Berbaring tidak akan membantu anda. Anda mungkin perlu mencuba posisi mencangkung yang memudahkan kondom keluar. Siapa tahu mungkin graviti dapat membantu anda dalam kes ini.
Satu kaki di atas lantai dan satu lagi di atas kerusi
Mencangkung pun tidak berfungsi? Cuba kedudukan ini: Berdiri dan letakkan satu kaki di atas kerusi. Kemudian duduk ke bawah sambil cuba menolak kondom keluar.
Jumpa pakar sakit puan

Jika anda tidak boleh mengeluarkan kondom keluar dengan kaedah yang disebutkan di atas, sudah tiba masanya anda menemui doktor. Anda pasti terkejut untuk mengetahui bahawa pakar sakit puan kerap mengendalikan kes kondom tersekat.
Anda bukan orang pertama yang memerlukan perhatian perubatan seperti ini dan jangan salahkan diri sendiri. Tidak ada yang salah dengan diri anda atau faraj yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Ia adalah satu kemalangan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan salah anda atau pasangan.
Ketahui risiko yang anda hadapi
Anda juga patut mengetahui bahawa sebaik sahaja kondom tersekat di dalam, kaedah kontraseptif ini sudah tidak lagi berkesan. Anda berisiko terkena penyakit kelamin dan kehamilan tidak terancang.
Oleh itu, jika mempunyai bayi bukanlah kehendak anda pada masa ini, sebaiknya anda dapatkan kontraseptif kecemasan. Selain itu, jangan lupa untuk mendapatkan ujian penyakit kelamin. Diagnosis dan rawatan awal adalah kunci untuk menguruskan penyakit kelamin dan menjalani kehidupan yang sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen