Kulit merupakan organ badan yang terbesar, namun hampir 64% individu masih tidak sedar akan kepentingan penjagaan kulit badan. Rata-rata hanya menumpukan perhatian pada penjagaan kulit muka daripada kulit badan, hingga tidak menyedari kepentingan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal mahupun pelembap kulit badan.
Hal ini didorong oleh ketiadaan produk yang sesuai untuk digunakan seluruh badan dan muka, maka tidak hairanlah mengapa ramai keliru dan tidak tahu tentang cara terbaik untuk menjaga kesihatan kulit agar ia kekal lembap dan sihat. Malah, apa yang lebih merungsingkan adalah ketidakpastian produk manakah yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing.1
Bukan itu sahaja, terlalu ramai yang mencari cara memutihkan kulit badan sehingga terlupa mengenai kepentingan menjaga kelembapan kulit. Dengan penggunaan produk seperti sabun, pencuci muka, pelembap dan losyen yang betul, kulit bukan sahaja akan bertambah sihat dan berseri, malah ia juga boleh membuatkan kulit badan tampak lebih putih dan cantik.
Tetapi, mengapakah penggunaan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal dan pelembap kulit badan sangat penting untuk kulit yang sihat lagi berseri? Mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Kepentingan Produk Pelembap Kulit Badan Dan Sabun Mandi Untuk Kulit Kering Dan Gatal
Tahukah anda, kulit yang kering lebih cenderung untuk merekah dan mengelupas?2 Jika dibiarkan tanpa sebarang langkah penjagaan yang tepat, besar kemungkinan kulit akan menjadi terlalu sensitif, kemerah-merahan, gatal dan rosak.
Kulit badan bertanggungjawab menyingkirkan toksin dari badan, meregulasi suhu dan bertindak sebagai penghalang semula jadi badan daripada anasir luar.3 Disebabkan itulah, rutin penjagaan diri yang lengkap sangat penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat.
Penggunaan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal, pelembap kulit badan, pencuci muka yang turut bersesuaian untuk digunakan pada kulit badan, losyen pelembap dan pelindung daripada sinaran matahari merupakan antara regimen penjagaan kulit yang amat bermanfaat untuk kulit yang sihat.4
Bagi mengelak kecenderungan masalah kulit sensitif, kemerah-merahan, gatal dan rosak, individu digalakkan untuk memilih pelembab kulit badan yang bebas pewangi, bukan komodogenik dan diuji oleh ahli dermatologi untuk pastikan ia selamat pada kulit.
Produk yang mengandungi vitamin tertentu seperti vitamin B55 yang dapat memastikan kulit kekal lembap, bersih dan lembut sepanjang hari merupakan satu bonus.
Sabun mandi untuk kulit kering dan gatal dan pelembap kulit badan amat berkesan dalam mengunci kelembapan pada seluruh badan, dan mempercepatkan proses pemulihan kulit.
Baca juga:
5 Produk Terbaik Untuk Melembapkan Kulit Anda Tanpa Mengeringkannya
Jika anda masih tercari-cari pelembap kulit badan atau sabun mandi untuk kulit kering dan gatal yang bersesuaian dengan kulit anda, malah membantu kulit sentiasa lembap dan sihat, di sini kami memudahkan kerja anda dengan menyenaraikan 5 produk terbaik untuk kesihatan kulit anda secara keseluruhan.
1. Skin Cleanser
Dapatkan dan gunakan sabun mandi yang berupaya untuk membersih sambil menghidrat secara aktif, tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit. Produk dengan formulasi yang bebas sabun dan bebas pewangi amat bersesuaian untuk digunakan sebagai sabun mandi untuk kulit kering dan gatal, malah juga sebagai pelembap kulit badan.
Gunakan skin cleanser dengan formulasi pH yang seimbang tanpa rensangan amat sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit, sama ada kulit kering, berminyak, kombinasi mahupun kulit sensitif.
2. Body Wash
Jika anda salah seorang individu yang mempunyai kulit badan kering yang terlalu sensitif sehingga boleh menyebabkan masalah gatal-gatal, Penggunaan Body Wash khusus untuk kulit sensitif ialah jalan penyelesaian yang paling berkesan dan harus digunakan sebagai sabun mandi untuk kulit kering dan gatal. Dapatkan produk yang terbukti secara klinikal kerana ia mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit badan sepanjang hari!
Produk dengan formulasi yang lembut, bebas sabun, pewangi, paraben dan steroid amat sesuai digunakan oleh setiap lapisan usia, terutamanya buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
3. Body Moisturizer
Selain daripada penggunaan sabun mandi untuk kulit kering dan gatal, langkah penjagaan untuk mengekalkan kelembapan kulit badan tidak lengkap tanpa penggunaan pelembap kulit badan, lebih-lebih lagi buat individu yang menghadapi masalah kulit kering.
Pelembap yang baik bukan sahaja dapat memastikan kulit kekal hidrat, malah ia juga dapat mengunci lembapan pada kulit supaya ia kekal tahan lebih lama.
4. Sunblock dengan SPF 50+
Dalam menjaga kesihatan kulit badan, ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan penggunaan losyen pelindung matahari. Hakikatnya, losyen pelindung matahari bukan sahaja berkesan untuk meratakan warna kulit badan, malah ia juga dapat memastikan kulit individu sentiasa terlindung daripada sinaran matahari yang mampu mengurangkan risiko kanser kulit.6
Losyen pelindung matahari dengan SPF 50+ adalah pilihan tepat untuk memberi perlindungan menyeluruh terhadapan sinaran UV. Sunblock dengan tekstur yang mudah diserap apabila disapu di kulit amat ideal untuk digunakan pada kulit wajah dan badan.
Jangan lupa untuk sentiasa menyapu losyen pelindung matahari dengan kerap sebanyak beberapa kali untuk mengekalkan perlindungan, terutamanya selepas bersukan atau berenang kerana keadaan kulit yang berpeluh, mahupun selepas mengelap badan.
5. Moisturising Cream
Seperti yang diterangkan di atas, ketiadaan produk yang sesuai untuk digunakan pada seluruh badan dan muka telah mengakibatkan kekeliruan buat ramai individu untuk mencari cara terbaik untuk menjaga kesihatan kulit agar ia kekal lembap dan sihat.
Pilihan bijak yang boleh dibuat pengguna yang menghadapi masalah ini adalah dengan memilih pelembap kulit yang bertindak bukan sahaja sebagai pelembap wajah, malah juga buat badan yang terbukti amat ideal untuk seisi keluarga.
Produk yang mengandungi formula emolien dan humektan merupakan pelembap kulit badan yang berkesan dalam memastikan kulit mendapat hidrasi yang berpanjangan, malah membantu kulit menjadi lebih halus, lembut dan sihat.
Semoga penerangan ini dapat membantu para pembaca di Hello Doktor untuk mula mengambil langkah yang tepat dalam menumpukan perhatian pada penjagaan kulit badan untuk memperoleh kulit badan yang lebih sihat, lembap dan berseri.