Kajian telah menunjukkan kaitan antara tabiat pemakanan dan keadaan rambut anda. Rambut anda adalah petunjuk terbaik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Jadi, bagaimanakah cara untuk elak rambut gugur?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kajian telah menunjukkan kaitan antara tabiat pemakanan dan keadaan rambut anda. Rambut anda adalah petunjuk terbaik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Jadi, bagaimanakah cara untuk elak rambut gugur?
Keguguran rambut boleh menjadi tanda-tanda masalah dalam pemakanan anda. Jika anda mengalami keguguran rambut, anda perlu tambah 7 makanan ini ke dalam makanan harian anda untuk rambut anda.
Salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang folikel rambut anda suka. 3.5 auns salmon dua kali seminggu akan menguatkan rambut anda dan membuatkannya bersinar.
Keguguran rambut mungkin disebabkan kulit kepala kering. Jadi, periksa kulit kepala anda untuk ketidakstabilannyal. ½ cawan sejuk, biji labu panggang akan menyelesaikan masalah anda dengan kekayaannya zink.
Walaupun anda tidak mampu mengelakkan keguguran rambut, anda boleh merangsang pertumbuhan rambut dengan mengambil protein yang mencukupi. 4 auns ayam untuk 75% pengambilan protein disyorkan untuk wanita secara umumnya.
Selain protein, badan anda juga memerlukan vitamin C untuk menghasilkan rambut yang kuat. Jika anda merasa seperti rambut anda semakin lemah, mula makan strawberi dan rambut anda akan menerima vitamin C dalam jumlah yang banyak.
Vitamin E terdapat dalam badam terkenal dengan keupayaan untuk menguatkan sel-sel kulit. Ia juga boleh membantu membaiki apa-apa kerosakan pada kulit kepala anda yang mungkin bertanggungjawab terhadap keguguran rambut. Dapatkan 2 auns badam setiap hari untuk manfaat yang maksimum.
Keguguran rambut boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi,terutamanya dalam kalangan wanita kerana haid. Anda perlu bertanya kepada doktor untuk memeriksa tahap zat besi anda.
Jika anda mengalami kekurangannya, jangan bimbang. Kacang putih boleh menyediakan anda dengan pengambilan zat besi yang mencukupi, walaupun jumlah tepat yang anda perlu makan bergantung kepada berapa banyak Iron yang doktor anda syorkan.
Walnut mengandungi minyak yang penting untuk elastin di dalam rambut anda. Pengambilan minyak itu yang tidak mencukupi boleh menyebabkan keguguran rambut.
Makan walnut akan membantu pertumbuhan rambut anda. Walau bagaimanapun, jangan terlebih memakannya kerana terlalu banyak minyak akan menyebabkan rambut kusut.
Kadang-kadang, beberapa pelarasan kepada diet anda boleh mewujudkan keajaiban untuk rambut dan kesihatan anda secara keseluruhan juga.
Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan rambut gugur, seperti tekanan, pencemaran dan keadaan kesihatan tertentu.
Oleh itu, jika anda mendapati keguguran rambut luar biasa, dan makanan tersebut tidak membantu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa apa-apa masalah perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen