Seks atau hubungan kelamin suami isteri adalah antara perkara paling penting dalam kehidupan di alam perkahwinan.
Ini kerana tanpanya maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.
Persoalannya, adakah hubungan kelamin suami isteri perlu dilakukan sekerap yang mungkin? Sebenarnya, ia adalah terpulang kepada anda dan pasangan!
Cuma anda perlu bersifat terus terang dan jangan sesekali menyorokkan perihal aktiviti seksual kalian berdua daripada doktor kerana ia boleh mengundang bahaya kelak.
Untuk tahu apa yang kami maksudkan ini, jom sama-sama kita ikuti artikel dengan lebih mendalam lagi.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.
Apa maksud aktif secara seksual?
Dalam terma perubatan, aktif secara seksual bermakna hubungan kelamin suami isteri atau bersama pasangan bercinta dilakukan dengan sangat kerap.
Dan ini bukan merangkumi persetubuhan penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja malahan juga aktiviti seksual yang lain.
Ini termasuklah aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Seks oral
- Seks anal
- Foreplay
- Fingering
Buat anda yang terfikir dan tertanya-tanya sama ada beronani termasuk juga di dalam senarai aktiviti seksual ini.
Ya, ia mungkin adalah salah satu daripada aktiviti seksual namun ia tidak melibatkan pasangan atau individu lain.
Ini bermakna melancap secara kerap bukanlah bermakna kalian berdua aktif secara seksual kerana ia lebih kepada tabiat seks yang buruk sahaja.
Boleh atau tidak doktor tahu aktviti seksual kalian berdua?
Setiap kali berbicara tentang perihal seks terutamanya dalam konteks hubungan kelamin suami isteri, ia adalah salah satu perkara tabu dalam kalangan masyarakat kita.
Ini kerana kebanyakan daripada kita pasti akan segan dan takut untuk memberitahu doktor pakar ginekologi tentang aktiviti seksual bersama pasangan.
Pun begitu, ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar diteruskan kerana doktor sekalipun tidak boleh tahu tentangnya melainkan anda berterus-terang.
Oleh itu, sila beritahu doktor anda tentang segala aktiviti seksual yang dilakukan dengan pasangan tercinta sama ada sudah berkahwin atau tidak.
Ia adalah penting untuk mereka merancang segala ubatan atau rawatan lanjutan sekiranya berlaku apa-apa komplikasi dengan sistem reproduktif anda.
Kenapa tidak boleh sorokkan aktiviti seksual daripada doktor?
Adalah penting untuk anda dan pasangan tidak sorokkan segala aktiviti seksual termasuklah hubungan kelamin suami isteri daripada doktor. Kenapa?
Sekiranya kalian berdua aktif melakukan aktiviti seksual, tiada salahnya untuk teruskan cuma para doktor perlu tahu tentangnya demi kesihatan anda juga!
Berikut adalah sebab anda tidak boleh sorokkan aktiviti seksual daripada doktor:
#1. Penyakit jangkitan kelamin (STD/STI)
Punca paling utama doktor ingin tahu segala aktiviti seksual anda adalah untuk menilai risiko kalian berdua terkena penyakit jangkitan kelamin.
Ini lebih berisiko jika anda melakukan seks dengan lebih daripada satu pasangan dan diagnosis awal mungkin dapat mengurangkan risiko jangkitan.
#2. Metode perancangan keluarga
Doktor perlu tahu perkara ini untuk membincangkan kaedah atau teknik perancangan keluarga terbaik untuk anda jika belum bersedia menimang cahaya mata.
Dengan maklumat peribadi yang sangat berguna ini, maka doktor akan dapat memberikan nasihat terbaik yang sesuai dengan gaya hidup kalian berdua.
#3. Melihat tanda awal kehamilan
Adalah sangat penting untuk melihat simptom-simptom kehamilan lebih-lebih lagi jika kalian aktif secara seksual. Ini untuk memudahkan doktor merancang langkah yang seterusnya.
Ia juga penting untuk anda dan doktor mengetahui tahap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan bagi memudahkan proses bersalin dan berpantang kelak.
#4. Hubungan kelamin suami isteri yang selamat
Akhir sekali, komunikasi dua hala antara anda dan juga doktor adalah penting bagi menentukan sama ada kalian berdua menjalani kehidupan seks yang selamat atau tidak.
Sekiranya berlaku masalah berkaitan perhubungan pula, ia mungkin dapat diselesaikan dengan kaunseling atau terapi bersama dengan pakar.
Berdasarkan 4 sebab ini, maka anda dan pasangan mungkin sudah tahu bahawa adalah penting untuk kalian berdua tidak menyorokkan apa-apa daripada doktor.
Selain boleh mendatangkan mudarat, ia juga mungkin akan membuatkan kalian terlepas atau terlupa tentang cara untuk melakukan hubungan kelamin dengan selamat.
Oleh itu, jangan sesekali berasa segan atau takut untuk memberitahu dan membincangkan apa-apa sahaja berkenaan isu tabu iaitu seks bersama mereka yang lebih arif.
[embed-health-tool-ovulation]