Umumnya, makanan sahaja bukanlah faktor jadi punca jerawat atau cara mencegahnya. Genetik, amalan gaya hidup dan apa yang dimakan semuanya memainkan peranan untuk masalah kulit ini. Tetapi ada sesetengah makanan yang menyebabkan jerawat semakin teruk.
Ingin tahu apakah makanan dan minuman yang menyebabkan jerawat semakin merebak di wajah? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Minuman & makanan yang menyebabkan jerawat
Sekali lagi, anda harus faham makanan tidak bertanggungjawab secara langsung untuk masalah jerawat.
Sekiranya anda mempunyai kulit mudah berjerawat, terlalu berminyak, kesihatan usus lemah dan amalan penjagaan kebersihan tidak betul, maka makanan berikut boleh mengakibatkan tindak balas.
1. Gula, makanan yang menyebabkan jerawat
Gula yang diambil sebagai gula putih ditapis di rumah dan dalam bentuk lain seperti soda, tinggi dengan karbohidrat halus.
Ia diserap cepat ke dalam aliran darah dan meningkatkan paras gula. Peningkatan tahap insulin mendorong lebihan gula ke dalam sel dan mengakibatkan munculnya jerawat.
Makanan dan minuman yang menyebabkan jerawat 2. Produk tenusu
Pengambilan susu rendah lemak dan susu skim dipercayai membawa kepada peningkatan jerawat.
Kaitan antara keduanya masih tidak jelas, tetapi sekiranya jerawat muncul selepas pengambilan susu, elakkan produk tenusu.
3. Makanan segera
Walaupun masih tidak jelas hubungan antara keduanya, namun pengambilan makanan segera yang kerap seperti burger dan kentang goreng boleh menyebabkan jerawat muncul.
[embed-health-tool-bmr]
4. Coklat antara makanan yang menyebabkan jerawat
Tiada kajian yang mengaitkan makanan manis ini dengan kemunculan jerawat. Bermakna makan coklat bar sekali-sekala tidak akan membuatkan jerawat naik ke muka.
Tetapi tidak semua coklat sama. Jika anda makan coklat yang mengandungi sirap jagung, gula tenusu dan bahan tambahan, ia mungkin jadi punca jerawat!
5. Makanan berminyak
Makanan bergoreng mengandungi banyak minyak dan juga lebihan lemak dalam daging. Minyak dan lemak yang berlebihan boleh menjadi penyebab kemunculan jerawat.
6. Jus
Jus dalam botol walaupun baru diperah termasuk antara jenis makanan dan minuman yang menyebabkan muka berjerawat, bahkan boleh menjadi pencetus utama muka berjerawat.
Ini kerana jus buah-buahan mengandungi gula yang tinggi tanpa serat – boleh mengakibatkan lonjakan gula darah, menjurus kepada peningkatan pengeluaran sebum dan keradangan.
7. Serbuk protein whey
Merupakan sumber kaya dengan protein dan asid amino seperti leucine dan glutamin.
Namun pengambilannya menjadikan sel kulit membesar dan membiak lebih cepat selain peningkatan paras insulin yang menyebabkan munculnya jerawat.
Makanan yang menyebabkan jerawat #8. Bijirin halus
Bijirin halus atau tepung putih halus biasanya terdapat dalam roti, pasta, bijirin dan mi beras – mempunyai indeks glisemik tinggi dan meningkatkan paras gula dalam darah.
Insulin menjadikan hormon androgen lebih aktif – membawa kepada pertumbuhan sel lebih cepat dan pengeluaran sebum yang mengakibatkan jerawat.
9. Makanan tinggi lemak omega-6
Makanan seperti emping jagung dan minyak sayuran diketahui meningkatkan risiko jerawat kerana ia mengandungi lemak omega-6 – bersifat keradangan.
Jika mempunyai kulit mudah berjerawat, ini antara makanan yang perlu anda elakkan.
Baca juga: