backup og meta

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Zakar Lelaki Juga Berisiko Terkena!

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Zakar Lelaki Juga Berisiko Terkena!

Selalu kita terdengar atau terbaca berkenaan masalah ekzema yang sering jadi punca kerosakan kulit muka dan badan individu. Pun begitu, tahukah kalian bahawa ekzema zakar juga boleh terjadi? Jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Tidak dinafikan ia memang satu masalah keradangan kulit yang biasa terjadi lantas mengakibatkan ketidakselesaan pada penderita.

Apa itu ekzema?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita tahu serba sedikit mengenai masalah kulit ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ekzema adalah satu keadaan di mana berlaku keradangan kulit terutamanya pada muka dan badan individu.

Kondisi ini akan menyebabkan kulit anda menjadi merah, gatal, lembik dan bersisik lantas mengakibatkan ketidakselesaan buat penderita.

Terdapat beberapa jenis ekzema yang boleh terjadi termasuklah:

Dermatitis atopik

Kondisi ini berlaku sejak lahir atas sebab yang tidak diketahui dan akan menyebabkan kulit timbul benjolan yang sakit serta gatal.

Dermatitis kontak

Kondisi ini berlaku akibat kulit tersentuh atau terkena bahan kimia pencetus ekzema dan antara pencetus yang menyebabkannya adalah pakaian.

Dermatitis seborrheic

Kondisi ini berlaku secara kerap pada kulit kepala kerana ia biasa menyerang kawasan yang banyak kelenjar minyak pada kulit.

Sebenarnya, adalah agak sukar untuk menentukan jenis ekzema yang kalian alami kerana kesemuanya kelihatan lebih kurang sama sahaja.

Pun begitu, ada beberapa simptom umum penyakit kulit ini yang boleh diperhatikan seperti:

  • Kulit menjadi kering dan bersisik
  • Kulit bertompok dan berwarna seakan merah, coklat atau kelabu
  • Timbul ruam atau benjolan berwarna merah pada kulit
  • Timbul nanah yang mengeluarkan cecair
  • Rasa sakit, gatal dan sensitif pada sekitar kawasan terjangkiti

Sekiranya ada sebarang petanda ini pada kulit anda, sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

Apa punca ekzema?

Dalam kebanyakan kes, punca kondisi ini terjadi adalah disebabkan oleh genetik dan juga persekitaran di mana individu itu tinggal.

Majoriti penderita akan mengalami mutasi di dalam genetik mereka lantas mengganggu ciptaan satu protein bernama filaggrin di dalam tubuh badan.

Protein inilah yang bertanggungjawab melindungi lapisan teratas pada kulit dan jika ia kurang atau tiada, bakteria akan lebih mudah memasuki kulit.

Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dengan mengambil contoh habuk atau debu yang mencetuskan tindak balas keradangan.

ekzema zakar

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa pencetus yang lain seperti:

  • Bahan kimia yang terdapat di dalam sabun atau syampu
  • Sebatian antibakteria yang terdapat di dalam ubatan sapuan
  • Material pakaian seperti kapas atau polister
  • Asap rokok
  • Bahan besi
  • Formaldehyde

Oleh itu, individu yang berisiko tinggi wajarlah mengelak dari segala pencetus ekzema yang kami nyatakan di atas tadi ya?

Benarkah ia juga boleh berlaku pada zakar?

Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah ekzema zakar juga boleh terjadi?

Jawapan mudah kepada soalan ini adalah ya, kondisi ini juga boleh berlaku kepada alat sulit individu tidak kira lelaki atau wanita namun lebih kerap berlaku pada zakar berbanding faraj.

Untuk pengetahuan anda, ekzema zakar merupakan salah satu daripada sama ada jenis dermatitis atopik dan juga dermatitis kontak.

Ini kerana ekzema zakar ini mungkin berlaku sejak lahir atas sebab yang tidak diketahui ataupun akibat tersentuh atau terkena bahan kimia pencetus.

Antara pencetusnya adalah pakaian seperti tuala wanita, seluar dalam, boxer mahupun kondom yang dipakai ketika aktiviti seks bersama pasangan.

Persoalan seterusnya pula, adakah ia boleh merebak dari satu individu ke individu yang lain terutamanya pasangan suami isteri?

Tidak, ekzema zakar tidak boleh merebak dan tersebar melalui hubungan penetrasi zakar ke dalam faraj ataupun melalui sentuhan atau rangsangan.

Disebabkan itu, anda tidak perlu risau jika kalian terjangkiti dan akan membuat pasangan tercinta juga terkena akibat daripada persetubuhan.

Selain itu, anda juga mungkin tidak perlu gunakan kondom sebagai langkah keselamatan kerana ia sendiri adalah faktor pencetus ia berlaku.

ekzema zakar

Pun begitu, ada satu perkara yang kalian perlu berwaspada iaitu jika terdapat luka atau nanah pada ekzema zakar kerana ia boleh dijangkiti bakteria serta tersebar pada pasangan.

Jika ini berlaku pada anda, maka sila elakkan daripada bersenggama atau amalkan seks yang selamat sehinggalah anda sudah menghabiskan preskripsi antibiotik yang diberikan oleh doktor.

Apakah yang boleh dilakukan untuk rawat & elak?

Perkara pertama yang kalian perlu lakukan adalah berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan dan rawatan.

Sementara itu, ada beberapa rawatan di rumah yang mungkin kalian boleh cuba iaitu:

  • Tuam dengan tuala yang direndam di dalam air sejuk
  • Mandi di dalam tab air berisi oatmeal
  • Sapu krim antigatal
  • Ambil ubatan alahan
Jika mempunyai sebarang persoalan mengenai kondisi ini, sila berjumpa doktor dengan kadar segera ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://nationaleczema.org/eczema/types-of-eczema/
  2. https://dermnetnz.org/topics/genital-skin-problems/
  3. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/penis-health/art-20046175?pg=2
  4. https://www.yths.fi/en/health-information-resource/inflammation-of-the-glans-penis-and-foreskin/
  5. https://www.health.ny.gov/publications/3805.pdf

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ada Masalah Ekzema Yang Pedih? 5 Bahan Rawatan Semula Jadi Ini Boleh Bantu Atasinya!

Masalah Kulit Psoriasis Atau Ekzema? Ini Cara Untuk Membezakannya, WAJIB Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan