backup og meta

Pernah Terfikir Rasa Air Mani? Ambil Tahu 4 Sebab Warna, Bau & Rasanya Berubah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

    Pernah Terfikir Rasa Air Mani? Ambil Tahu 4 Sebab Warna, Bau & Rasanya Berubah!

    Pernahkah kalian terfikir apa rasa air mani? Kebanyakan kita juga sudah pasti mahu tahu tapi tidak mahu untuk mencuba rasanya sendiri.

    Jadi, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang wujud dalam air mani lelaki?

    Sebelum mengetahui rasanya, kita perlu tahu terlebih dahulu komposisi yang terdapat dalam sperma.

    Untuk pengetahuan anda, majoriti cecair yang terkandung di dalamnya adalah dihasilkan dari rembesan organ reproduktif lelaki.

    Ia mengandungi asid sitrik, asid amino, fruktosa, enzim, potasium, zink, phosphorylcholine dan prostaglandin.

    Secara terperincinya, air mani lelaki boleh dihuraikan seperti berikut:

    • 46 hingga 80 peratus cecair terhasil dari seminal vesicles
    • 13 hingga 33 peratus cecair terhasil dari kelenjar prostat
    • 5 peratus cecair terhasil dari testis dan epididymis
    • 2 hingga 5 peratus cecair terhasil dari kelenjar uretra dan Cowper atau Bulbourethral

    rasa air mani

    Komposisi berikut kemudiannya menciptakan air mani yang mengandungi sperma.

    Ia mempunyai beberapa karateristik yang boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian.

    Pun begitu, ia mungkin berlainan bagi setiap lelaki bergantung kepada diet mereka!

    Jadi, jangan terlalu gusar jika anda punya adalah sedikit berbeza berbanding dengan lelaki lain ya?

    Warna air mani lelaki

    Dari segi warna, sperma normal mempunyai warna yang agak terang dan jernih. Ia mungkin kelihatan seperti berwarna putih, sedikit kuning atau sedikit kelabu.

    Bau air mani lelaki

    Dari segi bau, sperma normal mempunyai bau yang agak kuat dan menyengat. Ia mungkin boleh diumpamakan seperti bau klorin yang selalu dijumpai dalam air di kolam renang.

    Rasa air mani lelaki

    Dari segi rasa pula, sperma normal mempunyai rasa yang masin, manis, pahit, bergantung kepada individu.

    Mengapa? Ini disebabkan oleh diet makanan dan minuman yang akan mengubah komposisi sebatian di dalam sperma, sekali gus turut mengubah rasanya.

    rasa air mani

    #1. Faktor makanan

    Makanan akan memberi kesan kepada air peluh, air liur dan segala air yang dikeluarkan oleh tubuh badan seperti susu badan.

    Disebabkan itu, pakar menyimpulkan makanan mungkin turut memberi kesan kepada rasa air mani.

    Ada pakar yang menyatakan bahawa buah-buahan sitrus akan membuat rasa sperma menjadi manis.

    Malahan ada juga yang mengatakan bahawa sayur-sayuran hijau akan membuat rasa sperma menjadi pahit.

    Namun ia masih memerlukan kajian lanjutan.

    #2. Faktor minuman

    Selain makanan, minuman seperti alkohol juga dikatakan akan mendatangkan kesan kepada rasa sperma.

    Ada kajian yang menyimpulkan bahawa alkohol akan membuat sperma menjadi masam, bergantung kepada jenis minuman keras yang anda minum.

    Bukan rasanya sahaja, alkohol juga sudah pasti akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma anda.

    rasa air mani

    #3. Faktor kebersihan

    Kebersihan adalah kunci utama dalam penentuan rasa sperma.

    Jika anda tidak mengamalkan kebersihan yang bagus, sudah pasti warna, bau dan rasa air mani anda akan berubah menjadi tidak bagus.

    Jadi, tolong sentiasa amalkan kebersihan dengan membersihkan alat kemaluan, merapikan bulu kemaluan serta mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.

    #4. Faktor lain

    Bukan sahaja makanan, minuman dan kebersihan, ada juga perkara lain yang mungkin akan mengubah rasa sperma. 

    Antaranya adalah tembakau yang terdapat dalam rokok serta kafein yang terdapat dalam kopi.

    Ia dikatakan akan menjadikan sperma menjadi lebih berasid.

    Sama seperti alkohol, ia juga sudah pasti akan menjejaskan sperma anda.

    Selain itu, ia juga tidak baik untuk kesihatan anda secara umumnya!

    Rasa air mani berbeza bergantung kepada individu

    Kesimpulannya, rasa air mani adalah berlainan bagi setiap lelaki bergantung kepada beberapa faktor seperti yang telah dinyatakan.

    Dalam pada itu, ia juga mempunyai khasiat tersembunyi rupanya!

    Jadi, terjawablah sudah persoalan yang memalukan ini. Jika masih ragu-ragu, bolehlah dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar.

    Jangan pula anda yang mencuba rasanya sendiri ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan