Detoks Kulit, Boleh Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda pasti pernah mendengar mengenai produk detoks yang dikatakan bagus untuk kesihatan dan kecantikan diri. Tetapi wujudkah sebenarnya istilah detoks kulit? 

Apakah itu detoks?

Dalam bahasa yang mudah untuk difahami, detoks adalah bermaksud menyingkirkan toksin daripada badan. Ia melibatkan toksin yang datang daripada persekitaran, diet pemakanan anda serta tabiat gaya hidup yang anda amalkan, seperti merokok.

Hakikatnya,organ badan kita seperti paru-paru, hati, buah pinggang dan usus mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan bahan berbahaya dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, bahan yang terkandung di dalam alkohol dan rokok boleh menyebabkan kerosakan kekal pada badan.

Hubung kait detoks dan kulit

Kulit merupakan organ terbesar pada badan yang terdedah kepada kotoran daripada persekitaran. Antara perkara yang menjadi kepercayaan adalah kulit boleh dibersihkan dengan mengeluarkan kekotoran yang menyumbat liang pori. Namun sebenarnya, ia tidak benar. 

Menurut ahli dermatologi, Dr Fayne Frey, dari perspektif perubatan, sebenarnya tidak wujud istilah detoks kulit. Perkara yang boleh dilakukan adalah untuk melindungi kulit daripada persekitaran yang bertoksin, seperti pencemaran dan sinaran UV.

Persekitaran yang tidak bersih, diet pemakanan yang tidak seimbang berserta tabiat mencuci dan exfoliate wajah secara berlebihan boleh mengurangkan serta menipiskan lapisan kulit paling luar.

Lapisan ini yang dikenali sebagai stratum corneum, membantu mengekalkan kesihatan kulit dengan menyekat bahan-bahan yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan kerosakan lain pada kulit. 

Jadi bolehkah kita detoks kulit?

Pengarah Perubatan CosmedicsUK, Dr. Ross Perry berkata, “Detoks kulit adalah berkaitan dengan apa yang anda lakukan pada permukaan kulit untuk melindunginya daripada pencemaran luar. Ia sama sekali tidak mempunyai tujuan pembersihan dari dalam kulit.”

Eh…kenapa pula begitu? Kerana toksin tidak boleh disingkirkan daripada badan melalui kulit. Sebaliknya, organ badan seperti yang dinyatakan pada awal tadi, berperanan untuk menyingkirkan toksin.

Tidak ada sebarang produk yang secara fizikalnya boleh menyingkirkan toksin kerana kebenarannya, kulit tidak mempunyai keupayaan untuk membuang sebarang toksin daripada badan. 

Produk antipenuaan

Kebanyakan produk kulit yang digunakan hanyalah untuk membuangkan masalah pada kulit seperti sebum yang berlebihan serta sel kulit mati. Namun, individu dengan kulit yang ekstra sensitif, perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan sebarang produk yang dikategorikan sebagai produk ‘detoks’. Ini kerana ia boleh mengakibatkan keradangan.

Sesetengah produk penjagaan kulit akan menggunakan istilah ‘detoks’ dari segi perlindungan kulit. Produk seperti ini kebiasaannya mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kesan kerosakan akibat persekitan yang tercemar.

Tetapi hakikatnya ia tidak berfungsi membawa keluar toksin yang merosakkan dari badan. Ia cuma bertindak menghalang atau membuang radikal bebas yang boleh menjejaskan kulit. 

Kesimpulannya

Apa yang boleh disimpulkan adalah mustahil untuk anda melakukan detoks kulit jika kulit itu sendiri tidak mempunyai fungsi untuk menyingkirkan toksin. Jadi detoks kulit adalah satu perkara mitos semata-mata.

Sebaliknya, anda perlu menjaga aspek diet pemakanan harian dan mengambil makanan yang dapat membantu paru-paru, buah pinggang, hati dan usus untuk berfungsi dengan lebih baik dalam menyingkirkan toksin. 

Dalam masa yang sama, jangan abaikan penjagaan kulit wajah anda. Pastikan anda mencuci muka dua kali sehari, memakai pelembap, melakukan skrub seminggu sekali serta jangan lupa untuk pakai krim pelindung matahari, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

    Vitiligo, keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan. Mari kenali diet dan jenis rawatan bagi penyakit ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

    Sebenarnya, terdapat banyak punca tumit merekah. Jika anda juga ada masalah ini, jom ikuti artikel untuk tahu cara menyelesaikannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 06/01/2021 . 3 minit bacaan

    Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

    Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

    Kulit yang sihat berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Untuk memilikinya, fahami asas pengetahuan kulit supaya penjagaan bersesuaian boleh diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/12/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    serbuk penaik untuk jerawat

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    dermatitis atopik dan ekzema

    Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    miss v gatal wanita

    Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
    sabun untuk ekzema

    Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan