Dalam masa yang sama, kondisi itu mungkin kekal lama akibat individu melanggar pantang larang ini:
#1. Jangan garu kulit anda!
Pertama, anda perlu elak daripada menggaru kulit terutama pada kawasan yang timbul tompok-tompok urtikaria ini kerana hanya akan menyebabkan kondisi ini menjadi lebih teruk dan mungkin kekal lebih lama.
Sebaiknya, kawal rasa gatal dan sakit ini dengan krim topikal atau ubat oral yang doktor sarankan.

Pantang larang sopak garam #2. Makanan tertentu
Seperti mana kita semua sedia maklum, ada banyak jenis makanan yang boleh jadi punca alahan seperti kekacang, tenusu, makanan laut dan lain-lain. Dalam usaha untuk mencegah dan merawat kondisi ini, maka sila ambil tahu dan kawal alahan makanan anda.
Pantang larang sopak garam #3. Ubatan tertentu
Selain makanan, ubatan yang tertentu turut boleh menjadi punca alahan pada kulit. Antara jenis ubat yang biasa menyebabkan tompok-tompok di kulit adalah ubat tahan sakit, antibiotik, antiviral dan lain-lain. Namun, sebaik-baiknya, dapatkan nasihat dan preskripsi doktor terlebih dahulu.
Baca lagi artikel berkaitan:
#4. Debunga persekitaran
Dalam persekitaran kita semua, wujud debunga yang boleh menyebabkan dan memburukkan gegata pada kulit terutama daripada pokok, daun, rumput dan banyak lagi sumber alam semula jadi.
Apa yang lebih membahayakan adalah debunga ini bukan sahaja boleh mengakibatkan isu di kulit malahan masalah kesihatan lebih umum seperti demam, selesema, batuk dan lain-lain.

#5. Haiwan peliharaan
Anda ada bela kucing, anjing atau haiwan peliharaan yang lain di rumah? Ini tidak salah namun ia boleh jadi punca urtikaria yang dialami itu lebih teruk akibat alahan angkara binatang tersebut.
Bulu, gigitan, sengatan serta sentuhan daripada haiwan kesayangan anda itu mungkin boleh membawa alahan kulit dan jangkitan mikrob. Anda masih boleh membela tetapi amalkan langkah berjaga-jaga.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen