
    9. Resorcinol.
    10. Polyethylene glycols.
    11. Retinyl palmitate.
    12. Selenium sulfide.
    13. Quaternium-15.

    Dalam erti kata lebih mudah, beli shampoo untuk rambut gugur berdasarkan bahan-bahan yang telah disyorkan atau perlu dielakkan seperti di atas tadi. Dapatkan nasihat daripada pakar.

    Langkah mencegah lebih baik daripada merawat!

    shampoo untuk rambut gugur

    Hakikatnya, setiap helai rambut yang tumbuh dan kekal di atas kulit kepala kita semua akan gugur juga satu hari nanti. Jika bukan angkara penuaan, ada banyak lagi faktor risiko yang lain.

    Pun begitu, anda masih boleh cuba untuk mengelakkan atau melambatkan perkara ini daripada terjadi. Rahsianya adalah dengan mengamalkan beberapa petua penting untuk elak rambut gugur.

    Khas buat anda yang tidak mahu botak pada usia muda, petua berikut sangat penting untuk anda:

    Konklusinya, masalah keguguran atau kebotakan rambut itu ada banyak punca dan salah satu daripadanya adalah akibat kesalahan dalam penggunaan produk. Jadi, sila lebih berhati-hati ya!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Hair Loss: Who Gets And Causes, https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/18-causes, Accessed Jun 22 2022.
    2. Hair Loss: Common Causes and Treatment, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2017/0915/p371.html, Accessed Jun 22 2022.
    3. Shampoo: What to Look For, What to Avoid, https://ecologycenter.org/blog/shampoo-what-to-look-for-what-to-avoid/, Accessed Jun 22 2022.
    4. The Best Vitamins, Supplements and Products for Healthier Hair, https://health.clevelandclinic.org/the-best-vitamins-supplements-and-products-for-healthier-hair/, Accessed Jun 22 2022.
    5. Four Nutrients for Hair, Nails and Skin Health, https://foodinsight.org/4-nutrients-to-eat-for-better-skin-hair/, Accessed Jun 22 2022.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 20/07/2022
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor