Hilangkan Jeragat Degil Dengan 7 Bahan Dapur Ini, 2 Buah Ini Katanya Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Hilangkan Jeragat Degil Dengan 7 Bahan Dapur Ini, 2 Buah Ini Katanya Berkesan!

    Jeragat yang muncul pada kulit muka dan badan sudah tentu akan buat individu tidak keruan. Ia bukan sahaja bakal jejaskan kecantikan malah menjatuhkan keyakinan! Jadi, bagaimana cara hilangkan jeragat degil cara tradisional?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa maksud sebenar di sebalik masalah jeragat?

    Untuk pengetahuan anda semua, jeragat adalah antara masalah kulit yang paling membimbangkan di mana kulit anda mula muncul tompok-tompok kecil terutama di wajah termasuk dahi, pipi dan hidung.

    Ramai orang mungkin keliru dengan masalah jerawat atau jeragat. Sebenarnya, jerawat adalah masalah kulit berkaitan dengan liang pori manakala jeragat adalah masalah kulit berkaitan dengan pigmentasi.

    Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak tetapi diakibatkan oleh faktor risiko berikut:

    hilangkan jeragat degil cara tradisional

    • Genetik
    • Hormon
    • Produk kosmetik
    • Cahaya matahari
    • Penuaan

    Ciri utama masalah jeragat ini adalah ia boleh mengakibatkan wujud tompok-tompok kecil dengan tona warna berbeza berbanding kulit asal sekali gus menyebabkan masalah warna atau tona kulit tidak sekata!

    Selain mengamalkan ubat atau krim sapu pada kulit, anda juga boleh hilangkan jeragat degil cara tradisional. Benarkah?

    Jom cuba hilangkan jeragat degil cara tradisional!

    Kadangkala, anda mungkin tidak perlu gunakan ubatan atau rawatan klinikal kerana cara tradisional juga bagus. Ada beberapa cara hilangkan jeragat guna bahan dapur yang anda boleh amalkan seperti berikut:

    #1. Gel lidah buaya atau aloe vera

    Buat anda yang belum tahu, kaedah penggunaan dan penyapuan gel lidah buaya di atas kulit telah lama terkenal!

    Ia memang baik untuk kulit terutama masalah jeragat. Gel hasil pengekstrakan tumbuhan ini mengandungi komponen aloesin yang memiliki ciri unik dan mampu mengurangkan atau menghilangkan pigmentasi pada kulit.

    hilangkan jeragat degil cara tradisional

    Hilangkan jeragat degil cara tradisional #2. Jus lemon

    Sarat kandungan asid hidroksi alfa, jus lemon boleh membantu membuat sel kulit mati mengelupas secara semula jadi selain akan mempercepatkan penumbuhan sel kulit baru yang terjejas gara-gara jeragat.

    Caranya juga sangat mudah iaitu cuma perah buah lemon sehingga menjadi jus sebelum ia disapukan pada kulit muka yang bermasalah. Kemudian, biarkan dan bersihkan lalu ulang beberapa kali dalam seminggu.

    Hilangkan jeragat degil cara tradisional #3. Cuka epal

    Ya, cuka epal bukanlah buah epal. Namun, anda boleh mendapatkan cuka epal daripada buah ini cuma prosesnya agak rumit jika dibuat sendiri di rumah. Jadi, untuk lebih mudah anda boleh dapatkan cuka epal di pasar raya.

    Mempunyai sifat astrigen, cuka epal mampu menyingkirkan minyak yang berlebihan dari dalam kulit. Kesannya, organ kulit akan lebih dilindungi dari jangkitan ekoran ia tinggi sifat antibakteria dan antiseptik.

    Caranya juga tidak sukar iaitu campurkan 1 per 3 cuka epal dengan tepung sebelum sapukan bahan tadi pada kulit yang berjeragat. Sama seperti kaedah di atas, ia mesti diulang beberapa kali agar lebih berkesan.

    #4. Sapu serbuk soda penaik pada kulit yang berjeragat

    Jangan terkejut jika kami kata baking soda mampu membantu menjaga tahap keseimbangan pH pada kulit anda sekali gus menjadikan ia salah satu daripada bahan utama dalam usaha mengatasi isu jeragat wajah.

    Caranya, individu cuma perlu sapu serbuk soda penaik pada kulit yang berjeragat, cuci dengan air bersih dan ulang!

    Cara hilangkan jeragat guna bahan dapur #5. Oat

    Bukan sahaja baik jika anda jadikan topeng muka, oat juga boleh jadi cara hilangkan jeragat degil cara tradisional yang bagus!

    Ini ekoran oat membantu menyerap lebihan minyak pada kulit selain tinggi dengan sifat antiradang dan antioksidan yang penting dalam usaha untuk merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

    hilangkan jeragat degil cara tradisional

    #6. Teh hijau (disapu dan bukan diminum)

    Teh hijau memiliki sifat antiinflamasi yang boleh mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga akan meminimumkan kesan kemerahan serta kesakitan angkara selaran gara-gara sinaran cahaya matahari pada kulit.

    Tidak cukup dengan itu, sifat antiinflamasi teh hijau ini juga berkesan bagi membantu merawat masalah jeragat.

    Caranya, anda perlu rendamkan, biarkan dan sapukan beg teh hijau tersebut di kawasan kulit yang telah terjejas.

    #7. Kunyit, penawar masalah kulit nombor satu!

    Kajian menunjukkan bahawa bahan kurkumin di dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit di mana ia adalah antara punca utama yang menyebabkan masalah jeragat menjadi lebih teruk.

    Jadi, anda boleh cuba gunakannya sebagai masker di dalam rutin penjagaan kulit jika ada masalah jeragat.

    Kesimpulannya, idea terbaik sebelum memulakan sebarang rawatan di rumah adalah dengan berunding bersama pakar terlebih dahulu. Petua di atas hanya sebagai alternatif dan mungkin juga tidak sesuai buat sesetengah individu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan