home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Perhatikan 5 Tanda Luka Anda Mungkin Telah Dijangkiti

Perhatikan 5 Tanda Luka Anda Mungkin Telah Dijangkiti

Keadaan yang paling tidak diingini selepas mengalami luka adalah jangkitan luka.

Luka yang terbuka adalah jalan masuk yang sangat kondusif bagi bakteria.

Terutamanya, jika luka itu disebabkan oleh permukaan yang tidak bersih seperti jalan raya atau tanah, risiko luka tersebut dijangkiti adalah tinggi.

Sebab itu, antara langkah awal dalam pengurusan luka adalah membersihkan luka dengan antiseptik seperti iodin atau dettol untuk menghalang pertumbuhan bakteria. Jika tidak dibersihkan dengan betul, jangkitan mungkin berlaku.

Bagaimana ingin tahu jika luka anda telah dijangkiti? Lihat 5 tanda berikut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

5 Tanda jangkitan luka

1. Demam

jangkitan luka

Demam selepas luka bukanlah satu petanda yang baik. Jangkitan adalah kemungkinan yang ada. Demam di bawah 38 darjah celsius adalah biasa selepas pembedahan. Tetapi jika lebih daripada itu, anda mungkin memerlukan pemeriksaan doktor.

2. Cecair keluar dari luka

Sedikit cecair cerah atau sedikit kekuningan keluar dari luka selepas pembedahan adalah biasa. Tetapi jika cecair tersebut berwarna hijau atau berbau busuk, ia mungkin bukan lagi perkara yang biasa.

Ia perlu dibersihkan dengan antiseptik dan jahitannya mungkin perlu dibuka semula.

3. Sakit yang berterusan atau bertambah

Rasa sakit selepas luka atau pembedahan adalah normal. Ia akan hilang secara beransur-ansur.

Ubat tahan sakit juga boleh membantu tetapi anda sepatutnya sudah boleh menahan sakit tanpa ubat selepas beberapa ketika.

Jika sakit masih kekal, sila berjumpa doktor anda untuk mengelakkan keadaan lebih teruk.

4. Merah dan bengkak

jangkitan luka

Merah dan bengkak pada luka adalah biasa tetapi ia akan hilang selepas beberapa ketika. Ia adalah sebahagian daripada tindak balas badan terhadap luka. Jika merah dan bengkak tersebut kekal, ia mungkin petanda kepada jangkitan luka.

5. Kawasan luka menjadi panas

Peredaran darah akan bertambah di tempat luka buat seketika. Ini bertujuan menghantar sel-sel darah putih untuk membersihkan kotoran serta melawan jangkitan bakteria.

Sebab itu, kawasan terbabit akan menjadi panas. Namun jika panas tersebut berkekalan dalam tempoh yang lama sehingga berhari-hari, jangkitan di luar kawalan badan mungkin berlaku dan ia mungkin memerlukan intervensi dari luar dengan antibiotik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Advanced Tissue (28 Ogos 2015). 6 Signs You Have An Infected Wound. Dimuat turun daripada https://www.advancedtissue.com/6-signs-you-have-an-infected-wound/.
  2. https://www.drugs.com/cg/wound-infection.html
  3. https://www.woundcarecenters.org/article/wound-types/infected-wounds
  4. https://www.healthline.com/health/infected-cut
  5. https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-cuts/basics/art-20056711
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 29/04/2021
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x