Cuba tanya suami anda, adakah dia tahu cara pakai kondom dengan betul? Hakikatnya, kondom untuk lelaki itu mungkin hanya akan disarung dan dipakai tanpa tahu cara yang tepat!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Perkaitan antara seks dengan pakai kondom
Menurut kajian dari Emory University, kira-kira 1 pertiga dari pasangan yang dikaji akan hilang ereksi setelah memakai kondom.
Kenyataan ini turut diperkuatkan lagi dengan kajian terbitan jurnal Arch Sex Behav yang mengatakan majoriti pasangan dari 115 suami isteri yang dikaji lebih menggemari seks tanpa kondom.
Ini didasari oleh faktor kondom akan menurunkan kepuasan seksual akibat kurangnya sentuhan kulit ke kulit secara langsung.
Dalam erti kata yang lain, seks dengan kondom memang boleh menjejaskan kenikmatan seks.
Namun, perkara ini mungkin terjadi akibat pasangan tidak tahu bagaimana cara pakai kondom dengan betul.
Persoalannya, bagaimanakah cara pakai kondom dengan betul agar ia tidak akan menjejaskan kenikmatan seks?
Cara pakai kondom dengan betul agar seks nikmat!
Sebenarnya, cara pakai kondom dengan betul tidak akan menjejaskan kenikmatan hubungan kelamin jika kena pada caranya.
Setiap kali bercadang untuk bersetubuh bersama pasangan dengan pakai kondom, pastikan anda perhatikan perkara berikut terlebih dahulu:
#1. Pilih saiz kondom yang sesuai
Perkara paling penting dalam penggunaan alat kontrasepsi ini adalah saiznya. Encik suami harus memilih saiz kondom yang sesuai dengan zakar yakni tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Jika kondom terlalu ketat, ia mungkin akan menyebabkan rasa sakit, pedih dan tidak selesa akibat dari tekanan yang berlaku pada saluran darah zakar anda.
Kondom yang terlalu longgar pula tidak akan berfungsi dengan sebaiknya dan boleh tertanggal dari zakar.
Lebih membimbangkan, saiz kondom yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan kondom bocor atau air mani terkeluar dari sarung getah ini lantas meningkatkan risiko kehamilan luar jangkaan berlaku.
Jadi, sila pilih saiz kondom yang tepat dengan zakar anda ketika sedang mengalami ereksi ya!
#2. Guna pelincir untuk elak ia kesat
Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh pasangan adalah melakukan seks dengan kondom tanpa sebarang pelincir. Mungkin inilah punca kenikmatan seks kurang dirasai ketika berasmara dengan alat kontrasepsi ini!
Menurut Dr. Hilda Hutcherson yang merupakan seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Columbia University, cara pakai kondom dengan betul adalah dengan menyertakan pelincir sekali agar penetrasi tidak berasa terlalu kering dan sakit akibat kekurangan cecair.
Menurutnya lagi, suami isteri disarankan menggunakan 1 hingga 2 titis pelincir pada kondom yang diperbuat dari bahan berasaskan silikon.
Ini kerana ia lebih tahan lama berbanding pelincir yang diperbuat daripada bahan berasaskan air. Jika kurang pasti, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
#3. Elakkan jenis yang boleh mendatangkan reaksi alergi
Cuba bayangkan di saat anda dan pasangan sedang asyik berasmaradana dengan pakai kondom, tiba-tiba sahaja alat kemaluan anda diserang reaksi alergi? Sudah pasti ia akan menjejaskan kenikmatan seks kalian bukan?
Oleh itu, cuba elak dari menggunakan kondom yang boleh mendatangkan reaksi alahan seperti getah.
Tanyakan pada doktor bahan apakah yang akan mendatangkan reaksi alergi ini kepada anda dan jangan sesekali menggunakannya lagi!
Namun, secara umumnya terdapat 3 bahan utama lain selain getah yang dipercayai boleh meminimumkan risiko alahan iaitu:
- Polyurethane: diperbuat daripada bahan plastik alternatif yang bukan berasaskan lateks serta lebih nipis daripada lateks
- Polyisoprene: memiliki tekstur yang hampir sama dengan lateks namun lebih lembut dan fleksibel berbanding polyurethane
- Lambskin: terhasil dari bahan organik iaitu usus haiwan seperti lembu, kambing atau biri-biri
#4. Bereksperimen dengan pelbagai jenis kondom
Salah satu dari sebab kenikmatan seks terjejas akibat penggunaan kondom adalah kerana pasangan asyik menggunakan kondom yang sama sahaja. Apa kata suami isteri bereksperimen?
Di pasaran kini, sudah terdapat banyak variasi kondom yang beraneka bentuk, tekstur serta perisa.
Oleh itu, cubalah bertukar kepada jenis kondom yang lain jika ada jenis yang tidak kena dengan citarasa kalian berdua.
Sebagai contoh, terdapat kondom berperisa nasi lemak atau bertekstur durian buat pasangan yang gemarkan seks ekstrem. Jadi, cubalah bereksperimen dengan pelbagai variasi kondom ini ya!
[embed-health-tool-ovulation]