home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Orang Barat Anggap Kulit Tan Itu Cantik, Tapi Selamat Ke Jika Lakukan Prosedur Gelapkan Kulit?

Orang Barat Anggap Kulit Tan Itu Cantik, Tapi Selamat Ke Jika Lakukan Prosedur Gelapkan Kulit?

Trend mengelapkan kulit sudah lama dilakukan oleh masyarakat Barat, namun orang Malaysia mungkin tidak biasa mengenai idea kulit tan.

Ini kerana mereka berasakan kulit yang cerah lebih cantik dan digemari.

Namun kini, dengan pelbagai jenis gelombang kecantikan, memiliki kulit tan bukan lagi perkara yang memalukan dan dirai oleh ramai orang, terutamanya golongan jurusolek.

Tetapi satu kajian baru-baru ini yang melihat potensi kesan prosedur tanning membuktikan ia boleh menyebabkan seseorang individu menderita melanoma, terutamanya dalam kalangan orang muda.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Apa yang menyebabkan kulit tan?

Kulit tan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari atau prosedur indoor tanning yang menyebabkan kerosakan genetik pada sel lapisan kulit yang paling dalam.

Ini kerana kulit berfungsi dalam mencegah potensi kecederaan dengan menghasilkan melanin (pigmen yang memberikan warna pada kulit) yang mengakibatkan kegelapan atau dikenali sebagai kulit gelap.

tanning kulit

Tahukah anda, menurut kajian, semakin banyak seseorang individu melakukan prosedur ini, semakin tinggi risiko mereka menghidap penyakit melanoma.

Tambahan pula, indoor tanning adalah faktor risiko yang diketahui untuk menghidap barah kulit, dan melanoma.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa ia akan meningkatkan risiko seseorang mengalami melanoma hingga 79%!

Walaupun kajian tersebut tertumpu kepada golongan umur muda dan remaja, penting untuk difahami bahawa ia tidak selamat dilakukan tanpa mengira usia.

Bagaimanakah indoor tanning menyebabkan kanser?

Seperti sinaran matahari, prosedur ini juga memancarkan sinar ultraviolet (UV). Terdapat 2 jenis sinar UV; UVA dan UVB, yang memberikan warna pada kulit anda dan berisiko merosakkannya.

Sinar UVB adalah sinar ‘gelombang pendek’ yang cenderung menembusi lapisan paling atas kulit anda yang disebut epidermis.

Ia juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan dan memberikan sensasi seakan terbakar. Jika terdedah pada masa yang lama, sinar UVB juga mampu merosakkan kulit.

Bagi sinar UVA pula, ia adalah sinar ‘gelombang panjang’ yang meresap ke lapisan kulit yang lebih dalam berbanding sinar UVB.

Ini kerana, sinar UVA bertindak merangsang sel-sel berpigmen pada kulit anda (melanosit) untuk menghasilkan bahan yang disebut sebagai melanin.

Melanin inilah yang menjadikan kulit tan. Sementara itu, indoor tanning pula menggunakan sinar UVA buatan.

Penyelidikan pula menunjukkan sinar UVA yang sebenarnya menyebabkan sebahagian besar kanser kulit, termasuk karsinoma sel basal, karsinoma sel skuamosa, dan bentuk barah kulit yang paling membawa maut, melanoma.

Pendedahan berlebihan tterhadap UV juga bertanggungjawab untuk berlakunya penuaan kulit pramatang.

Prosedur tanning berbahaya bagi para remaja

tanning kulit

Prosedur indoor tanning boleh menyebabkan barah kulit pada sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Individu yang menggunakan katil tanning ini secara berkala, sama ada selama 50 jam, 100 sesi, atau 10 tahun bakal mempunyai risiko 200% (2 kali ganda) lebih tinggi untuk menghidap melanoma daripada mereka yang tidak menggunakannya.

Para remaja dan orang muda sangat senang untuk terdedah kepada bahaya katil tanning, ini kerana:

  • Pendedahan awal terhadap prosedur ini akan meningkatkan risiko melanoma
  • Kajian menunjukkan penggunaan katil tanning sebelum anda berusia 35 tahun mampu meningkatkan kemungkinan menghidap melanoma sebanyak 75%
  • Melanoma adalah penyebab umum kanser bagi orang muda. Melanoma adalah bentuk kanser kulit kedua yang paling sering terjadi pada individu berumur 15 hingga 29 tahun
  • Kadar karsinoma sel melanoma dan basal cell meningkat lebih cepat pada wanita muda daripada lelaki yang muda

Para saintis mengaitkannya dengan fakta bahawa lebih banyak wanita muda menggunakan prosedur ini berbanding lelaki dan melanoma juga boleh membawa maut.

Sekiranya melanoma merebak ke kulit dan kelenjar nodus limfa, anda hanya mempunyai peluang sebanyak 62% untuk bertahan selama 5 tahun dan statistiknya lebih teruk jika melanoma merebak lebih jauh ke dalam badan.

Lindungi diri anda secara sihat

Elakkan prosedur tanning kulit sepenuhnya! Ini adalah kaedah terbaik untuk melindungi diri daripada kerosakan kulit yang tidak sihat dan memudaratkan.

Sekiranya anda benar-benar ingin kulit tan yang sihat dan berseri, pertimbangkan produk tanning tanpa memerlukan prosedur sinaran cahaya.

Terdapat banyak pilihan yang dapat memberi anda penampilan kulit yang lebih ‘berwarna’, tetapi anda masih memerlukan perlindungan cahaya matahari (SPF)!

Cara yang lebih selamat dan bermanfaat, dapatkan kulit yang berseri dengan melakukan senaman berkala atau berintensiti tinggi. Kulit bukan sahaja kelihatan lebih sihat, malah mood anda juga akan meningkat!

Kekal hidrat, minum banyak air dan pilih makanan yang tidak mengandungi perasa, pewarna tiruan serta berkhasiat; ini yang diperlukan bagi mendapatkan kulit yang cantik!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://health.clevelandclinic.org/indoor-tanning-particularly-dangerous-young-people/#:~:text=More%20tanning%20means%20more%20risk&text=Indoor%20tanning%20is%20a%20known,Knackstedt%20says.
  2. https://www.skincancer.org/risk-factors/tanning/
  3. https://publichealth.wustl.edu/a-dangerous-combination-for-youths-indoor-tanning-and-skin-cancer/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2913608/
Gambar penulis
Ditulis oleh Nisreen Nadiah pada 15/09/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x