Kenapa celah kangkang hitam? Kadangkala, individu mungkin akan rasa gatal celah peha yang teramat sampai terpaksa menggaru kawasan terbabit sehingga merah, sakit, terluka dan berdarah! Persoalannya, apa punca sebenar di sebalik kegatalan dan ketidakselesaan di sekitar celah paha? Kenapa terjadinya kurap?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Kondisi gatal di celah peha, normal atau tidak?
Kegatalan pada kulit adalah suatu perkara yang normal ekoran wujud satu reseptor di dalam organ terbesar ini iaitu pruriceptors – hujung saraf khusus mengesan dan merespons stimulasi gatal.
Sebenarnya, rasa gatal itu merupakan satu tindak balas dari tubuh badan (pruritus) yang memberi isyarat bahawa mungkin ada anasir jahat pada kulit agar tidak timbul kesan berbahaya.
Hakikatnya, seluruh kawasan kulit kita memiliki reseptor ini sekali gus boleh mengalami kegatalan dan celah paha juga tidak terkecuali.
Berikut punca sebenar di sebalik kegatalan tersebut!
Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak penyebab yang boleh jadi punca gatal celah peha seperti:
#1. Gigitan serangga dan haiwan kecil
Pertama, ia mungkin disebabkan oleh gigitan serangga atau haiwan kecil termasuk semut, nyamuk, kutu, hama dan lain-lain yang mungkin tidak begitu serius dan tidak perlu terlalu dirisaukan.
Namun jika ia diakibatkan oleh serangga atau haiwan kecil yang berbisa seperti:
- lipan
- lebah
- labah-labah
- kala jengking
Haiwan berikut mungkin berbahaya dan rawatan susulan segera amat diperlukan.
Punca gatal celah peha #2. Masalah kulit kering
Masalah kulit yang terlalu kering juga mungkin menyebabkan kegatalan terutama pada celah-celah tersembunyi termasuk ketiak, atas siku, belakang lutut, lipatan leher dan perut serta gatal celah peha. Ia akibat daripada sel kulit mati yang terkumpul dan tidak terbuang.
Punca gatal celah peha #3. Masalah berat badan
Masalah berat badan berlebihan atau obesiti akan mengakibatkan perlanggaran atau pergeseran di antara kulit yang menggeleber. Akibatnya, sentuhan pada kawasan kulit seperti di celah paha bakal menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan yang menjengkelkan.
#4. Jangkitan di kulit akibat mikrob sebabkan gatal celah kangkang
Selain itu, kegatalan itu mungkin angkara mikrob seperti kulat, bakteria atau virus yang mendiami lantas menjangkiti kawasan celah paha sekali gus menimbulkan banyak lagi gejala buruk lain.
Kenapa terjadinya kurap?
Infeksi yang biasa berlaku di kawasan kulit ini adalah jangkitan kulat iaitu tinea cruris atau candidiasis. Kedua-duanya juga biasa terjadi pada kawasan kulit lain dan perlu segera dirawat.
#5. Alahan pada kulit akibat alergen sebabkan gatal celah kangkang
Kadangkala, reaksi alergi juga boleh memicu kegatalan pada kulit khususnya gatal celah peha. Ada dua jenis alahan yang biasa dikaitkan dengan kawasan kulit ini iaitu dermatitis kontak dan seborea.
Dermatitis kontak dipicu oleh bahan atau fabrik pakaian anda yang tidak mampu menyerap peluh dengan baik manakala seborea dipicu akibat sensitiviti di kawasan kulit berbulu atau berambut.
#6. Ia mungkin petanda pelbagai jenis penyakit
Jangan sangka gatal di celah peha hanya akibat gigitan, jangkitan, alahan dan masalah pada kulit anda sahaja ya? Kadangkala, ia juga mungkin adalah petanda pelbagai jenis penyakit berkaitan.
Kondisi yang mungkin dimaksudkan adalah psoriasis jenis fleksural, sejenis penyakit kulit angkara gangguan pada sistem autoimun dan biasa memicu kegatalan pada kulit terutama di alat sulit.
Dalam pada itu, ia juga mungkin boleh menjadi petanda penyakit diabetes, kanser dan sebagainya.
#7. Tahap kebersihan individu yang kurang baik
Kenapa celah kangkang hitam?
Kegatalan pada kawasan celah-celah kulit termasuk paha tentu sahaja disebabkan oleh individu sendiri yang gagal untuk memastikan dan mengekalkan tahap kebersihan dengan baik.
Akibat kurang mandi dan membersihkan diri, anda bakal lebih terdedah kepada anasir luar seperti habuk, debu, pasir dan sebagainya lantas meningkatkan risiko untuk kulit mengalami kegatalan.
Jadi, apa cara yang anda boleh lakukan?
Pertama, lihat kembali semua punca dan faktor risiko di atas tadi dan kenal pasti jika ada ‘terselit’ salah satu daripadanya. Kemudian, perbaiki dengan cara mendapatkan nasihat daripada doktor.
Sebenarnya, wujud juga ubatan dan rawatan kegatalan kronik yang anda boleh dapatkan di kaunter farmasi, klinik atau pusat kesihatan lain namun ia masih memerlukan preskripsi daripada pakar.