backup og meta

Kulit Sebelah Cerah, Sebelah Gelap? Cuba 7 Petua Cepat Hilangkan 'Sunburn'!

Kulit Sebelah Cerah, Sebelah Gelap? Cuba 7 Petua Cepat Hilangkan 'Sunburn'!

Selaran matahari, juga dikenali sebagai sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada sinar UV buat jangka masa yang lama. Namun, tahukah anda apa petua hilangkan sunburn yang bagus?

Lebih-lebih lagi setelah pulang daripada percutian pulau atau pantai, risiko untuk mengalami selaran matahari adalah cukup tinggi!

Menetap di Malaysia sahaja pun sudah cukup dapat ‘membakar’ kulit dengan cuaca yang senantiasa terik, kan?

Kulit muka dan badan boleh terbakar jika terdedah sinar UV dengan terlalu banyak dan lama, terutama tanpa memakai sebarang perlindungan seperti sunblock, payung, topi dan seangkatan dengannya.

Berapa lama kesan sunburn akan hilang?

Jangan risau kerana untuk kupasan kali ini, kami di Hello Doktor telah menyediakan beberapa petua hilangkan sunburn dengan cepat dan berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Faktor-faktor yang tentukan kadar kesembuhan sunburn

Seperti diketahui, selaran matahari adalah disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap sinar ultraviolet (UV).

Semakin lama anda terdedah kepada sinar ini, semakin tinggi risiko kulit untuk terbakar.

Pun begitu, kulit mereka yang lebih gelap tidak terbakar secepat orang berkulit cerah!

Ini disebabkan golongan berkulit gelap menghasilkan pigmen melanin lebih banyak, yang melindungi kulit daripada kerosakan UV.

petua hilangkan sunburn
Sinar UVA dan UVB menjadi antara faktor anda perlu menggunakan sunscreen.

Semakin teruk kulit anda terbakar, semakin lama masa yang diperlukan tubuh untuk menggantikan lapisan kulit rosak.

Untuk simptom selaran matahari bertahap ringan, kulit biasanya mereda dalam masa 3 ke 5 hari, manakala kesan bakar yang lebih teruk mungkin memakan masa beberapa minggu.

Selain itu, kondisi dan gaya hidup tertentu yang melemahkan sistem imun anda juga dapat memperlambatkan lagi kemampuan tubuh sembuh daripada selaran matahari.

Beberapa kondisi dan gaya hidup yang turut menyumbang, antaranya termasuk:

Jadi, apa petua hilangkan sunburn yang boleh kalian amalkan? Ini jawapannya!

Cara hilangkan sunburn di muka dengan cepat!

tip hilangkan sunburn
Sunburn boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan.

Berapa lama kesan sunburn akan hilang?

Untuk sembuh sepenuhnya daripada kesan sunburn, anda perlu memberikan masa untuk tubuh secara semula jadi menggantikan kulit yang telah rosak.

Terdapat had tempoh masa untuk badan kita melakukan proses ini, tapi anda boleh memaksimumkan proses baik pulih dengan beberapa petua hilangkan sunburn berikut:

  1. Sapukan krim hidrokortison: Krim hidrokortison digunakan untuk merawat bengkak, kerengsaan, dan kegatalan. Pakar mengesyorkan untuk guna krim ini pada kesan bakar yang teruk bagi mengatasi bengkak dan kesakitan.
  2. Kekal hidrat: Petua hilangkan sunburn seterusnya meliputi pengambilan air dalam diet harian. Selaran matahari ‘menarik’ kelembapan dari kulit anda. Jadi, minum banyak cecair dan elektrolit dapat bantu menghidrasi semula kulit!
  3. Cuba kompres/pek sejuk: Meletakkan kompres atau pek sejuk pada kulit sejurus terdedah pada selaran matahari dapat mengeluarkan haba berlebihan dari kulit dan mengurangkan keradangan.
  4. Cuba mandian oatmeal: Mandian oatmeal juga sebahagian daripada petua hilangkan sunburn yang boleh dicuba! Ia dapat menenangkan kulit dan mengurangkan kegatalan.
  5. Elak penggunaan tembakau: Merokok atau mengambil tembakau dalam sebarang bentuk berupaya merosakkan proses penyembuhan semula jadi tubuh dengan meningkatkan keradangan di seluruh badan anda. Ya, cakap senang, kan? Tapi jika anda betul-betul tekad ingin berhenti merokok, dapatkan bantuan daripada doktor agar usaha kalian tidak terkubur separuh jalan ya!
  6. Sapu lidah buaya: Lidah buaya ternyata mengandungi zat, disebut aloin yang dapat mengurangkan keradangan. Lidah buaya juga mampu melembapkan kulit anda dan mencegah pengelupasan!
  7. Mandi air sejuk: American Academy of Dermatology mengesyorkan mandian bersuhu sejuk sebagai petua hilangkan sunburn kerana ia dapat menenangkan kulit yang merengsa.

Bila perlu temui doktor untuk selaran matahari?

Sekiranya kesan selaran matahari anda bersifat ringan, kemungkinan untuk ia mereda sendiri, tanpa rawatan perubatan adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu berjumpa doktor atau pakar kulit jika alami kesan luka bakar yang teruk.

Segera temui doktor sekiranya anda memiliki gejala-gejala:

  • Kesan sunburn bertukar menjadi lepuh atau bengkak
  • Mengalami demam atau suhu badan panas yang berlebihan
  • Berasa pening, sakit-sakit, atau keletihan
  • Alami sakit kepala

Sunburnapa cara mencegahnya?

Satu-satunya cara hilangkan sunburn di muka dengan cepat, adalah dengan mengelakkan kontak berlebihan dengannya!

Antara kaedah yang boleh dicuba, merangkumi:

cara tradisional merawat muka sunburn
Penggunaan sunscreen adalah antara cara bagi mengelakkan sunburn.
  1. Cari tempat teduh: Elakkan berada di bawah sinar matahari untuk jangka masa yang lama, mencari tempat untuk berteduh adalah idea yang baik! Persiapan juga boleh dilakukan dengan membawa payung bersama.
  2. Elakkan waktu yang paling hangat atau panas: Untuk makluman, sinar UV berada pada tahap paling kuat ketika lewat pagi dan awal petang, dari pukul 10 pagi hingga 4 petang!
  3. Memakai topi: Pemakaian topi juga antara cara hilangkan sunburn di muka dengan cepat
  4. Cermin mata hitam: Cermin mata hitam pula berupaya melindungi mata dan kulit di sekitarnya daripada sinaran UV.
  5. Pelindung matahari: Pakar mengesyorkan pemakaian pelindung matahari berspektrum luas dengan sekurang-kurangnya SPF 30 atau lebih sebagai cara hilangkan sunburn di muka dengan cepat. Ia juga antara cara memutihkan kulit sunburn.

Sunscreen penting untuk kulit anda

Penggunaan sunscreen membantu melindungi kulit daripada bahaya sinar radiasi matahari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to treat sunburn. https://www.aad.org/public/everyday-care/injured-skin/burns/treat-sunburn. Accessed Oct 7, 2021.
  2. Sunburn & Your Skin. https://www.skincancer.org/risk-factors/sunburn/. Accessed Oct 7, 2021.
  3. How does the sun and UV cause cancer? https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/causes-of-cancer/sun-uv-and-cancer/how-does-the-sun-and-uv-cause-cancer. Accessed Oct 7, 2021.
  4. Sun Exposure – Sunburn. https://www.cdc.gov/niosh/topics/sunexposure/sunburn.html. Accessed Oct 7, 2021.
  5. How to treat a sunburn: Tips to stop the pain and start the healing. https://www.allinahealth.org/healthysetgo/heal/tips-for-healing-a-sunburn. Accessed March 14, 2022.

Versi Terbaru

09/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lepas Berpeluh Terus Mandi Punca Panau Naik Di Badan? Cuba 6 Petua Ini Untuk Hilangkannya!

Berdiri Lama Di Dapur Punca Tumit Kaki Pecah, Usah Risau, Atasinya Dengan 5 Bahan Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan