backup og meta

4 Perkara Yang Anak Anda Perlukan Di Saat Mereka Sambung Belajar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2019

    4 Perkara Yang Anak Anda Perlukan Di Saat Mereka Sambung Belajar

    Suatu hari nanti, si kecil anda akan membesar menjadi dewasa serta meninggalkan rumah, kan? Hakikatnya, mereka sendiri perlu belajar hidup berdikari apabila tiba masanya. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali anda menghalangnya, tetapi berilah galakan kepada mereka, ya!

    Sambung belajar ke peringkat lebih tinggi

    Sebagai langkah pertama menuju alam kedewasaan, kebanyakan anak muda akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma, ijazah dan seterusnya. Ini adalah satu usaha yang sangat murni demi mereka membina asas kehidupan yang kukuh.

    Pun begitu, ia mungkin akan mengundang kebimbangan kepada ibu bapa terutamanya jika anak mereka tidak pernah berenggang dengan rumah. Jika yang sudah biasa tinggal di asrama semasa sekolah rendah atau menengah, mungkin kegusaran ini akan sedikit kurang.

    Jadi, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu di saat anak anda ingin atau sedang menyambung pelajaran. Apakah ia?

    Apa yang anak anda perlu di saat mereka sambung belajar?

    #1. Kewangan yang stabil

    Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit termasuklah untuk menyambung pelajaran. Ini kerana yuran pengajian di universiti, kolej atau mana-mana pusat pengajian adalah agak mahal. Tidak kira awam atau swasta, kedua-duanya adalah berkos tinggi. Jadi, ibu bapa perlu bersiap sedia dengan menabung sejak anak masih kecil lagi. 

    Pun begitu, kita sebagai anak juga tidak sewajarnya bergantung sepenuhnya kepada mereka. Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menampung biaya pengajian. Antara yang boleh dipertimbangkan adalah pinjaman dari badan seperti PTPTN, MARA atau usaha lebih untuk biasiswa seperti JPA dan lain-lain.

    #2. Hubungi mereka secara berkala

    Tidak dinafikan, anak muda terutamanya perempuan sudah pasti akan merindui rumah mereka apabila berada di hostel tempat mereka belajar. Jadi, tidak salah untuk anda hubungi mereka secara berkala seperti seminggu sekali, bukan? 

    Lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi kini, anda boleh melakukan panggilan video secara percuma sahaja! Gunakan peluang ini untuk berborak dengan mereka tentang kehidupan mereka di sana. Perbuatan ini sudah pasti akan mengubati kerinduan dalam diri mereka.

    #3. Kunjungi mereka sekali-sekala

    Apa salahnya jika anda datang secara mengejut untuk memberi suprise kepada anak anda, bukan? Alang-alang datang, apa kata jika anda bawa sekali hadiah, buah tangan atau sekadar makanan kegemaran mereka. Sudah tentu anak anda yang homesick ini akan berasa terharu. Namun, jangan pula terlalu kerap ya? Nanti segan pula dia dengan rakan sebiliknya.  

    #4. Sokong mereka dari jauh

    Anda perlu tahu bahawa anak anda kini bukan lagi seorang budak kecil. Jadi, jangan terlalu memanjakannya. Paling utama, beri sokongan dari jauh. Setiap kali dia menghubungi atau mengunjungi anda di rumah ketika cuti semester, dengar setiap luahan mereka. 

    Sebagai ibu bapa juga, jangan sesekali memarahinya kerana gred rendah atau masalah lain. Sebaliknya, beri mereka cadangan dan panduan untuk mereka berkembang menjadi siswa atau siswi yang lebih baik. Ibu bapa mana yang tidak mahu lihat anaknya berjaya, bukan?

    Konklusi

    Kesimpulannya, anda sebagai ibu bapa tidak perlu terlalu over di saat anak anda ingin atau sedang menyambung pelajaran di menara gading. Cukup sekadar menyediakan keperluan asas dan sokongan moral. Biarkan mereka belajar berdikari sendiri agar mereka lebih mengenali jerih-perih kehidupan ketika hidup bersendiran di hostel.

    Jadi, jangan pula anda berteriak dan bersedih ketika mereka melangkah meninggalkan rumah untuk sambung belajar kelak, ya?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan