Ini sudah pasti meningkatkan risiko kalian mengalami pelbagai masalah mental seperti stres, depresi, kemurungan, kegelisahan dan lain-lain.
Jadi, tolong berfikir sebelum bertindak!
#6. Institusi kekeluargaan terjejas
Ia mungkin tidak akan terjadi kepada anda, pasangan atau dalam kalangan ahli keluarga namun ia lebih kepada keadaan anak di dalam kandungan (sekiranya mengandung luar nikah).
Jika mereka lahir, akan timbul pelbagai keraguan mengenai status diri dari aspek agama dan undang-undang.
Dalam ajaran agama Islam, anak yang dilahirkan luar nikah tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya.
Ini kemudiannya akan menyebabkan anak yang tidak berdosa itu keliru dengan diri mereka sendiri lalu menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada mereka termasuklah sanggup membunuh diri.
#7. Implikasi undang-undang
Akhir sekali, kalian perlu tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarkan seks dalam kalangan remaja bawah umur 18 tahun walaupun ia dilakukan di atas dasar suka sama suka.
Segala perlakuan seksual sama ada penetrasi zakar ke dalam faraj, dubur, mulut atau sebagainya akan dianggap sebagai satu kesalahan merogol dan pelaku boleh dipenjarakan di bawah Akta Kanun Jenayah 574.
Ya, memang benar ia adalah hak masing-masing untuk melakukan seks luar nikah. Namun, ketahuilah ia akan mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti yang kami senaraikan di atas.
Maka, sayangilah diri anda!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen