brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Parut C-Section Jangan Dibiarkan Je, Ini 7 Pilihan Penjagaan Yang Ibu Boleh Pertimbangkan

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Bersalin secara Caesarean atau C-section merupakan pembedahan abdomen yang memerlukan tempoh pemulihan. Selepas bersalin, perhatian oleh doktor biasanya tertumpu pada penyembuhan luka, kawalan kesakitan, pergerakan dan risiko jangkitan. Namun, penjagaan parut selepas luka sembuh juga sama penting, termasuk mengetahui bila dan bagaimana krim hilangkan parut atau produk penjagaan parut boleh mula digunakan.

Parut C-Section Jangan Dibiarkan Je, Ini 7 Pilihan Penjagaan Yang Ibu Boleh Pertimbangkan

Parut sebenarnya sebahagian daripada proses semula jadi penyembuhan kulit. Apabila luka C-section tertutup, tubuh menghasilkan kolagen untuk membantu membaiki kawasan tersebut. 

Namun, pembentukan kolagen yang berlebihan boleh menyumbang kepada pembentukan parut yang lebih tebal atau terasa timbul.

Jadi, apakah pilihan penjagaan parut yang direkomendasikan oleh dokt or selepas C-section?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Krim hilangkan parut: Ini 7 pilihan produk penjagaan parut yang boleh dipertimbangkan

Jika anda mencari krim hilangkan parut luka dengan cepat, amat penting untuk menetapkan jangkaan yang realistik. 

Ini kerana, parut tidak hilang serta-merta dan proses pematangannya mengambil sedikit masa. 

Produk juga sepatutnya dipilih berdasarkan jenis parut, formulasi dan bukti yang menyokong penggunaannya.

#1. Dermatix® Ultra – Gel Silikon Dengan CPX + Vitamin C Ester

Untuk parut selepas pembedahan seperti C-section, Dermatix® Ultra merupakan gel silikon topikal bukan invasif yang terbukti secara saintifik membantu melembutkan dan mengurangkan penampilan parut.1 2

Dermatix® Ultra menyokong proses pemulihan semula jadi tubuh anda dengan melindungi parut dan mengawal penghasilan kolagen bagi meminimumkan pembentukan parut.

Gel ini merekodkan kadar kejayaan setinggi ≥85% dalam melembutkan dan mengurangkan penampilan parut hipertrofik dan keloid.

Ia sesuai untuk pelbagai parut termasuk parut pembedahan serta parut akibat melecur.2

Formulanya menggabungkan CPX (cyclopentasiloxane) dengan Vitamin C Ester (ascorbyl tetraisopalmitate).2 

CPX membantu memulihkan fungsi penghalang kulit dan mengurangkan kehilangan air melalui kulit (TEWL), selain membantu menormalkan aktiviti fibroblas serta pemendapan kolagen untuk mengurangkan ketebalan parut.1 

Vitamin C Ester pula membantu mencerahkan hiperpigmentasi selain lebih mudah diserap ke dalam kulit.3 4

Malah, gel silikon topikal disokong sebagai terapi barisan pertama (first-line), tidak invasif (non-invasive) untuk pengurusan parut.5

Untuk ibu yang sibuk menguruskan bayi, Dermatix® Ultra turut mempunyai beberapa ciri praktikal:

  • Cepat kering dan tidak berminyak
  • Mudah diratakan pada kulit2
  • Tahan daripada mudah tercuci
  • Boleh digunakan bersama pelindung matahari dan solekan2

Bila boleh mula menggunakannya? Gel silikon untuk parut boleh mula disapu selepas luka benar-benar tertutup atau jahitan telah dibuang, bukannya pada luka C-section yang masih terbuka.2 6

Penggunaan krim ini sebanyak dua kali sehari dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan dan diteruskan sehingga pengguna berpuas hati dengan penampilan parut mereka.2 6 

Jadi, bagi persoalan bagaimana cara menghilangkan parut hitam dengan cepat, sasaran yang lebih realistik ialah membantu memperbaiki warna, kelembutan dan kerataan parut secara beransur-ansur melalui penggunaan krim seperti Dermatix® Ultra yang konsisten.

#2. Mederma Advanced Scar Gel

Pilihan krim hilangkan parut seterusnya ialah Mederma Advanced Scar Gel. 

Produk ini mempunyai Triple Action Formula yang membantu mengekalkan kelembapan, menyokong pembaharuan sel dan pembentukan kolagen.

Ia mengandungi ekstrak bawang (Allium cepa), allantoin, panthenol dan sodium hyaluronate. Ia disarankan untuk digunakan sekali sehari. 

Produk ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis parut termasuk selepas pembedahan, kecederaan dan melecur.

#3. Hiruscar Ultra Scar Care Gel

Hiruscar Ultra Scar Care Gel pula mengandungi gabungan Allium Cepa Bulb Extract, Niacinamide (Vitamin B3), Acetyl Hexapeptide-49 dan Centella Asiatica.

Formulanya membantu memudarkan penampilan parut dan kesan gelap, memperbaiki tekstur kulit, melembutkan parut timbul serta mengurangkan kegatalan.

Gel ini sesuai digunakan pada pelbagai jenis parut harian akibat luka kecil, calar, melecur dan gigitan serangga.

#4. Garden of EDEN Natur E Scar Serum

Jika anda lebih menggemari produk berasaskan serum, Garden of EDEN Natur E Scar Serum mungkin sesuai untuk anda. 

Ia mengandungi D-alpha tocopherol atau Vitamin E semula jadi sebagai ramuan utamanya.

Formulanya berasaskan tumbuhan dan diposisikan untuk membantu melembapkan serta melembutkan kulit, selain mengurangkan penampilan parut lama mahupun baharu.

#5. Actiscar Intensive Scar Cream

Actiscar Intensive Scar Cream pula merupakan krim hilangkan parut yang dihasilkan untuk membantu melembutkan kulit, memudarkan kesan gelap pada parut dan menyokong pembaharuan kulit.

Produk ini juga berfungsi melembapkan kulit dan memperbaiki penampilan serta tona kawasan berparut.

#6. LANBENA Skin Care Gel

LANBENA Skin Care Gel pula menggunakan pelbagai ekstrak herba dan diposisikan untuk membantu memudarkan kesan seperti stretch marks dan bekas jerawat serta memperbaiki penampilan tona kulit tidak sekata.

Ia digunakan secara topikal dengan menyapu dan mengurut gel pada kawasan yang dikehendaki.

#7. Bio-Oil Skincare Oil

Bio-Oil Skincare Oil ialah produk penjagaan kulit berasaskan minyak yang terkenal untuk penampilan parut dan stretch marks. 

Berbanding gel silikon, ia hadir dengan format minyak dan digunakan dengan mengurut produk pada kawasan berparut secara konsisten.

Jika anda sedang mencari krim hilangkan parut hitam, ingat bahawa format produk bukan satu-satunya perkara yang perlu dinilai. 

Pertimbangkan juga jenis parut, bahan yang digunakan dan bukti klinikal yang menyokong formulasi tersebut.

Tidak perlu sekadar “biarkan” parut C-Section

Parut C-section merupakan sebahagian daripada perjalanan tubuh selepas melahirkan anak, tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh memilih untuk menjaganya. 

Malah dalam satu tinjauan, 64% ibu C-section berkata mereka berharap penjagaan parut dimulakan lebih awal.7

Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara menghilangkan parut hitam dengan cepat, elakkan mengejar janji bahawa sesuatu produk boleh menghapuskan parut serta-merta. 

Penjagaan parut memerlukan masa dan konsistensi, dan rawatan topikal hanya patut dimulakan selepas luka C-section tertutup sepenuhnya.

Antara pilihan krim hilangkan parut dan produk lain yang disenaraikan, Dermatix® Ultra menawarkan formulasi gel silikon CPX + Vitamin C Ester yang terbukti secara klinikal membantu mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut. 

Ia juga cepat kering dan sesuai digunakan dalam iklim lembap; satu ciri yang sangat relevan untuk rutin harian ibu di Malaysia.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan parut C-section dan pengalaman di sebalik setiap parut, terokainya di 1000 Untold Stories.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 6 hari lalu