home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Pengelupasan Kulit Semasa Berjerawat?

Bagaimana Pengelupasan Kulit Semasa Berjerawat?

Pengelupasan kulit adalah kunci kepada kulit berseri dan sihat. Ia menghilangkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit anda. Seperti yang anda sudah tahu, jerawat muncul apabila pori anda tersumbat dengan lebihan sebum, kotoran dan sel-sel mati. Pengelupasan yang betul akan membantu membersihkan liang tersumbat, dengan itu ia mengurangkan jerawat anda.

Terdapat dua jenis pengelupasan iaitu fizikal dan kimia. Walaupun pengelupasan kimia menggunakan kimia seperti AHA dan BHA untuk membubarkan sel kulit mati, pengelupasan fizikal berfungsi dengan menggosok lapisan sel mati, menggunakan agen fizikal seperti granul (biji/butiran) gula. Oleh kerana keradangan yang disebabkan oleh jerawat, kulit anda sensitif, oleh itu memerlukan pengelupasan lembut. Elakkan pengelupasan kimia yang kuat dan pengelupasan fizikal yang menggunakan granul yang besar dan tajam.

pengelupasan kulit

Cara anda mengelupas juga adalah penting. Jangan terlebih mengelupaskan kulit anda. Jika anda menggunakan pengelupasan fizikal, pastikan anda tidak menggosok kulit anda terlalu meluas. Tinggalkan kawasan dengan kulit yang lebih nipis dan lebih sensitif seperti kulit di sekeliling mata anda.

Selepas mengelupas, anda dinasihatkan untuk memakai beberapa pelembap dengan serta-merta untuk mengimbangi apa-apa kehilangan kelembapan semasa proses itu kerana pengelupasan boleh membebaskan kulit anda daripada minyak semulajadi. Pelembap anda harus bebas minyak dan bukan-komedogenik.

Sekiranya anda mengambil ubat seperti Accutane (isotretinoin), Retin-A (tretinoin) atau Differin (adapalene) atau ubat-ubatan lain, anda perlu berunding dengan pakar dermatologi anda sebelum menggunakan pengelupasan. Pakar dermatologi anda adalah orang yang mempunyai pengetahuan paling mendalam mengenai kulit anda. Pakar akan mengesyorkan produk yang paling sesuai untuk keadaan kulit anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.adorebeauty.com.au/skin-care/exfoliators/guide/exfoliate-with-acne

Neill US. Skin care in the aging female: myths and truthsJ Clin Invest. 2012;122(2):473-7. doi:10.1172/JCI61978

Rodan K, Fields K, Majewski G, Falla T. Skincare bootcamp:the evolving role of skincare. plast reconstr surg glob open. 2016;4(12 Suppl Anatomy and Safety in Cosmetic Medicine: Cosmetic Bootcamp):e1152. doi.org/10.1097/GOX.0000000000001152

American Academy of Dermatology. How to safely exfoliate at home

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 18/01/2019
x