backup og meta

3 Bahaya Pakai Kuku Palsu, Berwaspada Jika Masih Ingin Guna!

Mungkin masih ramai orang yang gemar memilih untuk menyambung kuku bagi tujuan kosmetik namun tidak tahu atau peduli tentang bahaya kuku palsu terhadap diri sendiri.

Ya memang benar, pemakaian kuku palsu cantik akan mencantikkan lagi jari tangan. Tetapi risiko ini tidak wajar untuk diambil dengan sewenang-wenangnya.

Persoalannya, apa dia bahaya pakai kuku palsu terhadap anda? Jom teruskan membaca untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini. 

Apa itu kuku palsu?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi tentang bahaya kuku palsu, adalah sangat penting untuk kita semua tahu apa itu alat solek ini serta senarai bahan pembuatannya.

Untuk pengetahuan anda semua, kuku palsu turut dikenali dengan nama kuku artifisial dan ia adalah antara teknik kosmetik untuk memanjangkan serta mencantikkan kuku.

Antara bahan utama dalam industri pembuatannya adalah gel, sutera atau akrilik, yang terakhir itu adalah bahan yang paling popular kerana teksturnya sangat sesuai.

bahaya kuku palsu
Kuku palsu sesuai untuk individu suka berfesyen.

Tidak kira apa bahan kuku artifisial digunakan, caranya sama sahaja. Memerlukan anda pergi ke salun kuku untuk pasang namun prosesnya agak leceh dan lama untuk siap.

Jika telah siap dipasang, kuku di jari tangan akan tampak lebih panjang dan cantik. Tapi, mungkin ada bahaya yang anda MESTI tahu!

Apa bahaya kuku palsu?

Bagi wanita atau lelaki yang mungkin sangat mementingkan penampilan, maka kuku artifisial ini sering kali dijadikan kosmetik efektif untuk menghias kuku di jari tangan.

Secara umum dan komersial, teknik ini boleh dianggap selamat namun masih wujud bahaya pakai kuku palsu yang boleh datang akibat penggunaan bahan kimia di dalamnya.

Berikut adalah komplikasi yang mungkin boleh jadi kepada diri sendiri jika pakai kuku artifisial:

#1. Infeksi

Menurut Pakar Kulit Lawrence E. Gibson, bahaya pakai kuku palsu paling utama penggunaan kuku palsu adalah infeksi kulat dan bakteria pada kuku sehingga membuatkan kuku jadi gatal dan rapuh.

Ini terutamanya jika anda pakai jenis akrilik, ia berisiko memunculkan ruang di celah kuku yang lantas akan dijadikan habitat untuk kulat dan bakteria ini tinggal dan membiak.

Ini kerana ruang di celah kuku itu cenderung untuk jadi lembap sekali gus sesuai sebagai habitat mereka. Jika infeksi ini berlaku kepada anda, segera jumpa doktor untuk rawat.

bahaya kuku palsu
Kuku palsu boleh menyebabkan kuku rapuh.

#2. Bahaya kuku palsu- Alergi

Menurut beliau lagi, ada bahaya kuku palsu lain selain infeksi. Ia adalah kesan alergi akibat bahan kimia yang wujud di dalamnya dan boleh jadi punca kuku merengsa serta meradang.

Bahagian yang mungkin akan terlibat bukan sahaja pada kuku malahan kawasan kulit berhampiran dengan kuku dan akan menimbulkan gejala seperti kemerahan dan kegatalan.

Ini adalah komplikasi yang sering dialami oleh mereka dengan kondisi kulit sensitif dan dalam kes lebih teruk, jari tangan anda akan mula rasa sakit serta bengkak yang sukar surut.

#3. Kuku boleh rosak

Proses pemasangan kuku artifisial khususnya jenis akrilik, boleh menghakis lalu merosakkan kuku asli. Ini sekali gus jadi punca kuku makin nipis.

Tidak cukup dengan itu, bahan kimia di dalamnya juga hanya akan mengeruhkan keadaan kerana ia turut menyebabkan kuku kehilangan nutrisi serta zat semula jadi padanya.

Sekiranya anda sangat kerap menggunakan teknik kosmetik ini secara berulang kali, maka risiko untuk kuku anda jadi rapuh, mudah patah serta rosak itu adalah lebih tinggi.

bahaya kuku palsu
Keadaan kuku boleh jadi tanda masalah kesihatan.

Langkah meminimumkan risiko

Di sebalik bahaya pakai kuku palsu ini, mungkin masih ada individu yang ingin terus menggunakannya kerana kuku palsu cantik untuk dipakai.  Namun berwaspadalah!

American Academy of Dermatology menasihatkan agar anda melakukan tip-tip yang berikut:

  • Jangan kerap pakai kuku palsu – Sesekali, biarkan kuku anda bersih dari segala jenis cat, warna, gel, sutera atau akrilik. Hadkan pengunaannya hanya untuk acara atau majlis yang tertentu
  • Elak daripada membuang kutikula kuku asli – Kutikula adalah aspek paling penting pada kuku asli. Ia berfungsi melindungi kuku dari segala infeksi atau alergi. Elak daripada buang kutikula kuku asli ketika pasang kuku palsu
  • Pilih salun kuku yang guna sinar LED berbanding UV – Proses pemasangan kuku artifisial memerlukansinar cahaya. Ia untuk memastikan kuku lebih tahan lama dan kekal. Namun, jenis sinaran yang dipilih juga sangat penting untuk kuku anda

Konklusinya, tidak salah untuk pakai kuku artifisial ini asalkan anda ikut tip-tip di atas ini bagi meminimumkan risiko bahaya kuku palsu agar ia kekal sihat dan kuat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Artificial Nails: Dermatologists’ Tips For Reducing Nail Damage, https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/pedicures/reduce-artificial-nail-damage, Accessed Dec 21 2021.
  2. Fingernails: Do’s and don’ts for healthy nails, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/nails/art-20044954, Accessed Dec 21 2021.
  3. Can I harm my natural nails by wearing artificial nails?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/acrylic-nails/faq-20057849, Accessed Dec 21 2021.
  4. Gel and Acrylic Nails Are Beautiful, But Are They Safe?, https://www.myhealthystate.org/gel-and-acrylic-nails-are-beautiful-but-are-they-safe/, Accessed Dec 21 2021.
  5. Artificial Nails: Problems and Treatment, https://www.mottchildren.org/health-library/hw255051, Accessed Dec 21 2021.

Versi Terbaru

23/04/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan, Simpan Kuku Pendek Atau Panjang?

5 Punca Kuku Rapuh Dan Rosak, Elakkan Penyebab No. 3!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 23/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan