backup og meta

4 Perkara Anda TIDAK Tahu Tentang Seks Oral, No #1 Itu Paling Mengejutkan!

4 Perkara Anda TIDAK Tahu Tentang Seks Oral, No #1 Itu Paling Mengejutkan!

Sebelum anda memberi atau menerima seks oral, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu supaya dapat mengelakkan sebarang komplikasi (fizikal atau mental) di masa depan, yang boleh terjadi akibat ketandusan pengetahuan.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Risiko untuk dapat kanser lebih tinggi!

Terdapat beberapa kajian yang mengkaji punca sesetengah orang mendapat jangkitan HPV oral namun dapatan kajian ini adalah pelbagai.

Terdapat beberapa pengkaji yang mempercayai HPV oral boleh disebarkan daripada individu kepada individu lain melalui seks jenis ini atau ciuman dengan mulut terbuka (french kiss), namun kebanyakan pengkaji menolak kepercayaan ini.

Sehubungan itu, jawapan kepada sama ada HPV oral boleh disebarkan daripada individu ke individu lain atau tidak masih belum diketahui.

Namun begitu, apa yang pasti adalah pasangan yang telah bersama untuk jangka masa panjang lebih cenderung untuk mempunyai jenis HPV kemaluan yang sama.

Justeru, sebelum memberi atau menerima seks jenis ini, pertimbangkan kemungkinan untuk mendapat kanser tekak dan mulut terlebih dahulu.

seks oral

Seks oral bukan untuk semua orang ya!

Berbeza dengan pendapat popular ramai pihak, perbuatan itu bukanlah sesuatu yang digemari oleh semua orang.

Dalam erti kata lain, di saat orang lain melihat seks ini sebagai sesuatu yang penting dan mesti ada dalam hubungan kelamin, terdapat segelintir yang tidak selesa dengan perbuatan tersebut.

Jika anda salah seorang daripada golongan tersebut, jangan teragak-agak untuk berkongsi hal berkenaan dengan pasangan anda kerana terdapat perkara lain yang boleh dilakukan untuk menjadikan hubungan lebih menyeronokkan.

Penting untuk diingati, hubungan seks itu perlulah menjadi sesi yang menyeronokkan untuk kedua-dua pihak tanpa ada unsur paksaan.

Ia berupaya tingkatkan atau rosakkan hubungan?

Antara orang dewasa, perbuatan ini bukanlah sesuatu yang jarang mahupun terlarang. Bahkan, ia sangat lazim untuk mereka yang gemar untuk mencuba pengalaman baru.

seks oral

Namun yang demikian, ini tidak bermaksud setiap pasangan boleh melakukannya tanpa rasa risau.

Di samping kerisauan tetang aspek kebersihan, ada juga yang bimbang tentang prestasi mereka dalam memuaskan pasangan masing-masing.

Ini membuktikan bahawa banyak perkara boleh mengganggu keseronokan sesi perbuatan ini.

Sekiranya terlalu banyak kerisauan yang bermain di fikiran, ia boleh mengakibatkan banyak masalah di masa hadapan.

Justeru, sekiranya perbuatan ini adalah terlalu banyak untuk ditelan dalam hubungan anda, cuba untuk ikut cara tradisional.

Seks oral lebih popular untuk remaja dan belia?

Ia adalah hakikat yang tak dapat disangkal bahawa golongan belia dan remaja lebih kerap melakukan seks jenis ini berbanding kumpulan umur yang lain.

Bahkan, kebanyakkan remaja mendakwa mereka terlebih dahulu melakukannya sebelum mula membuat seks kelamin.

Bagaimanapun, perbuatan ini dalam kalangan golongan belia dan remaja, dilaporkan menjadi punca utama gangguan emosi dan sebab mengapa mereka mengalami kesukaran untuk membina hubungan yang stabil dan serius dengan orang lain.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to have oral sex, https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/what-is-oral-sex/, Accessed January 18 2017.
  2. How to have oral sex, https://www.avert.org/sex-stis/how-to-have-sex/oral-sex, Accessed January 18 2017.
  3. How to have oral sex, https://www.beintheknow.org/sex-and-relationships/how-have-sex/how-have-oral-sex, Accessed January 18 2017.
  4. Safer Oral Sex Practices, https://www.sutterhealth.org/health/teens/sexual/safer-oral-sex-practices, Accessed January 18 2017.
  5. Oral Sex Among Adolescents:Is It Sex or Is It Abstinence?, https://www.guttmacher.org/journals/psrh/2000/11/oral-sex-among-adolescentsis-it-sex-or-it-abstinence, Accessed January 18 2017.

Versi Terbaru

08/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ini Bagaimana Keinginan Seksual Mempengaruhi Wanita Semasa Hamil

Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan