backup og meta

Tak Susah Pun Nak Dapatkan Kulit Glowing, Wajib Guna 6 Produk Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/05/2023

    Tak Susah Pun Nak Dapatkan Kulit Glowing, Wajib Guna 6 Produk Ini!

    Bukan semua orang dikurniakan dengan kulit yang serba bersih dan cantik tetapi setiap individu juga ada peluang untuk tampil lebih anggun. Rahsianya, adalah pada produk skincare untuk kulit glowing yang diamalkan masing-masing. Adakah ia benar?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Rutin penjagaan kulit itu sangat penting!

    Memiliki kulit yang flawless itu tentu sahaja menjadi idaman setiap individu tanpa mengira usia atau jantina. Namun, impian ini tidak mudah bagi mereka yang mempunyai masalah kulit.

    Antara masalah kulit yang paling umum terjadi adalah jerawat, parut, kedut, kerut dan tona tidak sekata. Kesannya, ia akan menambah cela pada kulit lantas membuat ia tampak bermasalah.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Apabila menghadapi isu-isu kulit yang sebegini, individu tidak wajar berputus asa atau bersangka buruk dengan diri sendiri. Sebaliknya, anda boleh cari alternatif rawatan atau ubatan terbaik.

    Antara perkara anda boleh lakukan adalah amalkan rutin penjagaan kulit yang lebih baik. Ia tidak sukar asalkan anda tahu produk apa yang kulit anda perlukan untuk menyelesaikan masalah.

    produk skincare untuk kulit glowing

    Jadi, anda perlu tahu apa jenis produk skincare untuk kulit glowing yang terbaik lagi dipercayai!

    Ini produk skincare untuk kulit glowing!

    Kebanyakan orang hanya mengamalkan rutin penjagaan kulit yang biasa iaitu membersihkan serta melembapkan kulit dengan air atau produk asas sahaja dan ini mungkin masih tidak cukup.

    Jangan cuma guna pembersih dan pelembap sahaja, berikut produk skincare untuk kulit glowing:

    #1. Cleanser

    Pertama dan paling penting, semua orang mesti menggunakan pembersih dan pelembap kulit atau lebih dikenali sebagai cleanser. Anda tidak boleh sesekali meninggalkan rutin paling utama ini.

    Wujud dalam pelbagai jenis serta jenama, anda perlu cari produk yang ideal dengan kulit terutama jika ada isu kulit kering, sensitif atau berminyak. Kalau tidak sesuai, masalah tidak akan selesai.

    Gunakan ia 2 kali sehari yakni sekali siang dan sekali malam untuk kesan yang jauh lebih mujarab.

    #2. Toner

    Kemudian, sapukan toner pada kulit kerana ia boleh menyegarkan kembali kulit yang telah tegang, keras dan kering selepas dicuci. Ia juga mampu melegakan sebarang ketidakselesaan pada kulit.

    Alasannya, produk ini mampu menutup semula liang pori yang telah terbuka semasa dicuci selain menstabilkan kembali tahap pH yang agak terumbang-ambing selepas rutin pertama di atas itu.

    Sebaiknya, sapukan toner 2-3 minit selepas cleanser dan tunggu 2-3 minit lagi untuk produk lain.

    produk skincare untuk kulit glowing

    #3. Serum kulit

    Sama seperti serum untuk rambut, serum untuk kulit adalah sangat penting bagi melancarkan lagi proses keremajaan dan melambatkan proses penuaan kulit, ekoran tinggi kandungan kolagen selain mampu membuat solekan dan produk lain itu tahan lebih lama.

    #4. Skrub kulit

    Ramai individu gemar skrub kulit kerana ia mampu mengelupaskan sekali gus menyingkirkan sel-sel kulit mati daripada kulit. Pun begitu, produk yang sebegini tidak boleh digunakan terlalu kerap kerana ia juga boleh menjejaskan kelembapan semula jadi kulit.

    #5. Masker

    Masker atau topeng muka ada pelbagai jenis dan yang paling popular dalam kalangan masyarakat kita adalah diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kunyit, tomato, aloe vera dan lain-lain.

    Menariknya, topeng muka boleh dipakai sebelum tidur mahupun sepanjang waktu tidur dalam usaha memudarkan cela selain membawa manfaat membersihkan, memutihkan, menghaluskan serta melembapkan kulit.

    Jika anda tidak rajin mencari dan membeli masker di pasaran, bahan di dapur juga alternatif baik.

    produk skincare untuk kulit glowing

    #6. Pelindung matahari

    Akhir sekali, jangan lupa untuk pakai krim atau losyen pelindung matahari yang kaya dengan SPF terutama ketika berada di luar rumah ya? Ini mampu untuk melindungi kulit anda daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit dan mendatangkan penyakit termasuk kanser!

    Selain produk asas untuk rutin penjagaan kulit di atas ini, mungkin ada lagi produk skincare untuk kulit glowing yang kami tidak nyatakan namun anda perlukan bagi mencapai hasrat tersebut.

    Dalam pada itu, anda turut perlu menjaga pemakanan dan pengamalan gaya hidup yang lebih sihat agar aspek kesihatan serta kecantikan lebih terjaga malah terjamin sepanjang kehidupan.

    Konklusinya, jangan anggap produk skincare untuk kulit glowing itu tidak penting ya? Gunakan 6 produk di atas tadi bermula dari hari ini juga dan anda akan dapat lihat hasilnya tidak lama nanti!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan