backup og meta

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!

Runsing dengan masalah jeragat? Jangan risau, sebenarnya ada cara hilangkan jeragat secara tradisional, terutamanya yang berada di kawasan muka dan bahu.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara hilangkan jeragat di muka dengan cepat, jom baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Cara hilangkan jeragat secara tradisional

Anda jangan risau, di bawah, kami sediakan beberapa cara hilangkan jeragat di muka secara tradisional dengan cara hilangkan jeragat guna bahan dapur. Jom cuba!

1. Gunakan perahan jus lemon untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

cara hilangkan jeragat secara tradisional
Lemon boleh bantu hilangkan jeragat.

Jus lemon sudah lama digunakan sebagai cara hilangkan jeragat secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

Sebagai alternatif cara hilangkan jeragat dengan lemon, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.

2. Sapukan aloe vera

Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat!

Anda boleh membeli gel aloe vera di kedai atau gunakan ekstraknya terus dari daun.

Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.

Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.

3. Gunakan serbuk kunyit

kebaikan kunyit
Kebaikan kunyit untuk muka dan kulit.

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.

Amalkan cara hilangkan jeragat dengan kunyit ini seminggu sekali.

4. Cara hilangkan jeragat secara tradisional guna teh hijau 

Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah!

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.

Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.

Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air!

5. Skrub menggunakan serbuk oat untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

cara hilangkan jeragat secara tradisional
Oat boleh bantu hilangkan jeragat.

Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional.

Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda.

Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.

Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

Pastikan jeragat bukan kanser!

Antara tanda jeragat atau tahi lalat pada kulit merupakan sejenis kanser:
  • Asimetri: Kebanyakan tahi lalat yang bersifat kanser tidak simetri. Ini bermakna, saiz atau rupa bagi kedua-dua belah tahi lalat (jika anda membahagikannya kepada dua) kelihatan tidak serupa
  • Sempadan: Sempadan bagi jeragat atau tahi lalat yang sihat kebiasaannya rata manakala bagi kanser pula, ia boleh rasa kasar atau sempadannya naik menyebabkan permukaan tidak rata
  • Perubahan warna: Warna tahi lalat atau jeragat tidak sama dengan yang sihat. Perubahan ini boleh berlaku akibat proses patologi kanser
  • Diameter: Bagi tahi lalat atau jeragat yang berukuran 6 milimeter atau lebih, ia mungkin bersifat kanser

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Brown spots and freckles. https://dermnetnz.org/topics/brown-spots-and-freckles. Accessed on Feb 9, 2022.
  2. Anti-Freckles Herbal Treatment in Iranian Traditional Medicine. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5103528/. Accessed on March 1, 2022.
  3. Q & A: Freckles and Your Skin. https://health.clevelandclinic.org/q-and-a-freckles-and-your-skin/. Accessed on Feb 9, 2022.
  4. What Are Freckles? https://kidshealth.org/en/kids/freckles.html. Accessed on Feb 9, 2022.
  5. What Causes Freckles? https://www.wonderopolis.org/wonder/what-causes-freckles. Accessed on Feb 9, 2022.

Versi Terbaru

24/04/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jeragat Tak Nak Hilang, Cuba Guna 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Membantu!

Jeragat Punca Tiada Keyakinan Diri? Cari Krim Yang Ada 8 Bahan Ini, Boleh Hilangkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan