Jeragat yang banyak di wajah bukan sahaja boleh menjejaskan tahap kecantikan malah keyakinan diri individu. Tanpa perlu membazirkan wang, masa dan tenaga, kami akan kongsikan cara hilangkan jeragat tradisional yang anda mesti cuba di rumah hari ini juga!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa maksud, punca & kesan jeragat di wajah?
Buat anda yang belum tahu, jeragat adalah antara masalah kulit paling membimbangkan. Kondisi ini akan membuatkan wajah timbul tompok-tompok kecil terutama di dahi, pipi dan hidung.
Sering kali individu keliru tentang kondisi jerawat atau jeragat sedangkan jerawat adalah masalah kulit berkenaan dengan liang pori manakala jeragat pula lebih berkaitan dengan pigmentasi.
Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak namun faktor risiko yang berikut:
- Genetik
- Hormon
- Produk kosmetik
- Cahaya matahari
- Penuaan
Ciri utama masalah jeragat adalah ia akan menyebabkan wujud tompok-tompok kecil dengan tona warna berbeza berbanding kulit asal, lantas mengakibatkan isu tona kulit yang kurang sekata.
Jika masalah jeragat dibiarkan tanpa pengambilan sebarang ubatan atau rawatan, maka ada risiko anda menjadikan ia lebih teruk sekali gus menjejaskan aspek kecantikan serta keyakinan diri.
Ia tidak boleh dibiarkan, anda perlu segera lakukan sesuatu dengan petua-petua hilangkan jeragat!
Petua hilangkan jeragat degil cara tradisional!
Kami tidak akan menafikan bahawa langkah terbaik untuk menghapuskan jeragat di wajah adalah dengan pengambilan ubatan atau rawatan klinikal yang telah diperakui oleh pakar dermatologi.
Pun begitu, itu bukan bermakna anda tidak boleh berbuat sebarang cara yang lain sebagai langkah alternatif. Sebenarnya, penggunaan bahan tradisional termasuk lidah buaya telah lama terkenal.
Juga dikenali dengan nama aloe vera, ia memang bagus untuk kulit terutama masalah jeragat. Gel hasil pengekstrakan tumbuhan ini mengandungi komponen aloesin yang memiliki ciri unik serta efektif dalam mengurangkan atau menghilangkan pigmentasi pada kulit.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Cela Jeragat Susah Nak Hilang, Cuba Guna 8 Bahan Alami Ini Untuk Membantu!
- Jeragat Punca Diri Tak Confident? 8 Bahan Dalam Krim Ini Boleh Bantu Hilangkannya, Cubalah!
Selain lidah buaya, ada banyak lagi petua hilangkan jeragat degil cara tradisional seperti di bawah:
#1. Gunakan serbuk soda penaik
Pertama, serbuk soda penaik atau baking soda amat bagus untuk kulit kerana ia mempunyai sifat yang mampu membantu mengelupaskan sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran pada kulit.
Dalam pada itu, ia juga mampu membantu mengekalkan tahap keseimbangan pH pada kulit anda sekali gus menjadikan ia salah satu bahan utama dalam usaha mengatasi isu jeragat wajah.
Caranya, individu hanya perlu menyapukan serbuk soda penaik pada kawasan yang berjeragat dan mencucinya dengan air bersih. Ulang sebanyak 2 ke 3 kali seminggu agar lebih berkesan.
Cara hilangkan jeragat #2. Jus lemon
Tinggi dengan kandungan asid hidroksi alfa, jus buah lemon juga boleh membantu mengelupaskan sel kulit mati selain menumbuhkan sel kulit baru yang telah terjejas angkara masalah jeragat.
Caranya juga mudah iaitu hanya perah buah lemon sehingga jadi jus sebelum disapukan pada kulit muka yang bermasalah. Kemudian, biarkan dan bersihkan lalu ulang beberapa kali seminggu.
Cara hilangkan jeragat #3. Cuka epal
Memiliki sifat astrigen, cuka epal mampu menyingkirkan minyak berlebihan dari dalam kulit. Kulit juga akan lebih dilindungi dari masalah infeksi ekoran ia ada sifat antibakteria dan antiseptik.
Caranya tidak sukar iaitu campurkan 1 per 3 cuka epal dengan tepung sebelum sapukan bahan tadi pada kulit berjeragat. Seperti di atas, ia juga kena diulang banyak kali agar lebih berkesan.
#4. Oatmeal juga boleh membantu!
Siapa sangka oat bukan hanya boleh dimakan bahkan disapu pada kulit? Untuk pengetahuan anda semua, ia akan bertindak sebagai agen pengelupasan kulit semula jadi selain mampu bekerja demi memastikan kulit sentiasa bersih dari segala macam jenis noda.
Boleh disapukan begitu sahaja atau dicampurkan bahan seperti madu serta susu, ia biasa dijadikan sebagai masker kulit wajah. Apa yang menarik, ia boleh digunakan pada waktu tidur malam!
#5. Cara hilangkan jeragat dengan telur?
Akhir sekali, individu juga mungkin boleh sapukan telur (ambil bahagian putihnya sahaja) ke atas kulit sebagai cara hilangkan jeragat. Caranya sama juga seperti bahan-bahan tradisional lain di atas.
Pun begitu, anda diingatkan bahawa cara di atas sekadar petua tradisional yang mungkin berkesan buat sesetengah individu, jadi ia mungkin tidak berhasil untuk anda.
Sebaiknya, dapatkan nasihat dan informasi pakar dermatologi untuk menguruskan cara hilangkan jeragat ya!