Lepuh adalah keadaan kulit menggelembung dan berair yang muncul di lapisan luar kulit.
Kenapa kulit melepuh tanpa sebab? Mengapa kulit menggelembung berisi air? Apa sebab gelembung kulit melepuh?
Walaupun gelembung ini mungkin ‘menggoda’ untuk dipecahkan, pakar dermatologi biasanya tidak menyarankan pesakit berbuat sedemikian.
Pun begitu, dalam sesetengah keadaan, lepuh dibenarkan untuk dipecahkan.
Kulit menggelembung ini boleh berlaku dek luka bakar, geseran, dan masalah kulit tertentu.
Lepuh yang lebih kecil disebut sebagai vesicles, manakala yang lebih besar adalah bulla.
Persoalannya di sini, bila ia sesuai dipecahkan? Dan bagaimana cara melakukannya dengan selamat bagi mengelakkan jangkitan?
Sekiranya berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Patutkah anda memecahkan kulit menggelembung dan berair?
Kenapa kulit melepuh tanpa sebab? Mengapa kulit menggelembung berisi air? Apa sebab gelembung kulit melepuh?
Kebiasaannya, kulit yang melepuh tidak memerlukan rawatan dan akan sembuh secara sendiri dalam tempoh 1 ke 2 minggu.
Dengan memastikan lepuh kekal dalam keadaan baik, akan membolehkan kulit di bawahnya sembuh dengan lebih cepat.
Untuk makluman, lepuh memberikan pelindungan dan melindungi kawasan yang terjejas daripada kuman sementara membentuk lapisan kulit baru di bawahnya.
Bagi mengetahui sama ada sesetengah kondisi kulit menggelembung ini elok dibiarkan atau dipecahkan, ia bergantung kepada beberapa faktor, termasuk penyebabnya.
#Lepuh geseran
Faktor geseran atau gosokan boleh merengsakan kulit lantas menyebabkan kulit menggelembung dan berair.
Kasut yang tidak sesuai atau terlalu ketat mengakibatkan geseran untuk jangka masa yang panjang, sehingga terbentuknya kulit yang melepuh.
Lepuh jenis ini biasanya akan sembuh dengan sendirinya sekiranya anda mengekalkannya bersih dan kering.
Perbuatan memecahkannya berisiko meningkatkan kemungkinan kuman masuk ke luka dan menyebabkan jangkitan.
Namun, menurut American Academy of Dermatology (AAD), lepuh yang besar atau menyakitkan disarankan untuk dipecahkan bagi meredakan ketidakselesaan.
#Melecur punca kulit menggelembung dan berair
Luka bakar, elektrik, dan cahaya matahari mampu membakar dan menyebabkan kulit melepuh.
Tambah lagi, doktor sering melabel luka lecur sama ada sebagai darjah pertama, kedua atau ketiga.
Terdapat tiga jenis luka bakar utama yang perlu pembaca faham:
- Luka bakar superficial: Luka bakar ringan yang mempengaruhi lapisan luar kulit dan biasanya tidak menyebabkan lepuh
- Luka bakal berketebalan separa: Mempengaruhi kulit luar dan beberapa tisu di lapisan kulit yang lebih dalam dan berisiko untuk melepuh
- Luka bakar berketebalan penuh: Mempengaruhi lapisan kulit terdalam
Sebilangan besar jenis luka bakar atau selaran matahari datang daripada kategori luka bakar superficial atau berketebalan separa.
Selain itu, lepuh akibat luka bakar tidak sesuai dipecahkan.
#Ekzema
Ekzema dyshidrotic adalah bentuk ekzema yang biasa menyebabkan kegatalan, kekeringan dan lepuh kecil di tangan atau kaki.
Masalah kulit ekzema adalah kondisi jangka panjang yang tidak dapat disembuhkan, dan simptomnya cenderung datang dan berlalu mengikut masa.
Lepuh boleh terbentuk semasa munculnya gejala, yang dipicu oleh faktor stres atau kenaikan suhu.
Ia juga biasanya hilang dalam masa 2 ke 3 minggu. Walaupun ia mungkin baik dengan sendiri, pesakit masih tidak disarankan untuk memecahkannya.
Punca kulit menggelembung dan berair #Jangkitan virus
Tahukah anda, jangkitan virus tertentu juga boleh menyebabkan lepuh?
Ya! Jangkitan ini membabitkan virus varicella-zoster, yang menyebabkan cacar air, kayap dan virus herpes simplex.
Tapi, doktor biasanya akan menasihati pesakit agar tidak menggaru atau memecahkan cacar air atau lepuh kerana berupaya meninggalkan parut.
Sebaliknya, pesakit boleh cuba menggunakan losen calamine pada kulit atau menambah baking soda pada mandian air sejuk bagi mengurangkan rasa gatal.
Memecahkan kulit menggelembung dan berair, ini caranya!
- Cuci kawasan yang terjejas dengan sabun dan air.
- Sebaik-baiknya, gunakan jarum daripada pakej steril. Sekiranya anda tidak mempunyai jarum steril, didihkan jarum jahit dalam air mendidih selama 30 minit. Kaedah ini akan mengurangkan bakteria pada jarum, tetapi beberapa spora dan agen jangkitan lain mungkin masih ada.
- Biarkan cecair mengalir keluar, tetapi elakkan daripada memicit lepuh. Ini boleh menyebabkan bakteria daripada jari berpindah ke luka.
- Tutup lepuh dengan salap antibiotik seperti polysporin atau bacitracin dan plaster. Tukar plaster luka sekali sehari, atau lebih kerap jika berlaku pengeluaran cecair yang ketara.