backup og meta

Selain Guna Krim Sapu Untuk Psoriasis Kulit Kepala, Pemilihan Syampu Pun Mesti Betul!

Selain Guna Krim Sapu Untuk Psoriasis Kulit Kepala, Pemilihan Syampu Pun Mesti Betul!

Penyakit kulit kepala psoriasis sering kali disalahertikan sebagai kondisi kelemumur angkara karakteristik yang agak serupa, namun tentu sahaja ia berbeza. Psoriasis juga mungkin jauh lebih berbahaya!

Persoalannya, adakah wujud ubat untuk psoriasis kulit kepala yang individu boleh cuba khusus bagi kondisi ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu penyakit kulit kepala psoriasis?

Untuk pengetahuan anda semua, psoriasis bukan hanya boleh terjadi pada tangan, siku, kaki, lutut atau kuku sahaja malah kulit kepala juga mungkin terkesan lalu menimbulkan ketidakselesaan yang teruk.

Apabila kondisi ini berlaku, ia akan menyebabkan kulit kepala anda muncul seperti keruping yang melekat, menebal, mengering dan meradang lantas mengakibatkan kemerahan, kegatalan serta kesakitan.

Lazimnya, proses penggantian sel tubuh termasuk kulit akan berjalan selama 1 bulan tetapi berbeza bagi mereka yang ada psoriasis kerana proses itu akan berlaku dengan lebih cepat. Kesannya, sel kulit yang baru ini akan berkumpul di permukaan kulit dan membentuk keruping seperti kelemumur.

penyakit kulit kepala psoriasis

Walaupun punca sebenar di sebalik penyakit kulit ini masih belum dapat dipastikan, namun ia sudah lama dikaitkan dengan gangguan di dalam sistem imunisasi manusia ekoran respons yang mungkin tidak normal.

Menurut American Academy of Dermatology (AAD), kira-kira 50% daripada individu yang menderita kondisi psoriasis di mana-mana bahagian tubuh badan mereka turut mengalaminya di kulit kepala.

Bagaimana merawat kondisi penyakit kulit kepala psoriasis?

Malangnya, sehingga kini masih belum wujud sebarang ubat untuk merawat penyakit kulit kepala psoriasis. Apa yang mungkin lebih membimbangkan adalah ia boleh terjadi kepada semua individu.

Pun begitu, ia tidak bermakna bahawa anda perlu membiarkan sahaja kondisi ini berlaku tanpa ada tindakan susulan kerana cara tepat untuk merawat psoriasis adalah dengan mengawal gejala-gejalanya.

penyakit kulit kepala psoriasis

Keruping di kulit kepala yang memicu kemerahan, kegatalan dan kesakitan itu mungkin boleh dirawat dengan cara:

  1. Ubat sistemik – Meskipun ia tidak merawat psoriasis secara langsung, namun ubat ini mampu memperbaiki sistem peredaran manusia yang penting untuk menghambat pembentukan keruping pada kulit.
  2. Krim topikal – Penggunaan krim, losyen atau salap mampu meredakan simptom kondisi kulit ini.
  3. Herba tradisional – Pengamalan herba seperti Ayuverda juga boleh melegakan gejala penyakit psoriasis.
  4. Sinaran ultra ungu (UV) – Kadangkala, terapi sinaran UV daripada cahaya matahari diperlukan untuk keruping dikelupaskan lalu disingkirkan daripada kulit kepala.

Sekiranya penyakit kulit kepala psoriasis berlaku dan anda tidak mahu ia berterusan atau berlanjutan, adalah penting untuk anda segera berjumpa dan berunding dengan doktor tentang rawatan lanjutan!

Guna shampo untuk psoriasis di kepala?

penyakit kulit kepala psoriasis

Selain penggunaan ubat untuk psoriasis kulit kepala seperti tertera di atas tadi, ketahuilah bahawa sedikit sukar untuk masalah ini hilang secara total andai tidak ada sebarang ikhtiar opsyenel yang lain.

Maka dengan itu, pengamalan produk mandian terutama syampu, perapi dan pelembut rambut perlu tepat agar dapat mengurangkan keruping daripada berkumpul sekali gus mengelakkan kondisi ini berlaku.

Baca lagi artikel berkaitan:

Khusus buat penderita penyakit psoriasis kulit kepala, sila pastikan syampu kalian terdapat kandungan yang berikut:

  • Asid salisilik
  • Agen keratolitik
  • Clobetasol propionate
  • Tar batu arang

Bahan di atas sangat penting dan wajib ada di dalam shampo untuk psoriasis di kepala kerana ia akan meredakan rasa gatal, sakit serta tidak selesa selain mampu meminimumkan risiko kulit daripada bersisik.

Bukan hanya itu, pengamalan produk rambut seperti syampu dicampur perapi dan pelembut serta sabun badan sesuai turut mampu memaksimumkan penyerapan krim, herba atau ubat ke dalam kulit kepala.

Konklusinya, psoriasis itu sendiri adalah antara masalah kulit kepala yang kronik namun tidak mustahil untuk dikawal atau dirawat dengan baik. Dapatkan informasi dan nasihat doktor untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Scalp Psoriasis, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22828-scalp-psoriasis, Accessed Jan 31 2023.
  2. Scalp Psoriasis, https://dermnetnz.org/topics/scalp-psoriasis, Accessed Jan 31 2023.
  3. Psoriasis of the Scalp, https://www.uclahealth.org/medical-services/dermatology/conditions-treated/scalp-psoriasis, Accessed Jan 31 2023.
  4. Treating psoriasis on the scalp, hairline, forehead, behind ear, https://www.papaa.org/learn-about-psoriasis-and-psoriatic-arthritis/further-resources/scalp-psoriasis/, Accessed Jan 31 2023.
  5. Scalp Psoriasis: Shampoos, Scale Softeners, And Other Treatments, https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/treatment/genitals/scalp-shampoo, Accessed Jan 31 2023.

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

12 Bahan Utama Wajib Ada Dalam Syampu Anda Kalau Kulit Kepala Gatal-Gatal!

Rimasnya Bila Kulit Kepala Gatal, Ada 5 Bahan Semula Jadi Boleh Bantu Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan