backup og meta

Suka Pakai Bedak Sejuk Dari Dulu Lagi? Teruskan, Rupanya Ada 6 Manfaat Ini!

Suka Pakai Bedak Sejuk Dari Dulu Lagi? Teruskan, Rupanya Ada 6 Manfaat Ini!

Sebenarnya, produk ini telah lama wujud dan ia amat popular dalam kalangan nenek moyang kita semua sejak zaman dahulu lagi. Ada yang menyebutnya bedak Aiken, bedak Agnesia dan bedak gatal. Kenapa? Ketahuilah bahawa ada banyak kebaikan bedak sejuk itu pada kulit terutama terhadap wajah individu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa sebenarnya produk bedak sejuk?

Buat anda yang tidak pernah menggunakan bedak ini, ia adalah sejenis produk talkum berbentuk tiga segi seperti piramid, berwarna putih, bersaiz kecil, bertekstur lembut dan mudah hancur.

Berasal daripada rutin tradisional masyarakat Melayu, produk ini dahulu dihasilkan dengan bahan utama tepung beras. Seiring kemajuan teknologi moden kini, bahan lain juga telah dicampurkan dalam ramuan bedak ini.

Antara bahan-bahan yang popular sebagai tambahan ke dalam kandungan produk ini termasuk gel lidah buaya, ekstrak timun, pati tomato serta banyak lagi bahan yang ternyata bagus untuk kulit.

Sesuai dengan namanya, bedak ini digunakan untuk menyejukkan di samping melembap dan memutihkan kulit wajah. Dalam pada itu, ia turut dikatakan mampu membantu mencegah masalah jerawat.

bedak sejuk
Bedak sejuk tradisional.

Persoalannya, adakah benar ada kebaikan bedak sejuk ini yang boleh mendatangkan manfaat pada kulit?

Ini kebaikan bedak sejuk pada kulit muka!

Kenal jenama seperti bedak Aiken, bedak Agnesia atau bedak gatal?

Ada sebab kenapa produk ini telah lama digunakan, ia dikatakan akan membawa manfaat berikut:

#1. Menyegarkan kulit wajah

Pertama dan paling utama, bedak ini biasa digunakan untuk menyegarkan kulit muka dengan cara menyejukkannya. Ini sangat bagus terutama apabila wajah terdedah dengan cuaca yang panas.

Alasannya, produk ini memiliki bahan utama yakni tepung beras yang mempunyai efek khas untuk menyejukkan persekitaran di sekeliling. Kesannya, kulit muka bakal rasa lebih segar dan sejuk.

#2. Melembapkan kulit muka

Kedua, individu yang ada masalah kulit terlalu kering dan sensitif juga boleh menggunakan bedak ini kerana ia mampu membuat wajah lebih lembap, lembut dan licin. Hasil daripada itu, anda akan tampak jauh lebih muda berbanding usia yang sebenar.

#3. Memutihkan kulit muka

Ketiga, mereka yang ada isu tona kulit tidak sekata juga boleh menggunakan bedak ini agar dapat memutihkan kembali kulit yang gelap akibat cahaya matahari. Disebabkan itu juga, ia turut sesuai digunakan untuk merawat selar sunburn atau sunspots.

#4. Menyelesaikan masalah jerawat

bedak sejuk
Bedak ini biasa digunakan untuk hilangkan jerawat.

Bedak ini turut dipercayai mampu mengecilkan dan membersihkan liang pori tersumbat angkara minyak, peluh atau sebum yang boleh menjadi punca munculnya jerawat pada kulit muka anda.

Dengan kulit yang bebas daripada sebum, maka masalah jerawat akan selesai di samping mampu mengurangkan komedo hitam (blackhead) atau putih (whitehead) dari terus membelenggu.

#5. Menegangkan kulit wajah

Tidak hanya itu, anda yang sedang mengalami proses penuaan dengan kedutan dan kerutan yang banyak mungkin boleh menegangkan kembali kulit muka dengan menggunakan bedak ini.

Produk ini boleh digunakan sebagai topeng muka yang berfungsi sama dengan masker lain seperti yang diperbuat daripada kunyit dan lain-lain. Caranya, gunakan bedak ini setiap kali sebelum masuk tidur.

#6. Menanggalkan sel-sel kulit yang mati

Terakhir, anda juga kena tahu bahawa wajah kita terdapat banyak sel-sel kulit yang mati. Kesemua sel tersebut perlu dibuang daripada kulit muka agar ia tampak lebih bersih. Jadi, apa lagi cara yang lebih efektif selain penggunaan bedak ini?

Berikut cara pakai bedak sejuk yang betul!

Pada zaman dahulu, nenek moyang kita akan membuat serta memproses secara sendiri produk ini.

bedak sejuk
Antara tip membuatkan kulit lebih glowing.

Kini, lambakan produk talkum sejuk ada di pasaran yang anda boleh cari dan beli. Pastikan produk tersebut telah menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.

Jika anda kurang pasti cara pakai bedak sejuk, mudah sahaja. Anda cuma perlu:

  • menghancurkan ia menjadi serbuk
  • sapukan dan meratakan ia di kulit muka dengan cara lembut

Biasa kita baca atau dengar bahawa ia selalu digunakan pada waktu malam sahaja bukan? Namun, individu juga boleh menggunakannya pada waktu pagi, siang dan petang mengikut masing-masing.

Kesimpulan

Terdapat banyak manfaat yang ditawarkan oleh bedak ini kepada kulit wajah mengikut kepercayaan orang lama tetapi kajian lanjut masih perlu dijalankan kerana bedak itu sendiri ada risiko kesihatan, termasuk boleh menyebabkan kanser.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Viability and Antioxidant Effects of Traditional Cooling Rice Powder , https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8033139/, Accessed Aug 26 2022.
  2. In vivo studies of the effects of a new rice extract on skin hydration and barrier function, https://www.jaad.org/article/S0190-9622%2807%2901685-4/fulltext, Accessed Aug 26 2022.
  3. Rice Ferment Filtrate in Cosmetics, https://www.pharmatutor.org/articles/rice-ferment-filtrate-in-cosmetics, Accessed Aug 26 2022.
  4. Talcum Powder, https://www.consumernotice.org/products/personal-care/talcum-powder/, Accessed Aug 26 2022.
  5. Face Powders, https://www.cosmeticsinfo.org/products/face-powders/, Accessed Aug 26 2022.

Versi Terbaru

04/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Sebab Mengapa Kulit Anda Sering Kering Dan Gatal, Ubah Tabiat Ini Sekarang!

Ini 4 Cara Natural Hilangkan Panau Di Rumah, Tip No. 1 Sapu Bawang Putih, Berkesan Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan