backup og meta

Tak Nak Pakai Kondom? Ini 5 Tip Seks Sihat Dan Selamat Untuk Wanita!

Tak Nak Pakai Kondom? Ini 5 Tip Seks Sihat Dan Selamat Untuk Wanita!

Dalam usaha untuk menjalani dan menikmati hubungan asmara yang sihat lagi selamat bersama pasangan tercinta, ini ada beberapa tip seks sihat wanita yang kita semua perlu tahu.

Ia sangat penting lebih-lebih lagi jika anda merupakan wanita yang tidak gemar atau tidak mahu menggunakan kondom di saat berhubungan agar ia tidak mendatangkan bahaya.

Jom terus baca artikel ini untuk tahu apa tip seks wanita agar ia sihat dan selamat tanpa kondom!

Kenapa ada wanita kata tidak pada kondom?

Walaupun persoalan ini sering ditujukan kepada lelaki, ia bukan bermakna bahawa wanita tidak ada masalah tentangnya kerana ada juga mereka yang kata ‘tidak’ pada kondom.

Sama juga dengan lelaki, puncanya juga sama iaitu ia akan mengurangkan rasa atau sensasi yang perlu ketika seks selain mengurangkan juga unsur kejutan di dalam hubungan.

Ya, memang benar bahawa kondom sama ada untuk digunakan oleh lelaki atau wanita itu adalah penting dalam usaha untuk mengelakkan kehamilan luar jangka atau penyakit kelamin.

Pun begitu, masih tiada masalah jika individu tidak gemar atau tidak mahu menggunakannya asalkan anda dan pasangan tahu bagaimana seks masih boleh kekal sihat dan selamat.

seks sihat

Ini dia antara tip seks sihat wanita yang penting!

Sebenarnya, anda dan pasangan masih boleh menjalani dan menikmati hubungan seks sihat lagi selamat tanpa kondom. Berikut adalah antara tip seks wanita yang penting:

#1. Amalkan seks sihat dengan kenali dan ketahui diri

Perkara paling penting adalah wanita perlu mengenali dan mengetahui diri sendiri dan pasangan terlebih dahulu untuk memahami apakah risiko yang wujud buat kalian berdua.

Sila periksa sama ada kalian berdua ada atau tidak penyakit jangkitan kelamin (STD) atau tahap kesuburan anda di ketika itu. Ia adalah demi kesihatan dan keselamatan anda dan pasangan.

Ini sangat penting dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit jangkitan kelamin atau kehamilan luar jangka. Jadi, sila periksa dengan doktor segera ya.

#2. Elak seks dengan ramai pasangan

Ini adalah antara tip seks sihat wanita paling penting buat mereka yang belum berkahwin kerana seks dengan ramai pasangan mungkin hanya akan mendatangkan kesan tidak diingini.

Sebagai contoh, anda mungkin akan dijangkiti penyakit jangkitan kelamin daripada lelaki yang anda tidak kenali selain mengandung luar nikah lantas menyusahkan diri anda sendiri.

seks sihat

Oleh itu juga, adalah lebih baik untuk wanita tunggu hingga berkahwin terlebih dahulu agar nafsu syahwat itu dapat disalurkan bersama individu yang telah anda sudah kenali dan tahu.

#3. Hindari seks tanpa keinginan @ kemahuan

Demi menjaga hati pasangan lelaki, ada juga wanita yang merelakan diri mereka untuk melakukan hubungan seks meskipun tanpa ada keinginan dan kemahuan daripada diri sendiri.

Sebenarnya, anda tidak perlu takut untuk kata tidak kerana seks tanpa kerelaan itu boleh jatuh di bawah akta jenayah cabul dan rogol jika anda laporkan kepada pihak berkuasa.

Dengannya, maka wanita mampu menghindari daripada segala perbuatan seks tidak sihat dan tidak selamat di samping memastikan diri anda lebih baik dari aspek fizikal serta mental.

#4. Pertimbangkan kontraseptif alternatif

Untuk pengetahuan anda semua, kondom sama ada variasi lelaki atau wanita itu bukan satu-satunya kaedah perancang keluarga yang ada kerana wujud lagi cara lain anda boleh cuba.

Selain kondom, berikut adalah antara metode kontraseptif alternatif buat wanita yang wujud:

  • Pengambilan pil perancang
  • Penyuntikan ubat perancang
  • Pembedahan ikat rahim
  • Penggunaan IUD

seks sihat

Dalam pada itu, anda juga mungkin boleh mengamalkan seks pada waktu anda sedang tidak subur berdasarkan waktu ovulasi dalam usaha mengelakkan kehamilan luar jangka.

Tip seks sihat wanita #5. Komunikasi

Ya, memang benar bahawa komunikasi itu kunci perhubungan. Disebabkan itu juga, sila cuba berkomunikasi dengan pasangan anda tentang segala hal penting dalam hidup.

Sila nyatakan segala sejarah kesihatan, kesuburan, perhubungan dan bincangkan dengan si dia tentang bagaimana anda dan pasangan perlu untuk berhubungan secara seksual.

Komunikasi ini wajar dilakukan sebelum kalian berdua memutuskan untuk berumah tangga. Namun jika sudah jadi suami isteri, adalah tidak salah juga untuk ia diteruskan.

Konklusinya, tip seks di atas ini akan mampu membantu wanita menjalani dan menikmati seks yang sihat lagi selamat meskipun tanpa kondom! Jadi, jangan takut untuk kata tidak lagi ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are the disadvantages of condoms?, https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/condom/what-are-the-disadvantages-of-condoms, Accessed Jan 3 2022.
  2. Safer Sex Guidelines,
    https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/safer-sex-guidelines, Accessed Jan 3 2022.
  3. Top 10 Sex Tips You Need Right Now, https://www.healthywomen.org/your-health/sexual-health/10-sex-tips-you-need, Accessed Jan 3 2022.
  4. Tips to Improve Your Sex Life, https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm, Accessed Jan 3 2022.
  5. Five Sex Tips for Women About Men, https://awakeningscenter.org/five-sex-tips-women-men/, Accessed Jan 3 2022.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan