Rutin Penjagaan Kulit Cegah Penuaan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin baru perasan tentang beberapa kedutan di sekitar mulut anda atau beberapa garis halus di bawah mata anda. Ia adalah tanda pertama penuaan. Walaupun penuaan adalah satu proses yang tidak dapat kita elakkan, dan kita semua pasti akan melalui fasa tersebut dalam hidup kita. Namun kita masih boleh mencuba untuk memperlambatkannya sedikit dengan melakukan pelan penjagaan kulit yang bersesuaian.

Pencuci muka

Ini adalah asas untuk rejim penjagaan kulit anda. Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Elakkan yang terlalu kuat pada kulit. Pencuci perlu berkesan tetapi masih lembut pada kulit. Basuhlah muka anda tidak lebih daripada dua kali sehari. Pembersihan yang kerap hanya kana menyebabkan kulit muka anda bertambah kering dan menyebabkan kedutan akan jelas kelihatan.

Retinol

Ia adalah antara bahan hebat untuk melawan penuaan. Retinol datang dalam dua bentuk: produk dengan jumlah retinol yang minimum yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor dan satu lagi yang perlu mendapat preskripsi doktor, mengandungi tretinoin, adapalene, tazarotene. Retinol merangsang kulit anda untuk menghasilkan lebih banyak kolegen, sekali gus meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan.

Pelembap

Jangan lupa untuk mengaplikasikan pelembap setiap hari, bergantung kepada jumlah yang anda perlukan, untuk mengunci air di dalam kulit anda. Kulit yang lembap akan kelihatan lembut, licin dan menjadikan kedutan kurang kelihatan.

Pelindung matahari

Radikal UV adalah musuh utama kulit. Ia akan menyebabkan kulit menjadi lebih cepat tua dari yang sepatutnya. Rutin anti-penuaan tidak akan lengkap tanpa perlindungan matahari. Adalah dinasihatkan untuk memakai pelindung matahari setiap hari, walaupun pada hari hujan lebat.

Selain penjagaan kulit, gaya hidup anda juga mempengaruhi faktor penuaan. Untuk membantu menjayakan rutin penjagaan kulit anti-penuaan anda, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat. Buat pilihan yang bijak dalam soal pemakanan, bersenam secara teratur dan berhenti merokok. Pastinya kulit anda akan berterima kasih.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Proses penuaan pada manusia sememangnya berbeza mengikut individu. Ia merupakan satu proses biologi yang boleh dipengaruhi pelbagai jenis faktor seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Aktif Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 27/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

    Kulit terkena air panas kerana air kopi tertumpah di tangan? Jangan panik. Ikuti 10 cara merawat kulit melecur ini untuk kurangkan kecederaan luka terbakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Habit Sihat, Pertolongan Cemas 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kongsi Produk Penjagaan Muka Dengan Pasangan, Punca Utama Kulit ‘Breakout’? Betul Ke?

    Bolehkah produk penjagaan muka wanita digunakan oleh lelaki atau sebaliknya? Apakah kesannya terhadap kulit anda? Ketahuinya dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya

    Kini, terdapat banyak sekali kaedah untuk buang bulu yang boleh dipilih sama ada bercukur, menggunakan waxing, krim membuang bulu dan banyak lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah

    Artikel lain untuk anda

    struktur otak

    Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    tips penjagaan muka

    Jangan Basuh Muka Dengan Air Suam, Tabiat Ini Hanya Rosakkan Kulit Wajah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
    usia lanjut

    Apa Maksud Penuaan Yang Sihat: Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 4 minit bacaan
    tubuh badan

    WOW! Fakta Menarik Tentang Penuaan Tubuh, Kepala Jauh Lebih Tua Daripada Kaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/12/2020 . 4 minit bacaan